BAB 27

390 17 5
                                    

Nurul Akira keluar ke halaman rumah. Dia duduk berehat di gazebo yang dibina sendiri oleh ayahnya semasa mereka mula berpindah di situ. Dia terlihat Edward yang keluar dari rumahnya dan menuju ke rumah Akira Yamada. Segera Nurul Akira bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke pagar. Sengaja mahu bertegur sapa dengan kawan sekelasnya itu.

"weyh, Ed!" tegur Nurul Akira yang masih terhalang dengan pagar rumahnya.

"hei.. you!" Edward teruja menegurnya semula.

"nak ke mana?" walaupun Nurul Akira sudah tahu tetapi sengaja disoalnya lagi.

"oh, nak hantar ni ke Akira. Malam tadi dia tertinggal di rumah I." Edward menunjukkan beg dompet milik Akira Yamada. Malam tadi malam hari natal, keluarga Yamada menyambutnya di rumah keluarga Edward.

Keluarga Edward mengajak keluarga Yamada bersama kerana mereka tahu keluarga Yamada tiada keluarga lain di Malaysia.

"dah kaya sangat ke sampai tertinggal." Nurul Akira separuh berbisik.

"huh?" Edward cuba mendengar apa yang dikatakan Nurul Akira.

"oh.. tak ada apa - apa lah. Haa.. pergilah hantar wallet tu. Bye.."  Nurul Akira melambai ke arah Edward sebelum terus berlalu.

Nurul Akira kembali masuk ke dalam rumah.

******

Fuyuki Sato memandang sepi hadiah yang diterima sebentar tadi. Dia  bukannya tidak suka, tetapi saat ini dia benar - benar keliru. Segala perasaannya bercampur baur. Haru!

Walaupun saat ini rumah dua tingkat itu dipenuhi gelak tawa tetapi tidak pun membantunya untuk senyum saat ini.

"Fuyu Chan.. nande yo?" Puan Suzanne menegur anak sulungnya.

"mom.. we need to discuss something." Fuyuki Sato memandang tepat ke arah ibunya.

Kelihatan ayahnya, Encik Masaru turut duduk di sofa yang berdekatan sebaik saja merasakan ada sesuatu yang tak kena.

" I want to go to Malaysia next week for a week." lancar tutur katanya.

"nani (apa!)" Encik Masaru terkejut dengan kenyataan anaknya itu.

"I want to go there. Please allow me." Fuyuki Sato menundukkan kepalanya.

"You can go.." kebenaran dari Encik Masaru telah memberi cahaya kepada Fuyuki Sato.

"no! I don't allow. Why you must go there? If you wanna have a vacation why you don't choose any destination in Japan? Why?" bantah Puan Suzanne.

"mom...." Fuyuki Sato cuba menggunakan intonasi yang lembut.

"You will not get my permission!" Sekali lagi bantahan keras dari Puan Suzanne.

"Suzanne." Encik Masaru menarik lengan Puan Suzanne. Dia mahu membawa Puan Suzanne berbincang di tempat lain.

Puan Suzanne menolak. Tetapi Encik Masaru tetap cuba menariknya walaupun agak memaksa tetapi masih dengan kelembutan.

"go!" sempat Encik Masaru memberi sokongan kepada anak terunanya.

Fuyuki Sato terus naik ke biliknya. Teruja dia dengan kebenaran ayahnya sebentar tadi.

Pintu bilinya dikuak. Dia terus mengambil telefon bimbitnya di atas meja belajarnya. Nama Ameer dicarinya. Segera butang dial ditekannya.

"hello.." terus Fuyuki Sato menayapa sebaik saja panggilannya diangkat.

"yo.. what's up?" Ameer menyambut.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now