Suatu hari, mereka bertiga terlibat dengan kemalangan. Mereka bertiga menaiki teksi untuk pulang ke rumah masing-masing. Kereta teksi yang mereka naiki itu mengalami kerosakan amat teruk."Bomin-shi..."
Tangan Bona perlahan-lahan menggerakkan tangannya mendekati tangan Bomin.
"Bo-bona.."
Bomin pun mula menggerakkan tangannya. Bona tersenyum.
"Chinguya.."
Bona berkata lalu mereka menggenggam tangan mereka. Mata Lee Bona mula berat dan akhirnya dia menutup matanya.
Selepas Bomin melihat Lee Bona menutup matanya, dia memandang kearah tunangnya, Jonghyun.
Jonghyun tersenyum melihat Bomin. Bomin membalas senyuman Jonghyun.
"Cha-chagi.."
Jonghyun membuka mulut.
"Sa-saranghae.."
Bomin membalas. Mereka berdua tersenyum. Tak lama itu, mereka semua tak sedarkan diri.
- Hospital -
Keluarga Lee Bomin, Jonghyun dan Yukiko berkumpul diruangan menunggu. Mereka semua gelisah menunggu mereka bertiga yang sedang dirawat di dalam bilik rawatan itu.
Keluarga Bona pula tidak dapat datang kerana kerja yang tak dapat dielakkan.
"Erm.."
Bona bersuara. Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Sangat kabur. Dia merasakan tangannya digenggam.
"Lee Bona? Kamu dah sedar?"
Kedengaran suara Yukiko dengan esakan. Dia menangis?
"Omma.. Kenapa mata Bona kabur?"
Bona meraba-raba tilam. Omma Bomin menekup mulutnya sambil menangis. Jongsuk segera memanggil doktor.
Doktor merawat Bona.
"Macam mana dengan dia?"
Yukiko menyoal.
"Dia okay. Matanya kabur sekejap sahaja. Nanti baiklah. Tapi.."
"Tapi apa?"
"Tapi matanya akan menjadi kabur semula. Tapi sekejap sahaja. Dan dia tidak boleh terkena cahaya seperti flash telefon dan sebagainya. Ia akan membuatkan Bona buta sementara."
Doktor itu menjelaskan pada mereka bertiga. Bona hanya mendengar. Dia masih tak dapat melihat.
"Kita ada lagi masalah."
Omma Bomin, Jongsuk, Bona dan Yukiko serentak memandang doktor itu.
"Luka yang terkena serpihan kaca di dahi Bona taklah teruk sangat. Tapi.. Luka itu mengambil masa akan pulih kerana kulit Bona sangat sensitif. Jika Bona berada di tempat yang udaranya tidak bersih, dia akan mendapat jangkitan. Luka itu merah dan memedihkan."
"Kalau kita buat pembedahan plastik untuk menutup luka itu... Tak boleh?"
Jongsuk menyoal. Doktor itu menggelengkan kepalanya.
"Ani.. Macam saya kata, kulitnya sangat sensitif. Jika kita buat pembedahan plastik, kemungkinan kulitnya akan mengalami jangkitan yang lain pula. Jadi, kita tunggu luka itu pulih dahulu."
Bona memegang kapas yang membalut kepalanya.
Selepas doktor itu meminta diri, Omma Bomin dan Jongsuk berjalan menghampiri katil Bona.
"Omma.. Mana Bomin dan Jonghyun?"
Bona menyoal selepas merasakan tangannya dipegang. Dia dapat merasakan itu adalah tangan Omma Bomin. Matanya masih tidak dapat melihat. Semuanya kabur.
Kedengaran bunyi esakan Omma Bomin. Hati Bona mula berasa risau.
"Omma.."
Bona memegang tangan Omma Bomin. Omma Bomin hanya menangis.
"Oppa.. Mana Bomin?"
Bona menyoal Jongsuk pula.
"Bomin dan Jonghyun... Dah tiada... Mereka dah meninggal.."
Hati Bona berkecai. Dia telah kehilangan dua kawan baiknya. Mereka berdualah satu-satunya kawan yang Bona ada.
Air mata Bona turun dengan laju. Dia mengetap gigi.
"ANDWAE!!! Bomin! Jonghyun!"
Jerit Bona sambil menangis. Yukiko, Omma Bomin dan Jongsuk menenangkan Bona. Bona tak terkawal.
Jongsuk segera meminta jurawat menyuntik Bona dengan ubat tidur. Ia mungkin menenangkan Bona sedikit.
-----------
Bona membuka matanya dan terlihat ahli keluarga Bomin dan Jonghyun berada didalam biliknya. Dia mengalirkan air matanya.Jongsuk yang perasan Bona sudah sedar segera mendapatkan Bona.
"Kenapa yang tak Bona pergi? Kenapa Bomin dan Jonghyun? Wae? Wae? Wae?!"
Bona menangis lagi. Dia memegang tangan Jongsuk dengan erat.
"Lee Bona! Sudah! Ini semua takdir. Kita semua kena menerima apa yang berlaku. Just tabahkan diri kamu.."
Jongsuk berkata sambil memegang kedua belah tangan Bona. Ahli keluarga yang lain hanya menundukkan dan simpati dengan Bona. Mereka semua tahu yang Bona tak pernah mempunyai kawan sebelum ini.
"Oppa... Bona nak jumpa Bomin.."
Bona meminta dengan esakan. Jongsuk memandang wajah omma dan appaya. Mereka berdua mengangguk. Yukiko sudah balik kerana ada kerja penting yang perlu dilakukan.
"Jamkaman. Oppa ambil kerusi roda dulu."
Jongsuk berjalan keluar mengambil kerusi roda untuk Bona. Omma Bomin mendekati Bona. Bona bangun dan terus memeluk tubuh Omma Bomin. Omma Bomin membalas pelukan. Bona menangis diatas bahu Puan Lee."Lee Bona."
Jongsuk menolak kerusi roda itu mendekati katil. Jongsuk mengakat Lee Bona seperti bridal style. Dia meletakkan Bona diatas kerusi roda.
Jongsuk menolak Bona keluar dari bilik dan membawa Bona berjumpa dengan mayat Bomin dan Jonghyun di dalam bilik mayat.
Air mata Bona mengalir dengan laju apabila melihat dua kawan baiknya terbaring didalam bilik mayat itu. Bona terus memeluk tubuh Bomin yang tidak bergerak itu.
"Chingu.."
Lee Bona menangis sambil memeluk tubuh Bomin. Jongsuk hanya menunduk sedih dan simpati.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...