- Honey Cafe - ( 2.40 P.M )
Bona sudah berada di hadapan cafe itu. Tiada kelibat Jungmin lagi. Of course ia masih awal. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dikawasan itu.
Kaki Bona terhenti dihadapan kedai gambar. Diteliti gambar satu persatu yang terlekat di cermin kedai itu.
Matanya terhenti di sekeping gambar. Happy family. Terasa cemburu melihat senyuman yang terukir dibibir seisi keluarga didalam gambar itu.
Bona mengeluh. Dia cuba tersenyum tapi tidak boleh.
"Just be patient."
Bona berkata sorang-sorang. Diteliti gambar yang lain pula.
"Jalsaenggin. Kyeopta."
Bona memuji pada 12 orang lelaki didalam gambar itu. Ia membuat Bona tersenyum. Senyuman-senyuman didalam gambar itu membuatkan Bona terasa sangat tenang. Bona mengeluh sebelum mengangkat kakinya.
"Ah!"
Bona terjerit perlahan kerana bahunya dilanggar dengan kuat. Ialah dia bukan suka menjerit macam ahli keluarganya. Hanya dia sorang sahaja didalam keluarganya yang cakap perlahan.
Bona memandang manusia yang melanggar bahunya. Lelaki. Comel.
Lelaki itu memakai mask dan topi. Bona membetulkan rambut yang menutup dahinya agar tidak kelihatan luka atau parut didahinya.
"Joesonghamnida.."
Lelaki itu meminta maaf sambil menundukkan kepalanya.
"Ah. Gwenchanhayo.."
Bona membalas dengan lembut. Lelaki itu mengangkat mukanya. Lelaki itu senyum padanya.
"Gwenchana?"
Lelaki itu menyoal. Bona bangun sambil menepuk skirtnya. Dia mengangguk okay.
Bona memandang jam tangannya. Pukul 2.55? Bona membulatkan matanya.
"Neon.."
Belum sempat lelaki itu hendak menghabiskan ayatnya, Bona memotong.
"Mian.. Saya dah lambat. Saya kena pergi."
Bona terus berlari kearah cafe itu. Lelaki itu hanya melihat hingga kelibat Bona hilang.
"Oh?"
Lelaki itu terjumpa klip rambut yang berbentuk hati diatas lantai. Lelaki itu mengambil klip rambut itu.
"Mungkin yeoja tadi punya. Mungkin masa aku langgar yeoja tadi, klip rambut dia terjatuh."
Lelaki itu bercakap perlahan seorang diri. Nanti tak pasal-pasal orang kata dia gila.
"Baekkie hyung!"
Lelaki itu terus menoleh kebelakang melihat pemilik suara itu.
"Ah. Sehunnah.."
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanficMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...