"Oppa! Palliwa! Tengok ni!"Bona memanggil EXO yang sedang berehat selepas menari tadi. Mata Bona memandang skrin telefonnya. Dengan segera mereka menghampiri Bona diatas sofa.
"Luhan EXO out."
Bona berkata sambil menunjukkan telefonnya. Berita Luhan sudah keluar. Hati mereka berasa sangat perit apabila mendengar berita itu walaupun mereka sudah lama tahu tentang itu. Bona memandang wajah-wajah EXO, mereka letih, berpeluh dan tak ada rehat untuk mereka.
"Hmm.. Bona nak keluar.."
EXO terkejut apabila Bona terus berdiri sambil mengemas barangnya.
"Nak pergi mana?"
"Ulangkaji.. Pukul 6 Bona balik rumah."
Bona menunduk hormat pada EXO sebelum dia memulakan langkah keluar dari bangunan SM itu. Dipandang bangunan itu. Bona mengeluh kasar. Lalu menghidupkan enjin keretanya ke Cheongdam-dong, Gangnam-gu. Dia berhenti disebuah cafe yang selalu mengulangkaji itu.
- Cheongdam-dong Cafe -
Selalunya Bona menghabiskan masa selama satu atau dua jam didalam cafe itu. Kali ini dia tak boleh fokus kerana telefonnya asyik berbunyi menandakan berita-berita masuk.
Bona mengeluh geram lalu membuka bateri telefonnya lalu menggosok wajahnya. Dia geram dengan berita-berita yang masuk itu. Sungguh tak masuk akal. Ada yang tulis Luhan mengikuti jejak Kris, Luhan dan Kris pengkhianat, Luhan sebenarnya mahu populariti sahaja dan macam-macam lagi.
"Mianhae? Bona?"
Bona mengangkat kepalanya lalu memandang manusia yang menyapanya.
"Oh? GOT7 Oppa? Apa oppa semua buat dekat sini?"
Bona menyoal sambil mengemas bukunya yang berterabur diatas meja.
"Macam biasa. Lepak."
"Ahhh.."
Bona mengangguk lalu memandang bukunya. GOT7 terus duduk semeja dengan Bona.
"Kenapa dengan telefon Bona?"
Mark yang duduk dihadapan Bona perasan telefon dan beteri itu dibawah buku. Mereka semua memandang telefon itu.
"Erm.. Erm.."
Bona menggosok belakang lehernya. Bambam yang duduk disebelah Bona mengambil telefon Bona. Diteliti telefon Bona lalu memandang wajah Bona yang menunduk sedikit itu.
"Waeyo?"
Bambam menyoal . Bona memandang Bambam lalu menggeleng.
"Pasal Luhan hyung ke?"
Junior menyoal dan membuatkan Bona memandang kearahnya.
"Erm.."
Belum sempat Bona membuka mulut, Jb memotong.
"Arasseo.."
Bona memandang wajah Jb. Jb mengangguk.
"Mianhae kami ganggu Bona ulangkaji."
Jackson meminta maaf dan Bona menggeleng memandangnya.
"Aniya.. Bona hilang fokus sebab telefon itu asyik berbunyi sebab tu Bona buang beteri dia.."
Mereka semua mengangguk faham. Mereka tahu tentang berita-berita mengarut itu. Bona mengemas buku-bukunya diatas meja.
"Oh? Kenapa kemas? Tak nak ulangkaji dah ke?"
Yugyeom menyoal sambil memandang beg sekolah Bona.
"Mood ulangkaji saya dah hilang. Sebab...."
Percakapan Bona terhenti, dia memang wajah ahli Got7.
"Sebab berita mengarut pasal Luhan hyung?"
Youngjae menyoal dan membuatkan Bona mengangguk betul.
"Janganlah sedih. Chill ya.."
Bona tersenyum selepas mendengar kata-kata Jackson. Terlihat ketujuh-tujuh manusia itu juga turut tersenyum melihatnya. Mereka berlapan berbual hingga hari semakin gelap.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...