Part 38

592 47 0
                                    


EXO dan Bona pulang dengan kepenatan selepas menghabiskan latihan mereka untuk konsert yang akan datang.

Ada yang ke bilik masing-masing, ada yang ke dapur makan dan ada juga yang terus berbaring diruang tamu.

"Aaarrgghhhhhh!!!!!"

Mereka semua terkejut mendengar jeritan Chanyeol, Baekhyun, Sehun dan Kai dari ruang tamu. Bergegas member yang lain termasuk Bona keruang tamu untuk melihat apa yang berlaku.

"Yeogie museun il-i?"

Suho menyoal selepas tiba di dalam ruang tamu. Kelihatan mereka berempat berdiri diatas sofa sambil berpelukan.

"Waeyo?"

Xiumin menyoal sambil berjalan mendekati Chanyeol, Baekhyun, Sehun dan Kai diatas sofa. Kelihatan masing-masing mengigil.

"Choge..."

Baekhyun menunding jarinya kearah tv. Mereka semua mengerutkan dahi. Tv tutup, apa yang mereka katakan?

"Wae?"

Xiumin bertanya lagi selepas melihat tv yang ditunjukkan oleh Baekhyun itu. Suho berjalan mendekati tv itu.

"Ahhh... Patutlah.."

Suho berkata selepas mengecek tv itu. Mereka semua masih tak faham dengan sintuasi sekarang.

"Waeyo oppa?"

"Lipas.."

"Mwo?!"

Tao dan Bona terkejut lalu berundur kebelakang sedikit. Lipas itu pun keluar dari belakang tv lalu terbang kearah mereka berempat diatas sofa.

Chanyeol, Baekhyun, Sehun dan Kai terus berlari kearah tv pula. Lipas itu merayap diatas sofa. Tao dan Bona terus menyorok dibelakang Lay dan D.O.

"Hyung.. Keluarkan.."

Chanyeol berkata kepada Suho sambil memeluk lengan Baekhyun.

"Arasseo.."

Suho terus membuka sliding door dan berjalan mendekati sofa. Suho terus menghalau lipas itu keluar.

Selepas lipas itu terbang keluar, Suho terus menutup sliding door itu. Chanyeol, Baekhyun, Sehun, Kai, Tao dan Bona terus menghela nafas lega.

"Yah! Ada lipas lagi dekat kaki korang!"

Chen menunjukkan kaki Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Kai. Mereka berempat terus berlari lintang pukang.

"Hahahahaha!!!"

Chen ketawa besar kerana dia berjaya mengenakan mereka berempat itu. Xiumin, D.O, Lay dan Suho mencekak pinggang mereka. Chen yang perasan mereka berempat memandangnya terus berhenti ketawa lalu berjalan naik tangga ke bilik.

"Oppa.."

Bona memegang tangan Baekhyun yang seperti orang yang baru lepas berlari satu padang. Nafas mereka berempat turun naik. Mereka berempat terus rebah diatas lantai. Suho menggelengkan kepala.

"Dah.. Bangun dan mandi.. Lepastu kemas baju.. Esok kita bertolak ke Beijing."

Suho mengarah lalu berjalan naik ke atas bersama Lay. Bona dan Tao saling memandang lalu menolong Chanyeol dan Baekhyun itu bangun. Xiumin dan D.O pula menolong maknae line mereka bangun.

---------------

- Keesokan hari - ( 7 a.m )

Bona yang baru sahaja siap berkemas itu terus keluar dari biliknya dan berjalan kearah bilik HunHan.

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now