BAB 9

499 22 1
                                    

Nurul Akira melangkah cepat ke kelas. Tercungap cungap Akira Yamada mengejarnya. Nurul Akira mahu dia tiba ke kelas sebelum guru subjek seterusnya masuk.

"Class! Attention please!" Suara Nurul Akira menarik perhatian kelas.

"We have a big mission!" Sambungnya.

Dengar saja big mission semua pelajar kelas 5A2 duduk dalam keadaan sedia seperti pasukan tentera yang sedang mendengar taklimat sebelum berperang. Akira Yamada terkejut melihat keadaan kelas begitu. Dia benar benar kekok.

"Next week we'll sitting trial examination. And as we all know our class get a better marks than 5A1 before this. Sekali lagi, kita akan bersaing dengan pelajar A1 untuk trial ini." Nurul Akira sudah gaya seperti general perang memberi arahan.

Hakim mengangkat tangan untuk bertanya. Nurul Akira mengangguk sebagai tanda kebenaran.

"Apa punca utama persaingan ini?" Tutur bicara Hakim sangat formal dan sopan.

"Puncanya ialah Akira Yamada!" Jelas Nurul Akira.

Sebaik saja nama Akira Yamada disebut, semua mata tertumpu ke arah Akira Yamada. Sekali lagi Akira Yamada berasa kekok.

"Kita telah dicabar kerana kelas A1 tidak puas hati Akira Yamada memilih kelas kita. Memandangkan keputusan exam kita sebelum ini terbaik, hal ini menyebabkan mereka rasa tercabar. Mereka tidak dapat terima keputusan kita lebih baik. Jadi! Trial ini akan jadi taruhan! Kita mesti lakukan yang terbaik!"

"Ya!" Satu kelas bersatu.

"Lia! Susun jadual kita. Zuhair dan Syafiq, pujuk cikgu ajar kita. Mimie and the gang, fotokopi soalan 4 tahun sebelum ini untuk setiap subjek. Amir, tempah bilik ilmiah untuk kita study. Pujuk cikgu Mon. Yang lain tolong cari nota - nota penting untuk semua subjek dan serahkan kepada Nadia. Nadia, bahagikan subjek - subjek kepada yang tak ada tugas. Mulai esok kita akan pulang ke rumah jam 4! Kita study habis baik!" Nurul Akira sudah mengeluarkan arahan.

Setiap nama disebut akan disambut 'ya'.

"Baik!" Sekali lagi satu kelas bersatu.

Knok! Knok! Pintu kelas diketuk. Kelihatan seorang pelajar tingkatan 4.

"Ada apa?" Tegas suara Nurul Akira.

Semua mata 5A2 tertumpu pada pelajar lelaki itu. Semua mata - mata yang menakutkan. Pelajar lelaki tadi agak terkejut.

"Cikgu Lina ada mesyuarat, dia serahkan tugasan ini." Gagap tutur katanya, tangannya menggeletar menghulur beberapa salinan soalan.

Akira Yamada yang hampir di pintu mengambil salinan soalan itu. Pelajar lelaki tadi terus berlari keluar meninggalkan kelas itu.

"Siew Ann, you bijak dalam add maths jadi i nak you ajar sekarang." Arahan Nurul Akira. Memandangkan Cikgu Lina ialah guru add maths kelas itu, ketiadaan dia tidak akan disia siakan.

"Baik!" Berdiri tegak Siew Ann sebaik saja namanya di panggil.

Terus Siew Ann kehadapan. Soalan tadi telah diedar satu per satu ke semua pelajar. Nurul Akira segera duduk di tempatnya. Akira Yamada terus menyusul.

"Siew Ann!" Lia membaling marker pen ke arah pelajar cina itu.

Dengan tangkas Siew Ann menyambut.

"Kita akan bincang satu per satu. Bermula daripada soalan pertama.. caranya begini." Tangan Siew Ann lincah menulis.

Suasana kelas itu agak tegang. Semuanya sedang fokus. Tidak ada seorang pun berani melakukan perkara yang lain. Akira Yamada terpaksa menyesuaikan diri dalam situasi begini. Situasi yang baru baginya. Tapi tidak untuk pelajar 5A2, pantang dicabar. Jika dicabar, segala strategi di susun dengan baik. Mahupun dalam akademik ataupun sukan, semuanya dititik beratkan oleh pelajar 5A2. Moto kelas mereka 'Harimau pantang dicabar! Tidak sekali mundur!'. Harimau merujuk kepada kelas 5A2.

Susunan strategi yang 5A2 sentiasa membuah hasil. Strategi yang tidak mudah dipatahkan.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now