Bab 32

450 17 7
                                    

Nurul Akira menghantar Sharifah Zahira ke lapangan terbang. Lapangan terbang itu seperti biasa, penuh dengan ramai manusia meskipun jam baru jam 8 pagi. Ada yang mahu melancong ada yang disebabkan urusan kerja. Kelibat pelancong pelancong asing juga banyak kelihatan. Nurul Akira pernah berangan untuk berjumpa jodoh di lapangan terbang ini. Mana tahu dapat jodoh mat salleh. Tak Jepun, mat salleh pun okey.

"Okey babe. Take care. "Nurul Akira menggenggam erat tangan sahabatnya.

"Ne.. Arasso. "

"Jangan arasso sangatlah. Aku bukan gheti korea ni. "Seloroh Nurul Akira.

Sharifah Zahira tergelak kecil.

"Hai! Wakata! "Sengaja dia menukar dalam bahasa Jepun pula.

"Kiotsukete. (Hati hati) "pesan Nurul Akira

"Ye, babe. Aku tahu. Bukan aku tak biasa ulang alik naik flight sendiri. Kau tu pun jaga diri. "

"Memanglah kau biasa, tapi aku sebagai kawan yang perihatin tetap nasihatkan kau. Pesan kat kau. "

"Babe. Jaga diri kau juga. Kalau Yuki datang Malaysia jangan lupa tentang aku. "Pesan Sharifah Zahira pula.

"Babe, mana boleh aku lupakan kau. Kau sahabat aku dunia akhirat! "

"Kau ni bukan boleh percaya, pakwe ada terus lupa member. "Mata Sharifah Zahira pandang ke arah atas.
"Mana ada. Aku akan ingat kau. Kau tu baik baik di sana. Study betul betul. Jangan nak buat kerja gila. Kau tu anak tunggal, omma kau sayang kau lebih. Kau jangan pula melawan omma kau. "

"Ne, ahjuma! "Terus tangan kanan Sharifah Zahira diletakkan di dahi.

"Aku cakap betul betul kau main main pula. " Nurul Akira menggelengkan kepalanya.

Sharifah Zahira menunjukkan barisan giginya. Nasib baik putih, moleklah nak tunjuk.

"Akira.. Awak jagakan kawan saya ni elok elok. "

Akira Yamada hanya menganggukkan kepalanya.

"Awak jangan nakal. Awak saya punya! "Nakal sungguh kata kata Sharifah Zahira.

Tangan Sharifah Zahira bermain main di poket Akira Yamada.

Akira Yamada terkedu dengan kata kata Shafifah Zahirah. Nurul Akira segera menarik tangan Sahrifah Zahirah daripada badan Akira Yamada.

"Dah.. Kau jangan nak menggatal di sini. Baik kau pergi. Nanti tertinggal flight pulak. "Kata Nurul Akira.

"Ai.. Halau nampak. "

"Bukan halau tapi kalau kau terlepas flight, aku gak yang susah. "

"Eleh cemburulah tu. Akira, Kiki cemburu.. "Sengaja Sharifah Zahira ingin mengusiknya.

"Tak ada maknanya. Dah.. Dah.. Baik kau pergi sekarang. "Nurul Akira segera memusingkan badan Sharifah Zahira.

Kalau dibiar lama sahabatnya ini pasti ada lagi yang keluar daripada mulutnya.

Sharifah Zahira ketawa dengan telatah sahabatnya.

"Ye.. Aku nak pergi ni. Kau tak nak peluk aku dulu ke? "Sharifah Zahira memuncungkan mulutnya.

Terus saja Nurul Akira memeluk sahabatnya itu.

"Take care sayang. "Kata Nurul Akira.

Nurul Akira dan Sharifah Zahira melagakan pipi mereka antara satu sama lain.

"Bye! "Sharifah Zahira melambai ke arah Nurul Akira.

"Mata ne! "

Nurul Akira turut melabai Sharifah Zahira sehingga dia hilang daripada pandangan.

"Mari kita pulang. "Kata Akira Yamada yang sedari Nurul Akira tak henti lambai.

Nurul Akira berdengus. Dia terus mslangkah.

Kenapalah aku kena hantar Zara dengan mamat ni. Along pun satu. Time macam nilah dia sibuk. Mama, ayah pun sibuk juga. Tak pasal pasal aku kena hadap mamat ni. Kalau dia ni Yuki best juga aku nak hadap. Getus hati Nurul Akira.

Nurul Akira dan Akira Yamada hanya membisu sepanjang perjalanan ke kereta.

Nurul Akira mengambil tempat di sebelah tempat pemandu. Akira Yamada segera menghidupkan enjin dan terus memulakan perjalan.

Dua minit telah pun berlalu tetapi keadaan di dalam kereta itu sungguh sunyi. Berbeza dengan situasi luar kereta yang terlalu bising dengan bunyi kenderaan.

"Kiki... "Akira Yamada membuka mulutnya.

Telefon bimbit Nurul Akira berbunyi. Segera Nurul Akira meraba beg tangannya untuk mengeluarkan telefon bimbitnya.

Oh! Ada panggilan video! Segera Nurul Akira menjawabnya.

"Hai Yuki! "Teruja Nurul Akira menjawab panggilan video itu.

Wajah tampan Fuyuki Sato memenuhi ruang skrin telefon bimbitnya.

"Hello Kiki. Where are you? "

"In the car. I send Zara to the airport just now. "

"Just now? "

"Yeah. "

"So bad, I can say good bye to her. "Kesal Fuyuki Sato.

"It's okey, I send it to her. Haha. "

"Oh before i forget, i wanna introduce you my friend from Malaysia, Ameer! "Segera telefon bimbit Fuyuki Sato menghala ke Ameer.

"Hai orang Malaysia! "Sapa Ameer.

"Hai Ameer orang Malaysia kawan Fuyuki! "

"Oh, youlah Kiki. "Tegur Ameer.

"Yes I am. "Nurul Akira membuat tanda peace.

"Kiki kekasih hati Fuyuki Sato. "Usik Ameer.

Nurul Akira ketawa apabila diusik sebegitu.

"Ingat senang ke nak usyar Fuyuki ni? Susah tau. Habis semua awek cun cun di kolej ni dia reject macam tu je tau. Hanya Kiki di dalam hati Fuyuki! "Makin galak Ameer menyakat.

"Enough.. Give me back. "Fuyuki Sato cuba merampas semula telefon bimbitnya.

"Haa tengok dia jealous lah tu lelaki lain borak dengan kekasih dia. "Sempat Ameer berkata sebelum menyerahkan kembali telefon bimbit Fuyuki Sato.

Nurul Akira ketawa melihat mereka.

"Okey, Kiki. We talk later. I can't wait to meet you. "

"Me too. "

Fuyuki Sato sempat mengenyitkan mata sebelum mematikan panggilannya.

Akira Yamada berdehem. Nurul Akira hanya menjeling Akira Yamada.

"Haa apa yang kau nak cakap tadi? "

"Just forget about that. "Akira Yamada sudah tawar hati untuk cakap lebih lanjut.

Dia sakit hati melihat Nurul Akira dan Fuyuki Sato bermesra. Dia tadi cuba untuk melihat muka Fuyuki Sato tetapi tidak dapat.




P/s:akhirnya satu bab dah dipublish. Maaf hambar. Dah lama tak menulis. Bahasa jepun iolls pun makin broken sebab dah lama tak praktis. So sebelum tu sis belanja sikitlah gambar Yuki Furukawa dan Taishi Nakagawa

Fangirling~~~ siapa minat mereka?  Huhu.. Ini antara pelakon jepun yang sis minat tau. Okey.. Mata ne!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now