•••••
"14.05.15. Ahh.. Hari ni kena practice sampai pukul 10 malam..."
Bona berkata selepas melihat jadualnya. Masa latihannya sangat panjang kerana dia bersama EXO akan membuat persembahan di konsert mereka.
Meanwhile...
- Rumah EXO -
"Kemana hyung nak pergi?"
Sehun menyoal pada Suho selepas melihat Kris membawa turun beg pakaiannya. Suho menunduk.
"Kenapa hyung kemas semua barang hyung? Hyung nak kemana?"
Tao yang baru lepas berlari menuruni tangga itu menyoal Kris. Kris hanya mendiamkan diri sambil menyusun kasutnya kedalam beg.
Tak lama itu, semua member EXO berkumpul di hadapan pintu.
"Mianhae EXO.. Hyung terpaksa pergi.."
Kris berkata dengan lemah. Mata mereka mula berkaca terutama sekali Sehun dan Tao.
"Hyung!"
Tao segera memeluk tubuh Kris. Air matanya turun ke pipi dengan laju. Kris menggosok belakang Tao dengan lembut.
"Yihan.. (Maaf)"
Ucap Kris. Kawan-kawan dihadapannya dipandang dan diberi senyuman buat mereka. Mereka semua mula menitiskan air mata.
Mereka semua terus memeluk Kris kecuali Suho yang masih berdiri sambil tertunduk.
Mereka semua melepaskan pelukan selepas beberapa minit. Kris berjalan menghampiri Suho. Kris terus memeluk Suho. Suho menitiskan air matanya.
"Jangan lupakan kami.."
"Hyung tak akan lupakan kamu semua."
"Kenapa hyung kena pergi?"
"Hyung yang nak pergi. Hyung dah tak tahan. Lagipun hyung rindukan Omma hyung. Kesian dia."
"Kenapa KYM marahkan hyung?"
"Molla. Mungkin dia tak nak syarikat tu jatuh?"
"Hyung..."
"Yifan ah.. Kajja..."
Datang seorang namja yang merupakan manager Kris dari depan pintu. Kris mengangguk. Manager Kris membawa semua beg-beg milik Kris keluar.
"Hyung!"
"Annyeong EXO. Fighting!"
"Hyung.. We Are One!"
"Nae.. We Are One."
Ucap Kris sebelum dia melangkah keluar bersama begnya. Sehun memeluk Tao dan mereka menangis.
"Malam ni... Korang kena berkumpul dalam practice room korang."
Jungmin berkata dengan lemah. Dia juga sangat sedih dengan apa yang berlaku. Mereka semua melangkah masuk kedalam bilik masing-masing selepas van hitam yang dinaiki Kris sudah hilang dari pandangan.
*skip*
( 2 p.m. )
- SM Building -
"Mana oppa semua ni? Kenapa mereka semua tak jawab panggilan Bona?"
Bona yang dari tadi cuba mendail nombor telefon EXO berkali-kali tapi seorang pun tidak mengangkat panggilan darinya.
Dia mengalah. Bona membuka zip begnya dan mengeluarkan anak patung serigala yang comel. Bona menggosok nama yang tertulis nama 'Kris' di perut patung itu. Patung itu diberi oleh Kris semasa hari krismas.
Dia asyik memikirkan Kris. Dia berasa sangat pelik dengan kelakuan Kris.
"Bona ah. Palli kita sambung.."
Salah seorang dari penari latar Bona memanggil Bona untuk menyambung latihan mereka.
*skip*
( 8 p.m.)
Kesebelas ahli EXO sudah berkumpul di dalam practice room mereka di dalam bangunan SM.
Masing-masing tidak bersuara dan bermasam muka. Mata mereka sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.
"EXO! Kamu semua dah tahu kenapa Kris pergi, kan? Jadi saya nak kamu semua teruskan persembahan seperti biasa."
Kim Young Min iaitu CEO syarikat SM berkata kepada EXO. EXO hanya mendiamkan diri sambil memandang lantai.
Young Min memandang seorang demi seorang. Masing-masing masih tidak bersuara
"Rampas telefon mereka! Dan buka akaun SNS mereka! Kalau mereka tak nak bagi, kerjakan mereka. Dan ingat jangan sampai nampak lebam atau luka ada pada badan mereka."
Arah Young Min kepada dua orang staff nya sebelum ia melangkah keluar.
"Beri saya telefon kau!"
Dua orang staff itu menghulurkan tangan dan meminta telefon dari member-member EXO.
"Mian.. Telefon aku tertinggal dekat dalam bilik."
Baekhyun membohong supaya telefonnya tidak diambil. Dia tidak mahu Kris salah faham dengannya. Staff itu menghiraukan Baekhyun.
"Jamkamman!"
Seorang staff terus menyelongkar poket Baekhyun. Baekhyun meronta.
"Igeo mwoya?"
Staff itu menunjukkan telefon Baekhyun yang baru dijumpai di dalam poket Baekhyun.
"Kurang ajar!"
Staff itu terus menumbuk pipi Baekhyun. EXO terkejut.
"Jangan dekat! Kalau tak, nasib korang macam dia!"
Staff itu berkata sambil memandang wajah-wajah EXO.
Mereka semua terdiam dan tidak bergerak kecuali D.O. Dia berjalan menghampiri staff yang menumbuk Baekhyun itu.
Belum sempat staff itu membuka mulut, D.O terus menumbuk pipi staff itu. Malangnya, D.O juga kena penumbuk oleh staff seorang lagi. Staff yang di tumbuk oleh D.O terus memukul D.O.
"YAHH!!! Sudahlah!"
Jerit staff seorang lagi. Dia tidak mahu D.O dipukul hingga lebam. Dia teringat pesan Young Min tadi.
"Jom kita keluar."
Staff itu berkata pada kawannya selepas mendapatkan kesemuanya telefon milik EXO.
"Dyo ah.."
Chanyeol menolong D.O bangun. Mereka semua mendekati D.O.
"Hyung! Apa hyung buat ni?! Takkan hyung nak diam je?!"
Baekhyun geram dengan tindakan Suho yang dari tadi hanya diam macam tunggul. Suho menunduk.
Kerana terlalu geram, Baekhyun terus menumbuk pipi Suho. Mereka semua terkejut dengan tindakan Baekhyun.
"ARGHHH!!!!!"
Baekhyun menjerit sekuatnya sebelum dia pergi ke tinggat 3 iaitu bilik latihan suara.
"Hyung.."
Kai mendekati Suho.
"Gwenchanha.. Hyung memang patut terima.. Igeo.."
Suho menghulurkan kunci keretanya pada Kai.
"Ambil dan bawa Dyo ke hospital.. Chen ah.. Ikut mereka sekali."
Kai dan Chen mengangguk lalu mengambil kunci kereta Suho.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...