Fuyuki Sato cuba menghubungi Nurul Akira. Wechat, Line, What'sapp, facebook, twitter, semualah di spamnya. Fuyuki Sato takut jika Nurul Akira merajuk dengannya.
Kalaulah dia dekat dengan Nurul Akira saat ni pasti dia dah bergegas menemui Nurul Akira. Tapi apakah daya, jarak mereka beribu jauhnya. Dipisahkan dengan laut pasifik yang terbentang luas. (okey, penulis budak sejarah bukan budak geo, so tak arif sangat bab2 nama laut ni. kalau salah bagitahu ye.)
Sudah sejam dia tidak dapat menghubungi Nurul Akira. Dia sudah tak tentu hala. Relax, Yuki. Kau dengan dia kawan aje. Tapi cemas macam suami isteri.
Knok! Knok!
Ketukan biliknya kedengaran. Pintunya dikuak tanpa Fuyuki Sato membukanya.
"yes, mom?" kata Fuyuki sebaik saja melihat kelibat ibunya di pintu.
"tomorrow is Natsumi's birthday right?" kata Puan Suzanne.
"tanjobi?(hari jadi) I don't know about that. And I don't want to know." Selamba jawapan Fuyuki Sato.
Puan Suzanne menggelengkan kepalanya.
"hai.(ye) do you remember last year we met Natsumi in a cafe. She said she was celebrate her birthday. and because of that, I know her birthday." Jelas Puan Suzanne.
"so?" Fuyuki Sato menunjukkan tidak minatnya terhadap perkara itu.
"I'll bake a cake. and I want you celebrate her birthday. Tomorrow. In school." kata Puan Suzanne.
"I'm not sure. I have a lot work to do." Fuyuki Sato cuba mengelak.
"I don't care. What I want you celebrate her birthday by tomorrow! So tomorrow you MUST bring the cake that I'll bake." jelas Puan Suzanne yang menekankan perkataan must.
Belum sempat Fuyuki Sato membalas, Puan Suzanne Sato sudah pun berlalu.
Fuyuki mengeluh.
Pasal Nurul Akira belum selesai lagi dah pasal Natsumi pula. Natsumi Aihara. Apasal kau selalu kacau hidup aku?
******
Nurul Akira mengulang kaji pelajaran bersama Akira Yamada. Otaknya sudah penat menelan segala fakta. Terasa macam otaknya terusan disumbat dengan segala tulisan, rajah, jadual dan sebagainya.
Berdenyut kepalanya. Tangannya terus mengurut kepalanya.
"rehat?" tanya Akira Yamada sebaik saja melihat Nurul Akira yang sibuk mengurut kepalanya.
"no. Saya nak teruskan." Meskipun soalan Akira Yamada seperti tidak lengkap, tetapi Nurul Akira cepat saja menangkapnya.
"jangan paksa." pinta Akira Yamada yang prihatin.
"break time!" kata Puan Yamada yang keluar membawa sepinggan yang penuh dengan buah - buahan potong dari dapur.
Rajin sungguh Puan Yamada melayan Nurul Akira.
"ya ampun enak banget ni!" celah Melati yang tiba - tiba saja muncul.
Nurul Akira mengemas meja yang penuh dengan buku - bukunya.
"mari makan sekali, bik." pinta Nurul Akira.
"eh..ngak mau. Ada banyak kerja yang perlu diurusin."
"ngak pa pa. itu boleh kemudian. Jom sekali."tangannya menarik tangan pembantu rumahnya.
Puan Yamada turut mengambil tempat di sebelah anak tunggalnya.
"oishi!!(Sedap!)" kata Nurul Akira sebaik saja memasukkan rock melon ke dalam mulutnya.
"hai!.." Puan Yamada juga bersetuju.
"apa itu shi?" Melati soal.
Yelah dia ni mana tahu bahasa Jepun atau dalam bahasa indonesia, Jepang. Selalu borak dengan Puan Yamada pun guna bahasa inggeris plus bahasa tubuh. Mujur dia ada belajar bahasa inggeris dahulu.
Nurul Akira dan Akira Yamada tergelak.
"oishi maknanya sedap." jelas Nurul Akira.
"oshi...?"
"oi..shi..." Nurul Akira mengajar sebutannya.
"oishi..?"
"yes!!" kata Akira Yamada.
Terus saja Melati mengambil sepotong rock melon dan hala kan kepada Puan Yamada.
"oishi... oishi..." teruja sungguh Melati belajar perkataan baru.
Semua tergelak dengan gelagat Melati.
"Akira, kita sambung nanti malam boleh. Nak rehat." pinta Nurul Akira.
"why not." jawab Akira Yamada.
Nurul Akira terus beredar. Kakinya satu per satu memanjat anak tangga. Dalam otaknya di bayangi betapa enaknya dapat tidur sebentar. Power nap gitu..
Tombol pintu biliknya dipulas. Kakinya melangkah ke dalam biliknya yang kemas itu. Terus dia menuju ke katilnya. Telefon bimbitnya di capai.
Wow! itulah ayat yang terkeluar dari mulut Nurul Akira sebaik saja terlihat notification mesej yang masuk.
Satu per satu di lihatnya. Semua daripada Fuyuki Sato. Dia tersenyum melihat kesungguhan jejaka ini. Mungkin Fuyuki fikir yang dia sedang merajuk saat ini.
Kata - kata romantis memenuhi telefonnya.
"dah macam couple dah ni." Kata Nurul Akira sendiri.
Okey, hubungan Nurul Akira dan Fuyuki Sato sebenarnya hanyalah teman tapi mesra. Fuyuki tidak akan meluahkan cintanya kepada Nurul Akira, meskipun dia sebenarnya mencintai gadis itu. Hal ini kerana dia menghormati gadis itu. Dia tidak mahu wujudkan satu ikatan sebelum mereka bersua. Hubungan jarak jauh tidak akan membawa perkenalan yang lebih men dalam, baginya. Begitu juga dengan Nurul Akira.
Kini masing - masing memendam rasa. Dengan harapan suatu hari mereka akan bertemu, dan cinta itu akan hadir pada waktu itu.
Nurul Akira hendak membalas mesej Fuyuki Sato, tetapi telefonnya mati kerana bateri low. Terus dia mencapai pengecasnya. Telefon bimbitnya segera di cas. Nurul Akira tiba - tiba pening, meletakkan saja telefon bimbitnya itu. Dia menghampiri katil. Matanya terlelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Ficção Adolescente"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...