"Yah.. Kau rasa Bona dan Jungkook couple?" Soal seorang pelajar perempuan kepada rakannya. Matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya yang sedang memainkan musik video Bona dan Jungkook.
"Eo? Wae? Kau pun rasa macam tu?" Balas rakannya. Lengan rakannya disentuh. Matanya membulat memandang rakannya.
"Aku tengok kalau diaorang dekat fansmeeting mesti rapat, mesra macam orang sedang bercinta."
"Kalau diaorang betul-betul couple, kau sokong tak?" Soal pelajar perempuan tersebut sambil memandang wajah rakannya.
°°°°°°°°°°°°°
"Bona-ssi.. Ini jadual awak bulan ni." Kata manager Bona, Hyeri. Bona mengambil fail yang dihulurkan oleh Hyeri.
Bona membuka fail tersebut. Diteliti satu persatu jadualnya."Eo? Unnie.." Hyeri memandang Bona.
"Saya dan BTS akan ke London minggu depan?" Soal Bona. Wajah Hyeri dipandang.
"Ne." Balas Hyeri sambik menganggukkan kepalanya.
"Mueoseul wihae?"
"BigHit akan keluarkan 'Summer PhotoShot BTS and Lee Bona in London' bulan depan. Minggu depan awak dan BTS akan ke London." Jelas hyeri.
Bona mengangguk faham."Bona-ssi. Palli, kita akan bertolak ke Music Bank sekejap lagi." Kata Hyeri. Beg yang berisi pakaian Bona yang akan dipakai nanti diambil.
"Eo? Kita tak perlu tunggu Jungkook oppa ke?"
"Jungkook naik van dia. Kita datang berasing." Kata Hyeri. Dia mula melangkah kearah pintu keluar. Bona memandang jadualnya semula. Dia mengeluh. Baru sahaja dia hendak merancang hendak ke dorm EXO untuk berjumpa anak angkatnya tetapi selama seminggu dia berada di London.
"Bona-ssi! Palliwa!"
Bona tersentap.
****
- Music Bank -
"Bona fighting!"
Bona tersenyum melihat Jungkook yang sedang melangkah menghampirinya. Jungkook turut tersenyum sambil membaiki mic-nya.
"Get ready guys!"
Bona dan Jungkook mengangguk serentak apabila staff memberitahu yang giliran mereka sudah tiba.
Bona dan Jungkook menarik nafas sebelum naik ke pentas.
Tiba sahaja diatas pentas, suara peminat menjerit nama mereka mula kedengaran."Annyeonghaseyo.." Ucap Bona dan Jungkook serentak. Tubuh mereka dibongkokkan dihadapan peminat-peminat mereka.
Setelah itu dipenghujung rancangan tersebut, semua artis harus menaiki pentas dan menunggu nama pemenang minggu ini.
"Lagu yang terbanyak undian adalah..." Pengacara menghentikan kata-katanya. Matanya tertumpu pada skrin yang akan memberitahu siapakah pemenang minggu ini.
"Eo? Lee Bona-ssi dan Jungkook-ssi pemenang minggu ini." Kata pengacara tersebut. Piala dihulurkan kepada Bona. Bona menbongkokkan tubuh sambil mengambil piala tersebut.
"Gomawo yeoreobun. Saya tak sangka yang kami akan menang minggu ini..." Kata Bona. Sambil itu dia memandang Jungkook yang berdiri disebelahnya.
8 p.m
"Chukhae Bona-sii, Jungkook-ssi."
Staff-staff yang bekerja di belakang pentas tak henti-henti mengucapkan tahniah kepada Bona dan Jungkook. Mereka hanya membalas 'Gamsahamnida' dan mengbongkokkan tubuh mereka tanda hormat.
YOU ARE READING
My Life Became K-Idol
Hayran KurguMengisahkan seorang gadis yang bernama Lee Bona. Dia dilahirkan di Korea dan dibesarkan di China. Dia anak orang kaya. Dia seorang yang lemah. Dia tidak pernah mempunyai kawan hinggalah dia berpindah ke Korea. Tapi malangnya, persahabatan itu tida...