Part 20

768 68 0
                                    

•••••

"Mwo? Majlis untuk meraikan kejayaan kami?"

Itulah soalan yang keluar dari mulut Suho selepas membaca surat yang diberikan oleh Jungmin. Jungmin membalas dengan anggukan.

"Bona pun kena hadir ke?"

Bona menyoal.

"Of course... Majlis ini meraikan kejayaan Bona juga.."

Jungmin menjawab. Bona mengangguk lalu melihat surat yang dipegang Suho.

"So majlis tu malam ni.. Jadi.. Cari baju yang sesuai ya? Cari yang segak dan cantik ya budak-budak.."

Jungmin tersenyum lebar.

"Arasseo hyung..."

Sehun menjawab.

"Okay.. Hyung pergi dahulu.."

Jungmin berjalan dengan perasaan gembira dan tak sabar hendak ke majlis itu. Mereka semua saling berpandangan.

Bona melihat wajah Kris. Sejak semalam dia asyik murung sahaja. Bona mengeluh didalam hatinya.

'Yo! Okay! Sexy!'

Telefon Bona berbunyi menandakan panggilan masuk.

Min Lie Mama (Omma Bomin)

Tanpa membuang masa, Bona terus mengangkat panggilan dari Omma Bomi a.k.a Min Lie.

"Mama?"

Bona menyahut. Bona akan memanggil Min Lie 'Mama' dalam percakapan China. 'Omma' pula dalam percakapan Korea.

"Bona. Mama dah sampai Korea."

Min Lie berkata. Bona tersenyum riang.

"Zhen de ma?"

Bona teruja. EXO memandang pelik dengan riak wajah Bona.

"Shi de. Omma dan Appa akan hadir ke majlis malam ni.. Tak sabar nak jumpa anak-anak Omma yang lain.."

"Hahaha.."

"Erm... Bona.. Omma letak dulu ya.. Jumpa malam ni.."

"Nae.. Annyeong.."

Selepas Min Lie membalas, Bona terus mematikan panggilan itu. EXO mula tersenyum apabila melihat Bona tersenyum.

"Wae?"

Baekhyun bertanya sambil melanggar bahu Bona dua kali. Bona ketawa kecil.

"Omma.."

"Omma?"

"Min Lie Omma.."

"Ahhh...."

"EXO. Mari kita pilih baju untuk malam ni.."

Suho berkata. Yang lain mengangguk. Mereka semua berjalan naik ke bilik pakaian mereka.

- Seoul Hotel - ( 7 p.m.)

EXO dan Bona berjalan keluar dari van hitam mereka. Bunyi jeritan peminat-peminat EXO dan Bona mula kedengaran. Bunyi-bunyi dan lampu-lampu juga mula keluar dari kamera wartawan-wartawan yang berdiri dihadapan pintu masuk hotel.

EXO dan Bona memberikan senyuman pada peminat-peminat mereka. Semasa Bona sedang melambai pada peminat, matanya mula kabur. Dia segera mencari sesuatu untuk berpaut.

Bona merasakan tangannya digenggam. Kini dia tidak dapat melihat. Semuanya gelap, tapi untuk beberapa minit sahaja.

"Gwenchanha.. Jangan lepaskan tangan oppa.."

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now