Part 9

475 45 0
                                    



Sudah sebulan Bona berkerja dirumah EXO. Ia membuatkan Bona ceria dengan gelak tawa EXO. Senyuman EXO. Kenakalan EXO. Memang menghiburkan hatinya.

Kadang-kadang matanya membuat masalah iaitu kabur. Bukan terkena sinaran cahaya. Ia memang selalu macam tu. Jadi dia terpaksa memakai cermin mata.

EXO pula berasa kasihan dengan Bona kerana dia selalu pulang lewat malam kerana melayan mereka. Selalunya dia menaiki bas kalau sempat. Kadang-kadang Suho menghantarnya pulang ke dorm.

Yo! Okay! Sexy!

Kedengaran bunyi telefon Bona meminta untuk diangkat. Bona yang baru sahaja siap mandi segera mendapatkan telefonnya.

"Appa?"

Tertera tulisan 'Appa' di telefonnya. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengangkat panggilan Appanya.

"Nae appa?"

Bona menyahut.

"Appa dengar kamu dah markah penuh."

"Nae.."

"Jadi Appa ada belikan kamu kereta. Hadiah kerana kamu dapat markah penuh lagi."

"Tapi Appa.. Bona tak pandai bawa kereta."

"Its okay.. Kamu ambillah lesen memandu. Dan kamu pindahlah dari dorm kamu esok lusa."

"Mwo? Nanti Bona nak tinggal dekat mana?"

"Bona carilah rumah yang sesuai untuk Bona. Appa dah masukkan duit kedalam bank kamu. Kamu belilah rumah yang selesa untuk tinggal."

"Erk.. And kereta kamu akan sampai hari ini. Appa dah suruh orang tu hantar dekat dorm kamu."

"Nae.. Arasseo appa."

"Okay.. Take care. Bye.."

Shixian mematikan panggilan itu. Air mata Bona menitis keatas pipinya kerana tadi dia mendengar suara Naxian dan Tae Na bergelak tawa. Happy family.

Tae Na juga tak pernah menghubunginya. Ni kali pertama Shixian menghubungi. Semasa dia kemalangan juga ibu bapanya tak menghubunginya bertanya khabar. Terguris hatinya dengan sikap ibu bapanya.

Yo! Okay! Sexy!

Bona melihat telefonnya yang sedang berdering itu.

Baekhyun Oppa.

Bona terus mengangkat panggilan Baekhyun. Dia membetulkan suaranya.

"Nae oppa.."

"Oh? Ini CL Noona ke?"

Baekhyun menyoal.

"Mwo?"

"Ini Lee Bona ke?"

"Nae.. Ini Lee Bona.."

"Kenapa suara macam CL noona?"

'Oh? Suara saya lepas menangis memang macam ni.'

Bona berkata dalam hati. Dia membetulkan suaranya.

"Ehem.. Oppa... waeyo?"

"Ah. Ni baru Lee Bona."

Lee Bona ketawa.

"Oppa ada depan dorm Bona."

"Mwo?"

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now