My Life Became K-Idol mengisahkan seorang gadis bernama Lee Bona yang dilahirkan di Korea dan membesar di China. Bona seorang yang sangat cantik, comel, baik, pendiam, penyanyang, penyabar dan seorang yang berhati lembut. Dia tidak suka menyusahkan orang lain. Dia dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Dia fasih berbahasa Inggeris, China dan Korea.
Dia mempunyai seorang appa bernama Lee Shuxian yang berasal dari Beijing, China. Shixian mempunyai syarikat no 2 terbesar di Korea dan China. Shixian selalu tidak ada masa untuk meluangkan masa untuk keluarganya. Shixian seorang yang sangat tegas.
Omma kepada Bona pula bernama Han Tae Na. Dia berasal dari Gangnam, Korea. Tae Na pula sibuk berkerja dan pandai meluangkan masa untuk anak-anaknya. Tae Na terkenal seluruh dunia dengan rekaan fesyennya. Tae Na seorang yang lemah lembut, ada kala dia tegas.
Lee Naxian adik perempuan kepada Bona. Dia seorang yang nakal, sangat aktif dan manja. Kadang kala dia selalu membuat Bona sakit hati, tapi Bona hanya mendiamkan diri dan bersabar.
Lee Naxian dan Tae Na sangat rapat kerana Naxian seorang yang suka berbual, manakala Bona seorang yang pendiam dan susah hendak bersembang dengannya.
Shixian selalu mengurung Bona didalam rumah dan tidak membenarkan Bona berkawan dengan sesiapa disekolah.
Manakala Naxian mempunyai ramai kawan dan bebas keluar berjalan-jalan. Bona tak kisah. Dia hanya menurut perintah sahaja sebab itu dia tidak banyak bercakap.
Disekolah dia tidak pernah senyum dan hanya diamkan diri atau membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu. Dirumah juga dia jarang tersenyum. Senyumannya sangat manis dan membuatkan orang lain gembira. Dia selalu bersendirian, dia tidak kisah duduk sorang-sorang jika ibu bapanya keluar dengan bersama Naxian.
Bona juga pandai memasak dan dia tidak suka menyusahkan pembantu rumahnya. Jika dia lapar, Bona akan masak sendiri jika keluarganya tiada dirumah tanpa mengetahuan appanya. Kalau appanya tahu dia masak, pembantu rumahnya akan dipecat. Dia tidak mahu menyusahkan pembantu rumahnya.
Bona seorang yang lemah kerana dia ada penyakit, penyakit kekurangan darah putih. Bona tidak boleh membuat kerja berat dan keletihan. Mukanya akan pucat dan tangannya sejuk. Ia keturunan dari appanya.
Disebabkan Bona suka duduk bersendirian, ibu bapanya sangat memarahinya kerana tidak selalu duduk bersama dengan seisi keluarga diruang tamu.
Pelajar-pelajar perempuan disekolah Bona sangat mencemburuinya kerana kecantikan, kebijaksaan dan kesopanannya. Manakala pelajar-pelajar lelaki disekolah itu sangat meminati Bona, itulah yang membuatkan pelajar-pelajar perempuan lain cemburu dengannya.
Bona mempunyai bakat menyanyi dan menari. Jika dia berasa bosan duduk bersendirian di dalam bilik, dia akan mendengar lagu, menari, bermain gitar, bermain piano dan membuat lagu. Bona selalu mendapat tempat pertama di dalam pertandingan menyanyi di sekolahnya. Tiada siapa tahu yang dia pandai menari.
Bona sangat menyukai budak-budak dan pandai menjaga budak-budak.
Bona mempunyai tangan, kaki, muka dan badan yang sangat cantik dan langsing. Kulitnya putih melepak kerana dia jarang keluar dari rumah kecuali ke sekolahnya.
Dalam senyap juga dia mengambil kelas seni pertahankan diri.
Bona alah pada makanan laut. Dia phobia dengan tempat tinggi dan serangga. Ia membuatkan Lee Bona mengigau menjerit dimalam hari.
Hope korang suka....
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...