Part 16

785 62 0
                                    

Bona terbangun dari tidur. Dia berjalan turun ke dapur untuk mengambil air kosong. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Pagi nanti dia perlu bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan hari ini dia ada kelas sampai pukul 3 petang.

Semasa dia hendak naik ke biliknya, dia terlihat seseorang yang tidur diatas sofa.

Dengan perlahan, dia berjalan mendekati sofa.

"Oh? Kai oppa?"

Rupanya Kai yang tidur diatas sofa. Baru sahaja Bona hendak membangunkan Kai. Terlihat badan Kai peluh teruk. Bona meletakkan telapak tangannya didahi Kai.

"Oh? Panasnya."

Bona terus mengejutkan Kai bangun. Dia mungkin sudah tertidur disini. Dahlah sekarang musim sejuk. Kai juga tidur tidak menyelimutkan dirinya.

"Erm.."

Kai bersuara. Dia membuka matanya perlahan-lahan.

"Kai oppa."

"Waeyo?"

Kai bingkas bangun.

"Badan Oppa panas. Kenapa oppa tidur dekat sini..?"

Bona menggosok rambut Kai yang menutupi dahi Kai. Bona mengelap peluh didahi Kai dengan tangannya.

"Tadi.. Ah. Oppa tak boleh nak tidur. Oppa nak pergi bilik Chanyeol hyung dan Baekhyun hyung. Tapi bilik mereka dah gelap. Oppa tak nak ganggu mereka. Sebab tu Oppa turun dekat bawah ni.. Tak sangka pula Oppa boleh terlelap dekat sini."

Kai bercerita. Bona mengeluh.

"Urm.. Tunggu sini."

Bona berjalan meninggalkan Kai diruang tamu. Dia mengambil ubat didalam peti ubat didapur. Selepas mengambil ubat demam dan air kosong, Bona berjalan kembali keruang tamu.

"Nah. Makan ni."

Bona menghulurkan sebiji ubat demam dan juga air kosong pada Kai. Kai mengambil ubat itu lalu memasukkan kedalam mulutnya.

"Oppa kena sihat. Petang ni Oppa ada konsert dekat bandar Seoul."

Bona berkata. Kai mengangguk. Kai cuba untuk bangun. Dia berjalan terhuyung-hayang. Kai cuba memegang sesuatu untuk menahan dirinya dari jatuh kerana kepalanya sangat sakit.

Dengan pantas Bona mencapai tangan Kai.

"Pegang Bona."

Bona meletakkan tangan Kai dibahunya. Bona memegang pinggang Kai. Dia membantu Kai naik keatas.

"Oh? Oppa nak tidur dalam bilik Baekhyun hyung.."

Kai memberitahu pada Bona.

"Wae?"

Bona menyoal.

"Bukan Oppa dan Dyo hyung bergaduh ya. Jangan fikir bukan-bukan. Cuma... Kalau Oppa terasa sejuk, Oppa selalu pergi kebilik Baekhyun hyung."

Bona mengangguk faham. Dia membawa Kai ke bilik ChanBaek.

Pintu bilik ChanBaek dikuak perlahan. Bona hanya menghantar Kai dikatil Baekhyun sahaja. Lepastu dia beredar meninggalkan Kai.

"Hyung.. Hyung.."

Kai mengoncangkan bahu Baekhyun.

"Erm.."

"Kai rasa sejuklah."

Kai berkata.

"Sejuk? Ah. Nae.. Sini.."

Baekhyun menepuk tilamnya meyuruh Kai baring sebelahnya. Tanpa membuang masa, dia terus baring disebelah Baekhyun.

"Oh? Kai demam kah?"

Baekhyun menyoal selepas merasakan haba panas dekat dengan badannya.

"Nae.."

"Gwenchanha.. Tidurlah.."

Baekhyun menyelimutkan badan Kai. Kai memeluk tubuh Baekhyun. Mereka pun dibuai mimpi.

Memang kebisaan Kai jika dia sejuk, dia akan pergi ke bilik ChanBaek dan memeluk Baekhyun. Baekhyun juga suka bermanja dengan Kai. Sebab itu Kai akan mencari Baekhyun jika dia terasa sejuk.

****

Penggera jam di telefon Bona sudah berbunyi menandakan pukul 6 pagi. Dia masih mengantuk pada masa itu tetapi dia terpaksa juga bangun kerana pagi ini dia mempunyai kelas hingga petang. Pukul 4 pula dia kena berjumpa dengan Lee Soo Man di pejabatnya.

Bona bingkas bangun lalu mencapai tualanya. Dia melangkah masuk kedalam bilik mandi.

Selepas membawa barang keperluan yang secukupnya, dia keluar turun kedapur pula.

"Oh?"

Mata Bona membulat melihat seseorang sedang membuat kerja didapur.

"Oh? Morning Lee Bona..."

"Morning Dyo oppa.. Apa Oppa buat pepagi buta ni?"

Bona menyoal.

"Oh. Oppa nak perap ayam ni untuk Kai."

D.O membalas sambil mengaul rapat bahan itu pada ayam. Pagi ni EXO tak ada jadual hingga tengahari. Jadi D.O akan masakkan untuk member yang lain.

"Ahh. Oh.. Oppa. Oppa tahu tak yang Kai oppa demam semalam?"

"Mwo? Jinja?"

"Nae.. Dia sekarang ada dalam bilik ChanBaek oppa..."

"Ah.. Oppa ingatkan dia saja tidur dalam bilik ChanBaek. Ialah selalu kalau dia sejuk, dia akan cari Baekhyun."

"Malam tadi dia tertidur dekat ruang tamu tanpa selimutkan badan dia. Memanglah dapat demam."

"Jinja? Haish budak tu.."

D.O menggelengkan kepalanya.

"Erm.. Bona rasa... Oppa patut buat bubur ayam untuk Kai oppa."

Bona mencadang.

"Ah.. Nae.. Bona sarapanlah dulu. Ada roti dan jem dalam almari sana."

"Arasseo."

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now