Part 14

809 78 2
                                    

( 7 A.M )

Bona bangun awal kerana EXO ada jadual pagi itu. Pada hari itu juga sekolah Jeguk cuti jadi Bona dapat berehat.

Tangan Bona lincah memasak sarapan untuk EXO. Selepas memasak, Bona naik keatas untuk mengejutkan mereka semua bangun.

Disebabkan malam semalam mereka semua menonton tv hingga lewat malam tanpa Bona. Jadi Bona kenalah kejutkan mereka semua pagi itu.

Sampai di hadapan pintu bilik KrisTao, dia terus mengetuk pintu itu. Senyap. Bona memulas pintu bilik KrisTao. Gelap. Kelihatan Kris dan Tao masih tidur nyenyak lagi.

"Oppa! Palli ireona!"

Bona mengejutkan Kris lalu mengoncangkan badan Tao. Masing-masing tidak bergerak.

Bona tersenyum. Dia mendapat satu idea yang mungkin boleh mengejutkan mereka semua bangun.

Bona berjalan keluar dari bilik KrisTao. Dia berjalan menuju ke bilik basuhan. Dia tercari-cari sesuatu.

"Mana ya? Haa! Jumpa!"

Bona mengambil botol spray air. Dia berjalan menuju ke bilik KrisTao semula.

"Oppa.. Ireona.."

Bona mencuba mengejutkan mereka berdua kembali. Masih tak bergerak.

Bona spray air itu pada muka Kris. Akhirnya dia membuka mata.

"Mwoya?"

Suara garau Kris menyoal.

"Mian sebab spray air ni dekat atas muka oppa.. Ireona.. Dah pukul 7 pagi."

Bona berjalan kearah suis lampu. Bona menekan suis lampu bilik KrisTao. Sangat terang membuatkan mata Kris bersilau. Kris menggosok matanya.

"Ireona Mr.Galaxy.."

Bona mengutip anak patung yang jatuh dari katil Kris. Kris bingkas bangun tanpa bersuara. Dia berjalan mengambil tuala kemudian dia melangkah masuk kedalam bilik mandi.

"Tao Oppa! Ireona!"

Bona menggoncangkan badan Tao. Tao bergerak.

"Erm?"

Tao bersuara. Dia menggeliat.

"Ireona Oppa."

Bona menepuk perlahan bahu Tao.

"Lepas Kris Oppa mandi, Tao oppa pula. Nanti turun sarapan. Arasseo?"

Tao mengangguk sambil menggosok matanya.

Selepas mengejutkan Kris dan Tao, dia berjalan kearah bilik XiuLay. Dia tak lupa untuk membawa spray air itu. Sebelum Bona masuk, dia mengetuk dahulu pintu bilik XiuLay. Senyap.

Bona membuka pintu bilik XiuLay. Dia menekan suis lampu. Masih tidur.

"Xiumin oppa.. Ireona.."

Dengan senang Xiumin bingkas bangun. Dia menggosok matanya. Bona mengambil tempat disebelah Xiumin.

"Morning Baozi oppa.."

Bona memeluk lengan Xiumin. Xiumin tersenyum.

"Nae.. Morning sweetie..."

Xiumin menggosok rambut Bona.

"Oppa pergilah mandi lepastu Oppa kejutkan Lay Oppa. Nanti turun sarapan ya."

Bona berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik XiuLay. Xiumin mengangguk lalu berjalan kearah bilik mandi.

My Life Became K-IdolWhere stories live. Discover now