Part 1

367 21 0
                                    

SEPULUH TAHUN DAHULU ...

Seulmi POV'

Aku terkejut dengan apa yang aku lihat sekarang . Darah memenuhi ruang tamu diiringi bau yang tidak menyenangkan.Sekujur tubuh yang sudah hampir nyawa-nyawa sedang menahan kesakitan. Hadiah yang baru dibeli , terjatuh mencium lantai. Air mataku jatuh dengan deras seperti sungai yang mengalir. Aku menjerit sekuat hati..

''Omma!!!!''

''Pergi... See... uullll.. miiii.... Per.....gi.....Ja...ngannnnn... de....kat......''

''Kenapa semua seksa seulmi Omma
? Seulmi tak tahan lagi ! Seulmi tak nak hilang sesiapa lagi . Seulmi tak nak Omma pergi ''

''Pergi Seeee...uullll..mmiiiiii... ''

Aku terpaksa merangkak agar dapat melepaskan diri . Aku menyaksikannya lagi. Aku menangis sepuasnya melihat ibuku yang mati dihadapan mataku sendiri selepas kematian ayahku 5 tahun yang lalu . Aku tidak mampu melihat mayat orang yang aku sayang berada di depanku lagi. Apabila sudah berada jauh ,aku berlari sekuat hati.Aku berhenti di sebuah lorong . Aku menangis sekuat hati . Aku tidak peduli tentang pandangan orang lain. Aku terus menangis di astas segalanya yang menimpa diriku .

'' Omma kenapa semuaorang kejam '' Teresak aku memikirkan kejadian ngeri tadi....

Selepas seminggu kejadian itu berlaku aku disisihkan orang kampung . Aku dianggap orang terbuang . Aku digelar pembawa malang dan s**l oleh semua orang . Aku juga sering sendirian , abang dan kakakku membuangku . Aku dihina penduduk kampung , dicaci , dimaki malah dipukul juga . Namun, masih ada yang ingin mengambil kesempatan terhadapku dengan meragut kesucian diriku tetapi berjaya diselamatkan . Aku juga dihalau dari kampung dan terpaksa bekerja untuk menyara kehidupanku.

Aku menangis memikirkan segala yang berlaku , aku terus menangis . Sehinggalah aku bertekad untuk meneruskan hidup tanpa mempedulikan orang lain .





CurseWhere stories live. Discover now