Mujur perhimpunan pagi ini tidak mengambil masa yang lama memandangkan pelajar tingkatan 3 ada ujian percubaan. Perhimpunan pendek sangat bermakna bagi seluruh pelajar. Ini bermakna mereka tidak perlu menahan kesakitan telinga dek bebelan cikgu - cikgu terutamanya cikgu Mon.
Cikgu Mon merupakan cikgu perpustakaan yang sering menekankan program "duduk dan baca" dan nilam. Dan kadang kala, berdirinya cikgu Mon di hadapan kerana mahu menegur displin pelajar.
Nurul Akira segera ke tempatnya. Beg sekolahnya di letakkan di atas meja. Matanya sangat mengantuk kerana malam tadi dia tidur lewat dan bangun awal daripada biasa. Kepalanya dibaring di atas meja. Matanya tidak dapat menahan. Akhirnya dia hanyut dibuai mimpi.
Cikgu Laura masuk ke kelas. Sebaik saja cikgu Laura masuk, Zuhair selaku ketua kelas memberi salam. Nurul Akira yang masih mamai turut memberi salam.
"Okey, guys. Today we have a new student. This is Akira Yamada." Cikgu Laura mengenalkan Akira Yamada.
Nurul Akira menyambung mimpinya. Dia tidak peduli apa yang diperkatakan cikgu Laura kerana hari ini tiada masa cikgu Laura. Nurul Akira hanya mengagak cikgu Laura masuk menggantikan cikgu Mila yang masih di kampung kerana urusan keluarga.
"Cikgu! Bukan ke budak Jepun ni masuk 5 A 1. Kenapa di sini?" Akira Yamada belum sempat bersuara, Hakim telah terlebih dahulu bertanya.
"Ini permintaan Akira Yamada sendiri." Penerangan yang ringkas daripada Cikgu Laura.
"Cikgu Suzie setuju ke?" Soal Lia.
Cikgu Suzie, cikgu kelas 5 A1 merangkap guru matematik 5A2. Cikgu Suzie memang terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara. Dan cikgu Suzie tidak pernah mesra dengan pelajar 5 A2. Perpindahan kelas Akira Yamada mungkin akan tercetusnya perang.
"Pengetua yang benarkan. Jadi kita terimalah. Okeylah. Kita bagi peluang kepada Akira bersuara. Oh ye, Akira ni tidak pandai bahasa melayu. English dia pun kurang baik. Akira pindah ke kelas ni pun sebab ada khabar di kelas ni ada yang boleh berbahasa Jepun. Akira jumpa dengan pelajar tersebut pagi tadi. Tapi dia tidak sempat bertanya nama. Kat kelas ni siapakah orang itu?"
"Kiki!" Serentak pelajar kelas itu menyebutnya.
"Kiki?" Cikgu Laura tidak mengenali siapakah Kiki itu.
"Akira, cikgu!" Nisha bersuara.
"Akira memang pandai bahasa jepun. Dia kan orang jepun. Kamu ni." Cikgu Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Bukan. Nurul Akira." Sekali lagi serentak semua bersuara sambil semua tangan menuju ke arah Nurul Akira yang nyenyak tidur.
Nelly di sebelah Nurul Akira segera mencuit Nurul Akira.
"Apa dia. Jangan kacaulah." Nurul Akira masih mamai.
Kelas 5 A2 tergelak dengan gelagat Nurul Akira. Nurul Akira masih mamai bingung dengan mata - mata yang memandangnya.
"Nurul Akira!" Seru cikgu Laura.
Nurul Akira yang terkejut terus berdiri tegak.
"Jawapan dia H2O!" Tiba tiba saja Nurul Akira memberi jawapan tanpa soalan.
Sekali lagi seluruh kelas tergelak. Akira Yamada yang daripada tadi memerhati sedang menahan gelak.
Nurul Akira sudah tersipu malu.
"Heyyy????!!!! Anata???!!!" Nurul Akira terkejut melihat pelajar yang berdiri di sebelah cikgu Laura.
"Ohayou gozaimasu!" Akira Yamada menyapa Nurul Akira, lalu menundukkan badannya.
Nurul Akira masih berdiri kaku. Dia tidak menyapanya semula.
"Nurul, mari ke depan." Panggil Cikgu Laura.
Nurul Akira yang masih bingung terus ke arah cikgu Laura tanpa bersuara.
"Why you are here?" Nurul Akira berbisik kepada Akira Yamada.
Akira Yamada hanya tersenyum.
"Nurul, tolong translate kan apa Akira Yamada akan cakap. Dia tidak boleh berbahasa melayu." Jelas cikgu Laura.
"Haa? Tak pandai bahasa melayu? Oh, tak pandai rupanya." Perli Nurul Akira.
"Watashi wa Akira desu." Akira Yamada pura - pura mengenalkan diri kepada Nurul Akira.
Bahasa yang digunakan oleh Akira Yamada agak formal.
"Watashi? Sejak bila dia ni pandai formal dengan aku pula." Bisik Nurul Akira.
Dalam bahasa jepun perkataan 'watashi' hanya digunakan oleh perempuan ataupun dalam keadaan formal. 'Ore' pula digunakan oleh lelaki dalam keadaan tidak formal.
"Sumimasen? (Excuse me.)" Akira Yamada menegur Nurul Akira yang sibuk berkata - kata sendiri.
"Apa dia cakap, Ki?" Tegur Hakim.
"Oh, dia cakap nama dia Akira Yamada."
Akira Yamada terus membisik ke arah Nurul Akira.
"Wuuu~~~ bisik bagai." Seluruh kelas riuh sebentar.
"Tell them about my age and my background." Bisik Akira Yamada.
"Umur dia 19 tahun. Dia sudah tamat sekolah menengah. Dia berasal dari bandar Kyoto. Akira sepatutnya ke Universiti Tokyo, tapi disebabkan dia gagal peperiksaan masuk u kerana tak cukup tidur. Dia telah melupakan hasratnya nak ke Universiti Tokyo. Keluarga Akira telah berhijrah ke sini. Dia memilih sekolah menengah dan bukannya universiti sebab dia masih lagi takut untuk belajar di universiti." Terang Nurul Akira.
Sebenarnya ada beberapa bahagian yang Nurul Akira kelentong seperti sebab utama kenapa Akira Yamada gagal peperiksaan dan memilih sekolah menengah.
Akira Yamada di sebelah Nurul Akira hanya tersenyum senget mendengarnya. Tangannya terasa mahu menarik tudung Nurul Akira.
"Kenapa dia takut?" Soal Lia.
Nurul Akira memandang Akira Yamada seperti mahu bertanya. Tapi hakikatnya dia hanya tersenyum sinis.
"Jangan berkata yang tidak benar." Akira Yamada berbisik.
Nurul Akira terhibur dengan amarah Akira Yamada. Dia tidak memperdulikannya.
"Yelah. Dia tak ready nak belajar di u. U kan susah berbanding sekolah. Dan dia kata nak cari jodoh dengan orang Malaysia yang lebih muda daripada dia. Jadi, siapa nak nombor dia, rehat nanti jumpa dia." Sekali lagi senyuman Nurul Akira terukir.
Seronoknya rasa hati ini. Muahahaha!

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Fiksi Remaja"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...