Part 4

946 81 3
                                    

- 5 bulan kemudian -

Bona kembali seperti perangainya dahulu. Pendiam dan tidak tersenyum lagi. Luka didahi disembunyikan disebalik rambut hadapannya.

Bona sekarang sudah dijadikan anak angkat didalam keluarga Bomin pula. Pernah juga Omma Bomin menyuruh Bona dan Jongsuk berkahwin tapi mereka berdua menolak kerana Bona hendak mengejar cita-citanya dan sudah menganggap Jongsuk sebagai Oppanya. Manakala Jongsuk sudah mempunyai kekasih hati. Tapi hubungan mereka dirahsiakan.

Ibu bapa Bomin pula berpindah ke Beijing, China semula kerana Appa Bomin akan menguruskan syarikat di China pula.

Bona mengambil keputusan untuk mencari kerja. Yukiko menghalang Bona keluar mendapatkan kerja tetapi Bona berkeras juga hendak mencari kerja. Yukiko mengalah kerana Bona berkata dia mungkin dapat melupakan kesedihanya.

--------------

- Jeguk Dorm - ( 3 P.M )

Bona bersiap untuk keluar kerana dia hendak mencari kerja. Puas dia memujuk Yukiko untuk membenarkan dia keluar. Akhirnya Yukiko mengalah dan membenarkan Bona keluar.

Selepas dia mengunci pintu bilik dan berjalan keluar dari dorm nya, Bona terus menahan teksi yang kebetulan lalu disitu. Dia terus bergerak ke tengah bandar.

Sampai di Gangnam-gu, dia terus mencari kerja disitu. Banyak tempat dia pergi. Tapi satu pun tak dapat. Tiba-tiba, dia terhenti dihadapan bangunan besar.

"Oh? SM Building?"

Dia berfikir hendak masuk atau tidak.

"Hello?"

Bahu Bona terhincut kerana seseorang mencuit bahunya. Lantas dia memandang manusia itu. Ianya seorang lelaki.

"Nae?"

"Ahh.. Mian.. Kenapa awak berdiri di hadapan ni?"

Lelaki itu menyoal.

"Erm.. Saya sedang cari kerja. Saya tak tahu nak pergi masuk kedalam sana dan tanya ada kerja kosong atau tak..."

Bona menjawab dengan sopan.

"Ahh... Awak tahu tak itu syarikat apa?"

"Mollayo.. Saya tak pernah jalan-jalan di sekitar ni. Erm.. Itu syarikat apa?"

"Ahh... Itu syarikat muzik. Erm.. Awak memang perlukan kerja ke?"

Bona mengangguk sambil tertunduk.

"Okay.. Awak boleh buat kerja rumah?"

"Erm?"

"Macam kemas rumah, masak dan membasuh.."

"Ahh.. Boleh."

"Okay.. Mari ikut saya ke cafe sana."

"Buat apa?"

"Saya ada kerja untuk awak."

Bona tersenyum. Lalu mengikuti lelaki itu berjalan ke cafe.

Selepas mengoder minuman, mereka berdua duduk di meja yang bersebelahan dengan tingkap.

"Ah. Kim Jungmin ibnida."

Lelaki yang bernama Jungmin itu menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Lee Bona ibnida."

Bona menyambut tangan Jungmin dan mereka bersalaman.

"Erm.. Kerja apa yang Jungmin-seosaengnim nak bagi dekat saya?"

"Tak payah panggil saya seosaengnim. Panggil je Oppa sebab Bona muda dari saya."

Bona mengangguk.

"Kerja sebagai pembantu rumah dan mengasuh. Boleh?"

"Boleh."

"Tapi bukan mengasuh budak kecil, tapi budak besar. Bona tak kisah kan?"

"Erm.."

Bona berfikir.

"Bona jangan bimbang. Mereka jarang berada dirumah. Jadi Bona senanglah nak mengemas rumah."

"Okay.."

Bona bersetuju. Dia menerima kerana jika dia tolak, dia mesti susah nak cari kerja lain dekat Seoul ni.

"Budak-budak tu namja."

Bona membulatkan matanya.

"Ramaikah?"

"Ani. 12 orang."

Bona membulatkan matanya lagi. 12?

"Erm.. Jangan risau mereka baik. Mereka berkerja di syarikat muzik tadi."

"Mwo?"

"Saya pengurus kumpulan mereka. Pengasuh mereka dah berhenti kerja sebab Appanya dah meninggal minggu lepas jadi dia nak temankan Ommanya."

"Okay.. Saya terima."

Bona tersenyum.

"Cantik senyuman Bona."

Jungmin memuji. Bona menunduk malu.

"Erm.. Boleh awak pindah ke rumah mereka?"

Jungmin bertanya. Lantas Bona mengangkat kepalanya.

"Erm.. Molla. Saya kena tanya penjaga saya dulu."

"Kalau awak tinggal dekat rumah mereka, senanglah awak nak mengemas."

"Nanti saya fikirkan. Bila saya boleh pergi rumah mereka?"

"Esok? Pukul 9 pagi? Boleh?"

"9 pagi? Oh? Andwae.."

"Wae?"

"Saya masih bersekolah. Jadi pagi tu saya ada kelas."

"Ahh.. Okay. Pukul berapa Bona habis sekolah? Nanti oppa datang ambil Bona."

"Oh? Gwenchanha.. Saya boleh pergi naik teksi."

"Okay.. Kalau Bona cakap macam tu. Jadi, pukul berapa kita akan berjumpa esok?"

"Erm.. Pukul 3?"

"Okay.. Jumpa di cafe ni pukul 3.."

Bona tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat kerja buat kali pertamanya.

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now