BAB 11

494 21 0
                                    

Waktu persekolahan telah tamat. Pelajar 5A2 menuruni anak tangga. Di bangunan bertentangan kelihatan 5A1 sedang menuruni anak tangga. Pada mulanya kelas 5A1 dan 5A2 saling bersebelahan dan berada di bangunan yang sama tetapi disebabkan mereka sering bergaduh, pengetua mengarahkan 5A1 di bangunan E manakala 5A2 di bangunan F.
Bangunan E dan F dipisahkan oleh bangunan kantin. Pelajar 5A1 dan 5A2 bertembung di kantin. Ala macam dalam drama, dua geng yang saling bermusuhan bertembung. Kalau cerita Korea, Cheer Up! Kumpulan Real King dan Baek ho bertembung depan kelas. Acah - acah nak gaduh.

"Well. Well. Well. Budak - budak loser in the house, babeh!" Kata Rania.

"Loser? Geng. Ada orang mengaku yang dia tu loser." Perli Nurul Akira.

Kelihatan wajah Rania kemerehan menahan amarah.

"Marah ke, cik akak." Giliran Nisha memerli.

Rania menarik nafas dan cuba bertindak tenang.

"You all dah ready untuk dikalahkan?" Soal Rania.

Nurul Akira tergelak. Diikuti dengan tawa yang lain.

"Kami dah lama ready. Since awal tahun lepas. Tak tahulah you all ready tak." Nurul Akira sengaja cuba buat gaya gedik seperti Rania.

"Well miss Kiki. Im sure your classmates are ready tapi bagaimana dengan lagi seorang tu." Reaksi menjengkilkan dibuat oleh Rania.

"Apa maksud kau?" Nurul Akira cuba memahami apa sebenarnya.

"Tu, the Japanese boy. Maybe he good in other subject. But i dont really sure if he good enough in Bahasa Melayu. Well, kita nak perlawanan yang adil kan. Tak kan nak kami yang 26 orang lawan 25 orang." Rania tersenyum sinis.

"Untuk pastikan ianya adil, budak Jepun tu dikira markahnya." Hazim disebelah Rania bersuara.

"Takut ke?" Emily cuba mencabar.

"Takut is not in our dictionary!" Zuhair terus mempertahankan.

"okey, fair and square." Rania lakukan fliphair, okey dia pakai tudung sekolah jadi flip tudunglah.

"the war begin now!" Nurul Akira dan Rania berperang mata.

Dua kumpulan itu serentak meninggalkan tempat itu tapi mereka masih menuju tempat yang sama iaitu pagar sekolah. Bezanya kelas 5A1 guna laluan padang manakala 5A2 guna laluan perhimpunan.

Semua pelajar apabila melihat pelajar 5A2 jalan bersama membuat satu sekolah rasa gentar. Masing - masing memberi laluan kepada pelajar 5A2. Tiada seorang berani lalu di hadapan mereka. Masing - masing terhenti sebentar kerana memberi laluan kepada 26 orang pelajar 5A2 itu. Akira Yamada di dalam kelompok itu masih dalam keadaan kekok. Selama ini dia lihat dalam drama aje, tak sangka dia mengalami sendiri. Di Malaysia pula tu, dah rasa macam dalam kumpulan yakuza di Jepun pula.

Sebaik saja tiba di hadapan pintu pagar mereka bersurai. Mereka akan memegang bahu Nurul Akira terlebih dahulu sebelum beredar dan Nurul Akira akan mengangguk tanda kebenaran. Tiada suara di antara mereka. Ternyata pelajar 5A1 sudah terlebih dahulu tiba di hadapan sekolah. Masing - masing saling pandang antara satu sama lain. Sekali lagi Akira Yamada dalam keadaan kekok. Akira Yamada segera ke bus stop, seperti yang diarah Nurul Akira tadi. Nurul Akira tak nak dia dilihat asyik berkepit dengan Akira Yamada, jadi dia telah bagi tahu Akira Yamada bagaimana hendak memilih bas. Dia akan naik bas yang sama cuma dia taknak terlalu dekat.

Nurul Akira sengaja melambatkan jalannya, dia bagi Akira Yamada ke bus stop sendiri.

"Kiki!!"satu suara yang dia kenal dari belakang ke dengaran.

"Mama!" Nurul Akira segera mendapatkan mamanya.

"mana Akira?" soal Sofia.

"ada di bus stop."

"pergi panggil dia. Mama dia ada di dalam kereta juga ni."

"okey." ringkas saja jawapannya.

Di bus stop, Akira Yamada mencari cari wajah yang dia nak sentiasa di sisi. Kikilah, siapa lagi. Ramai pelajar perempuan di bus stop itu mencuri pandang Akira Yamada, ada yang sibuk berkata pasal kekacakkan Akira Yamada.

"Akira!" Nisha mendapatkan Akira Yamada.

"Nisha." Akira Yamada menyambut Nisha dengan senyuman.

"Let's me sending you home." pelawa Nisha.

"but.." Akira Yamada rasa bersalah.

"Akira Kun!" panggil Nurul Akira.

"Kiki Chan!" Akira Yamada tersenyum lebar.

"sorry Nisha. I want go home with Kiki." teruja Akira Yamada.

"but.." Nisha terasa marah.

"Akira kun. Anata no okasan to atashi no mama.... koko de. (mak awak dan mama saya... disini)" meskipun bahasa jepun Nurul Akira masih ada grammar error tapi Akira Yamada faham.

"ore no okasan?(mak saya?)" Akira Yamada teruja mendengar nama maknya

"hait. soko! ( sana)" Nurul Akira menunjuk ke arah sebuah kereta.

"sorry Nisha." Akira Yamada segera berlalu meninggalkan Nisha.

ini kali kedua Nisha di tolak.

"ingat Nisha, jangan sebab Akira kau nak khianat A2. Aku taknak kalah sebab kau tak puas hati dengan aku. Kalau kau suka Akira, tahan dia dari terlepas ke A1." Nasihat Nurul Akira sebelum beredar.

Nisha sedar meskipun dia rasa marah dengan Nurul Akira, dia tidak sesekali mengingkari arahan Nurul Akira selaku ketua. Dia setia dengan kelas 5 A2.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now