BAB 4

661 21 3
                                    

Nurul Akira menuruni anak tangga. Rambutnya masih tidak terapi. Pijama pinknya masih terlekat di tubuhnya. Matanya masih separa sedar. Sesekali dia menguap. Jam di dinding menunjukkan 9.30 pagi.

"Awal lagi." Nurul Akira berkata sendiri.

Memang sudah kebiasaan Nurul Akira bangun lewat pada hari sabtu. Mama dia sudah acap kali menegur perangainya. Berbuih mamanya menegurnya. Tetapi tidak pernah diambil pedulinya. Hujung minggu memang dia akan bangun paling tidak jam 11.30 pagi. Baginya jam 11.30 pagi itu cukup baik kerana belum lagi masuk tengah hari.

"Mama! Mama!" Nurul Akira tercari - cari kelibat mamanya.

Dia bukan saja sedang mencari mamanya tetapi seluruh ahli keluarganya.

"Mama! Ayah!" Nurul Akira melangkah ke dapur.

Tiada. Dia menjenguk keluar jendela, melihat halaman belakang. Tiada. Dia kembali ke ruang tamu. Pintu di buka, kepalanya menjenguk halaman hadapan pula. Tiada. Nurul Akira memanjat anat tangga. Dia menuju ke bilik mamanya. Kosong. Dia kembali ke bilik tidurnya semula.

Biliknya yang bertemakan warna hitam pink. Terserlah keperempuanannya. Biliknya juga dilengkapi set meja belajar, aircond dan set komputer sangat mengujakan sesiapa yang masuk.

Nurul Akira memasuki walk in closet miliknya. Baju - bajunya kemas tersangkut. Nurul Akira memilih baju yang dia mahu dipakainya. Blouse putih dan skirt hitam paras peha dipilihnya.

Setelah usai mandi, dia terus kembali ke ruang tamu. Ketika menuruni anak tangga dia kedengaran kereta memasuki halaman rumah. Dia teruja untuk menyambut.

Adam menanggalkan kasut. Kasutnya di masukkan ke dalam almari kasut. Adam memang telah dididik sejak kecil untuk perilaku sedemikian. Nurul Akira juga begitu. Cuma Nurul Akira tidak berdisplin seperti alongnya.

"Assalamualaikum..." Adam menolak pintu rumah.

"Waalaikumsalam, along rupanya." Kegembiraan Nurul Akira terhenti.

"Kenapa? Tak suka along ke?" Adam perasan perubahan adiknya.

"Tak lah. Adik cari mama dengan ayah. Semua orang tinggalkan adik." Nurul Akira menuju ke arah sofa.

"Mama ada extra class. Maklumlah, final exam nak dekat. Tu yang mama busy dengan students dia. Ayah pula jumpa kawan, katanya ada urusan penting." Adam menghempas tubuhnya ke sofa.

"Bosanlah kalau macam ni. Kalau adik tahu, adik tidur aje. Tak payah nak bangun awal pagi." Nurul Akira sudah memuncungkan mulutnya.

Telefon bimbit Adam berbunyi rancak. Adam segera menyambut panggilan itu.

"Hello, ye ma?"
"Hmm okey. Along okey. Adik tu aje. Hari ni dia bangun awal tapi mama dan ayah tak ada. Ni pun dia dah muncung dah ni."
"Haa... tak apa ma."
"Okey ma. I love you."
Adam mematikan panggilan.

"Mama kata apa?" Nurul Akira terus bertanya sebaik saja Adam melepaskan telefon bimbitnya dari telinganya.

"Mama tak dapat nak masak tengah hari. Mama kena attend mesyuarat. Ayah pula masih dalam perbincangan. So, tengah hari ni adik pilih lah nak abang masak atau kita beli aje."

"Suka hatilah" Nurul Akira tiada jawapan.

Sekali lagi telefon Adam berbunyi. Kali ini menandakan mesej pula yang masuk. Oh. Dari Ayah.

"Along, nanti petang along dan adik siap - siap. Kita makan malam kat restoren kegemaran adik. Lepas maghrib kita pi. Pakai baju yang cantik - cantik ye."

Adam kembali meletak kan telefonnya di atas meja.

"Haa, tak payah muncung sangat. Ayah ajak kita makan kat restoran kegemaran adik. Ayah suruh pakai cantik - cantik."

"Betul ke ni?" Nurul Akira sangat teruja.

"Betullah. Dahlah, abang nak ke dapur. Nak masak." Adam segera melangkah ke dapur.

Adam bukan saja memiliki rupa paras yang menawan, dia juga sangat bijak dalam pelajar dan sukan. Bukan itu saja, Adam juga mahir memasak. Pendek ceghita, siapa yang kahwin dengan Adam sangat beruntung!


Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now