- Rumah EXO - ( 9 P.M )
Bona mengemas dapur selepas EXO selesai makam malam. Tiba-tiba bahunya dicuit dan bahu terhincut akibat terkejut.
"Ah! Kamchagiya.. Baekkie oppa.. Waeyo?"
Bona menyoal selepas melihat siapa yang mencuit bahunya tadi.
"Hahaha.. Aniya.. Oppa saja tengok Bona dekat dapur ni.."
Baekhyun menjawab sambil melihat sekeliling dapur. Dia memandang kearah Bona yang sedang membasuh pinggan tanpa menggunakan sarung tangan.
"Oh? Kenapa Bona tak pakai sarung tangan?"
"Erm? Ah. Bona lebih suka tak pakai sarung tangan semasa membasuh pinggan."
Bona menjawab pertanyaan Baekhyun tadi sambil membasuh periuk kotor. Baekhyun mengangguk faham. Dia melihat wajah Bona yang fokus pada periuk itu. Tapi wajahnya di halang oleh rambut lembut Bona.
Baekhyun tersenyum lalu mengeluarkan klip rambut Bona. Dia mengepit rambut Bona. Bona terkejut. Matanya membulat melihat Baekhyun.
"Itu milik Bona.."
Baekhyun berkata sambil menunjukkan klip rambut Bona yang terlekat pada rambutnya. Bona tersenyum.
"Gamsahamnida.. "
Ucap Bona.
"Nae.. Urm.. Mesti klip rambut ni dari namchin Bona kan?"
Baekhyun menyilangkan tangan sambil tersenyum.
"Hahaha.. Ani.. Bona mana ada namchin. Siapalah nak dekat yeoja macam Bona ni. Orang lain ingat Bona ni bisu sebab Bona tak bercakap."
Bona merenjis tangannya selepas selesai membasuh pinggan.
"Ah~ Urm.. Bona jom kita ke ruang tamu."
Beakhyun mengajak. Bona mengangguk lalu mengikuti Baekhyun dari belakang.
Kelihatan EXO sedang duduk diatas lantai. Mereka semua membuat satu bulatan.
"Lee Bona. Duduk sini."
Chanyeol menepuk lantai disebelahnya. Lee Bona mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah Chanyeol. Baekhyun pula duduk disebelah Bona.
"Ah. Urm.. Bona. Kami nak tanya boleh?"
Suho bersuara. Bona mengangguk.
"Kami selalu tengok Bona pegang rambut depan Bona. Kami semua tak pernah tengok Bona selak rambut depan itu. Waeyo?"
Suho menyoal.
"Ah. Urm.."
Bona berfikir patutkah dia beritahu.
"Sebenarnya.."
Semua menunggu apa yang hendak dikatakan oleh Bona. Semua mata tak lepas memandang Bona.
"Sebenarnya bawah rambut ni, ada... Parut luka."
"OH???"
"Parut luka? Teruk ke?"
Sehun ingin tahu.
"Erm.."
"Boleh kami tengok?"
Bona memandang Chanyeol yang duduk disebelahnya. Bona mengangguk.
Perlahan-lahan dia menyelak rambut depan yang menutupi dahinya. Kelihatan parut luka yang berwarna merah jambu di dahi Bona. Lay, Kris dan D.O menutup mulut mereka kerana terkejut.
"Bona tak buat pembedahan plastik untuk tutup parut luka tu?"
Suho menyoal.
"Tak boleh. Sebab kulit Bona terlalu sensitif."
Semua mengangguk faham.
"Macam mana Bona boleh dapat parut luka tu?"
Bona memandang Luhan. Bona menunduk.
"Erm.. Bona kemalangan dulu."
Mereka semua terkejut melihat satu titisan air mata Bona jatuh mengalir dipipinya.
"Waeyo?"
Baekhyun menyoal.
Bona mengelap air matanya. Dia menahan dari menangis. Dia kuatkan diri. Biarlah dua kawan baiknya pergi dengan aman. Dia juga tak nak bersedih demi kawannya.
"Erm.. Sebenarnya dua orang kawan Bona meninggal semasa kemalangan tu."
"Oh? Mianhae.. Kami suruh Bona cerita.."
Xiumin bersimpati.
"Gwenchanha.."
Bona tersenyum.
"Urm.. Omma dan Appa Bona tahu tak yang Bona kemalangan?"
Bona mengangguk.
"Mereka kata apa?"
"Mereka tak datang pun melawat Bona. Gwenchanha.. Mungkin mereka sibuk. Bona okay je."
Mereka semua kagum dengan ketabahan Bona. Malam itu, mereka mula membuat Bona ketawa kerana hendak mengembirakan hati Bona.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...