---•••---
Suatu hari, Bona mendapat borang dari sekolah terbesar di Seoul, Korea. Dia cuba memujuk omma dan appanya. Dan omma dan appanya setuju.
"Lee Bona, jaga diri kamu di sana. Jangan terlalu penat dan jangan buat buat kerja berat ya?"
Tae Na menasihatkan Bona kerana dia akan meninggalkan keluarganya. Tae Na memeluk tubuh Bona. Bona mengangguk. Itulah yang selalu Bona membalas. Dia memang tak banyak cakap.
"Ingat ya.. Kalau dah sampai sana. Call kami."
Shixian berkata. Bona mengangguk lalu menunduk hormat pada ibu bapanya sebelum menarik beg pakaiannya.
"Ingat tu, unnie.."
Naxian berkata. Bona mengangguk lalu tersenyum sedikit. Naxian pula tersenyum lebar.
"Annyeong.."
Ucap Bona sambil menunduk hormat sebelum dia masuk kedalam kereta Appanya.
Keluarga Bona pula akan berpindah di Amerika atas urusan kerja Shixian. Mungkin lama mereka tinggal disana.
-----------------
- Incheon Airport -
Bona keluar dari pintu masuk bangunan Airport yang besar itu. Dia melihat kertas ditangannya. Alamat ke sekolah yang akan dia masuk nanti.'Jeguk High School'
Bisik hati Bona. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu disitu. Pemandu teksi itu keluar dari perut teksi itu lalu menolong Bona memasukkan beg pakaian Bona kedalam bonet teksi itu. Pemandu teksi itu membuka pintu belakang untuk Bona.
"Kemana?"
Pemandu teksi itu menyoal selepas pemandu teksi itu menutup pintu kereta teksinya.
"Jeguk High School."
Bona menjawab. Pemandu teksi itu mengangguk lalu membawa Bona ke arah Bona hendak tuju.
-----------
- Jeguk High School -
Bona menunduk hormat pada pemandu teksi itu selepas memberikan membayar tambang teksi."Welcome Lee Bona.."
Sambut seorang wanita yang berdiri dihadapan pintu masuk sekolah itu.
"Nae.. Gamsahamnida.."
Ucap Bona sambil menunduk hormat dihadapan wanita itu.
"Nae.. Park Hyerin ibnida. Saya pemilik sekolah ini."
Wanita yang bernama Park Hyerin itu memperkenalkan diri. Bona mengangguk.
"Jom saya bawakan kamu ke dorm kamu."
Hyerin mengajak Bona.
Sampai dihadapan bilik dorm Bona, Hyerin membuka pintu bilik itu.
"Ini bilik kamu. Privasi seperti appa kamu nak kan.. No roommate."
Hyerin berkata. Mata Bona meninjau-ninjau kawasan bilik itu.
"Okay?"
"Okay.." - Bona
"Kalau macam tu, saya keluar dulu. Rehatlah. Awal pagi esok kamu kena pergi ke pejabat saya."
Hyerin berkata. Bona mengangguk. Hyerin pun melangkah keluar dari bilik Bona.
Bona duduk diatas katil bujangnya. Tak lama itu, dia mula mengemas pakaiannya.
---------------
- Jeguk High School - ( 8 A.M )
Bona melangkah mencari pejabat Hyerin iaitu pengetua sekolah ini.Selepas menjumpai nama 'Park Hyerin' yang terlekat dipintu, Bona terus mengetuk pintu itu.
Selepas mendapat kebenaran untuk masuk, Bona memulas tombol pintu itu.
"Annyeonghaseyo..."
Ucap Lee Bona sambil menunduk hormat. Hyerin mengangkat mukanya lalu tersenyum pada Bona.
"Ah. Lee Bona.. Macam mana bilik tu? Okay?"
Hyerin menyoal. Senyuman masih terukir dibibirnya.
"Nae.. Okay."
"Mari saya tunjukkan kelas awak."
Bona mengangguk lalu mengikuti Hyerin yang sudah berada dihadapan pintu. Mereka berdua terus melangkah ke kelas baru Bona.
"Ini dia kelas awak. Kelas privasi juga macam Appa awak minta."
Bona mengangguk.
"Masuklah."
Hyerin berkata. Mereka berdua berjalan bersama masuk kedalam kelas itu.
"Annyeonghaseyo.. Ini kawan baru kamu. Sila perkenalkan diri."
Hyerin menyuruh Bona memperkenalkan dirinya. Bona mengangguk.
"Annyeonghaseyo... Lee Bona ibnida.."
Bona memperkenalkan diri. Dia perasan yang semua mata pelajar lelaki tertumpu padanya tapi dia tidak kisah sebab dia sudah biasa.
"Okay. Kamu semua baik-baik dengan dia. Kalau saya tahu kamu semua cederakan dia, siap kamu semua."
Hyerin memberi amaran.
"Kamu boleh duduk di depan tu."
Hyerin menunjukkan dua buah meja yang kosong dibarisan hadapan.
"Kamu semua jangan nak mengada duduk disebelah dia."
Hyerin memberi amaran lagi. Ianya arahan dari Shixian. Dia menyuruh Hyerin memberi Bona bilik yang tiada rommate, kelas privasi dan jangan bagi sesiapa dekat dengan Bona.
"Okay kita akan mulakan kelas."
Hyerin berkata. Dia memang guru kelas itu kerana kelas itu privasi dan kelas lain tidak dibenarkan bergaul dengan kelas ini.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanficMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...