Kring!!! Lonceng sekolah telah berbunyi. Menandakan masa keempat selepas rehat telah pun tamat. Mengikut jadual 5A2, mereka ada satu masa lagi sebelum pulang.
Shadika yang sedang menulis di hadapan memandang ke arah Nurul Akira untuk arahan seterusnya. Cikgu Suffian di kelas itu bagai halimunan memandangkan dia hanya ganti kelas cikgu Zamer yang ada mesyuarat peringkat daerah. Nurul Akira menganggukkan kepala seolah faham apa yang dimaksudkan oleh Shadika. Shadika pula mengangguk kepada Zuhair.
"Bangun semua. Terima kasih cikgu." Zuhair mengucap terima kasih kepada Cikgu Suffian di ikuti oleh semua pelajar.
"Haa. Terima kasih. Study elok-elok." Kekok saja cikgu Suffian.
Cikgu Suffian segera melangkah ke arah bilik guru. Sebaik saja melabuhkan punggung, dia terus melonggarkan tali lehernya. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Keluhan berat kedengaran.
"Hai yan. Ganti kelas pun penat ke?" Tegur cikgu Rosli.
"Penat? Tak. Cuma terkejut aje." Cikgu Suffian mengipas dirinya.
Umur cikgu Rosli dan Cikgu Suffian sangat berbeza. Cikgu Suffian baru lepasan ijazah. Umurnya dalam lingkungan late 20 bab kata omputih.
"Terkejut? Terkejut apanya?" Cikgu Rosli yang tadi sibuk menanda terhenti sebentar.
"Terkejut sebab... eh cikgu Laura!" Cikgu Suffian terus menegur sebaik saja Cikgu Laura melintasinya.
"Ye saya?" Terhenti kaki cikgu Laura sebaik saja namanya disebut.
"Cikgu guru kelas 5A2 kan? Tadi saya masuk kelas tu ganti cikgu Zamer." Tergagap pula cikgu Suffian ni.
"Ya? Kenapa? Nak tanya tentang budak Jepun tu ke?" Cikgu Laura mengagak.
"Eh, bukan. Ni pasal budak - budak kelas tu."
"Haa? Yelah kenapa dengan mereka? Mereka buli cikgu ke?" Sekali lagi cikgu Laura cuba mengagak.
"Bukan. Saya pelik lah. Kelas tu macam abaikan saya tadi. Diaorang terus buka buku kimia, kemudian Kiki tak silap saya lah tu nama dia. Dia mengarahkan Shadika untuk mengajar. Segala arahan di keluarkan oleh Kiki. Saya kat kelas tu duduk aje. Jadi malu pula tak buat apa - apa." Jelas cikgu Suffian.
"Takkan lagi sekali." Cikgu Nawar menyampuk.
"Lagi sekali? Lagi sekali apa?" Cikgu Suffian kebingungan.
Cikgu Suffian baru saja dipindahkan ke sekolah ini sebulan yang lalu, jadi dia tidak tahu siapa 5A2 sebenarnya.
"Oh tidak minggu depan trial! Sekali lagi 5A2!" Suara cikgu Nawar mengejutkan seluruh bilik guru.
Serta merta bilik itu kecoh. Cikgu Suffian masih bingung.
"Kelas mana pula kali ni cuba kejutkan harimau tidur." Cikgu Rose cuba memikir.
Cikgu Laura perasan yang cikgu Suffian masih bingung.
"Cikgu, macam ni. Kelas 5A2 merupakan kelas terbaik. Saya bukan puji sebab saya guru kelas mereka. Tapi sebab saya nampak sendiri. Kelas 5A2 terbaik dalam bidang akademik mahupun ko akademik. Satu saja yang menjadi pantang larang. Kelas itu pantang dicabar! Setiap kali dicabar mereka akan menyusun strategi. Dan ketua setiap cabaran biasanya berbeza mengikut siapa yang dicabar dan siapa yang susun strategi. Dengan ini saya dapat mengagak Kiki ketua dalam cabaran ini. Seramai 25 orang pelajar 5A2 bersatu tenaga. Displin dan ketaatan sangat dititik beratkan. Mereka akan jadi orang yang sangat serius jika ada cabaran. Jadi janganlah terkejut sangat." Jelas Cikgu Laura.
"Berapa banyak dah cabar mereka?" Soal cikgu Suffian.
"Banyak. Mereka ni jenis semangat perpaduan yang tinggi. Pantang dicabar. 2 bulan yang lalu kelas 5A2 pernah dicabar untuk memenangi pertandingan sorakkan, satu kelas bergabung tenaga. Ketika itu Nisha yang menjadi ketua. Susunan strategi mereka sentiasa berhasil." Terang cikgu Laura.
"Perpaduan. Hmm" cikgu Suffian memeluk tubuhnya.
"Ye, Yan! Kelas tu walaupun berbeza bangsa, agama, warna kulit, warna rumah sukan mereka tetap bersatu." Cikgu Adli pula menyampuk.
"Jadi bukan calang - calanglah kelas tu." Cikgu Suffian berfikir.
"Memanglah!" Serentak semua cikgu di bilik guru itu.
Terkejut cikgu Suffian.
"Pesaing terdekat 5A2 ialah hmm 5A1... tak kanlah 5A1 yang cabar." Cikgu Rose membulatkan matanya.
"Tak mustahil sebab budak Jepun tu pilih 5A2." Cikgu Rosli cuba merungkai segala persoalan.
Bilik guru itu terus bertukar mood mesyuarat. Kes 5A2 sentiasa dapat perhatian guru - guru. Cikgu Suffian kelihatan berminat mengetahui lebih lanjut tentang 5A2.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teen Fiction"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...