BAB 13

523 23 0
                                        

Fuyuki Sato duduk di meja cafeteria untuk menikmati makan tengaharinya sambil membaca kamus.

"Fuyuki." Ameer merupakan rakan sekelasnya menepuk bahunya.

Ameer merupakan salah seorang pelajar dari Malaysia yang berjaya menyambung pelajarannya di Jepun.

"Ameer, apa khabar?" kata Fuyuki yang masih gagap berbahasa Melayu.

"alhamdulillah, baik." jawab Ameer.

Ameer tahu yang Fuyuki Sato cuba mempelajari bahasa melayu. Fuyuki Sato memang rapat dengan Ameer. Setelah Fuyuki Sato menjelaskan isi hatinya untuk mempelajari bahasa melayu, hubungan mereka bertambah erat.

"al..al lillah?" Fuyuki Sato yang baru saja mendengar perkataan baharu.

"alhamdulillah, that's an arabic words. it's mean thanks to god." Jelas Ameer.

"oh i see." jawab Fuyuki Sato.

Fuyuki Sato dan Ameer banyak berkomunikasi dalam bahasa inggeris ataupun bahasa melayu berbanding bahasa jepun kerana Fuyuki Sato sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa inggeris, selain kerana ibunya, dia sekeluarga sebelum ini menetap di London sejak Fuyuki kecil dan pulang semula ke Jepun sejak 3 tahun yang lalu. Tetapi di sebabkan universiti ini menggunakan bahasa jepun sebagai bahasa pengantaraan, nak ataupun tidak Fuyuki Sato kena berbahasa Jepun juga bila dengan rakan yang lain.

"apa yang awak belajar hari ini?" soal Ameer.

"saya belajar perkataan baru."

"oh really? what is that?"

"the different between suka, sayang dan cinta. In english we just said it is like or love. But in Malay it is different."

"okey. Give me an example based on what you understand."

"saya suka makanan ini." Fuyuki Sato menunjuk ke arah makanan yang dia nikmati sebentar tadi.

"how about sayang?" Ameer cuba menggalakkan Fuyuki Sato.

"saya sayang awak.?"  kata Fuyuki sambil mengangkat keningnya sebelah.

Ameer terus ketawa. Lucu baginya. Hatinya benar - benar di geletek.

"awak tidak sayang saya ke?" soal Fuyuki Sato dengan tuturnya yang masih gagap.

Ameer masih tergelak. Dia mengelap air matanya.

"it is funny when a man said love to another man. okey, I love you too, buddies. But i'm only married with a woman. Okey?" Ameer sambung ketawa.

Bahu Ameer di tumbuk Fuyuki Sato.

"mochiron!(sudah tentu!) I'm not a gay too." Fuyuki Sato turut tergelak.

twit! twit! twit! notification dari telefon bimbit Fuyuki kedengaran.

Jari jemari Fuyuki Sato rancak menari di atas skrin telefonnya, manakala senyumannya mula terukir. Sesekali tawa kecilnya kedengaran.

"dare? (siapa?) Kanojo to iu koto wa arimasu ka? (adakah dia?)" Ameer menyerkap jarang.

"hai. kanojo. (ye. dia)" Ringkas saja jawapan Fuyuki Sato.

"Nande kanojo wa anata no tame ni totemo tokubetsuna? (kenapa dia sungguh istimewa bagimu?)" oh tu dia.. Ameer dah mula soalan cupemas dah.

"kanojo...(dia)" Fuyuki hanya tersenyum bila di soal.

"i don't know. what i know she always make me laugh. All the time. I hope one day i will meet her." Fuyuki Sato sudah di dalam dunianya sendiri.

"oh.. eh, Natsumi wa anta ga daisuki? (Natsumi suka awak?)"

"huh? pardon?" terkejut juga Fuyuki Sato mendengar berita ini.

"aigoo.. she always with you. She always try to talk to you." pelik jugak Ameer dengan Fuyuki ni tak kan tak perasan langsung Natsumi cuba dekat dengan dia.

"i'm not interested for it." jawapan selamba Fuyuki Sato.

Ameer ni kadang kala pelik dengan sahabatnya ini. Bukan setakat Natsumi je yang pernah cuba nak dekat dengan dia, banyak gadis tak kiralah dari Jepun ke atau dari negara lain pernah nak dekat. Tetapi Fuyuki hanya layan nak tak nak.

Istimewa sangat ke gadis yang bernama Kiki tu sampai Natsumi yang cun melecun tu pun dia tolak. Kalau gadis lain tak apa lah. Ni Natsumi beb! Cun sangat. Artis Korea, Model antarabangsa semua kalah. Natsumi ni bukan setakat cantik, pandai, sopan. Kira memang untunglah siapa yang dapat dia. Berebut budak laki nak ushar dia Tapi Fuyuki boleh tolak macam tu aje?! Peliklah mamat ni. Ngomel Ameer di dalam hati.

"Fuyuki!" Natsumi melambai ke araah Fuyuki Sato.

aish. Baru sebut dah muncul.

Ameer dan Fuyuki Sato hanya melemparkan senyuman.

Natsumi mendekati meja Fuyuki Sato. Sebaik saja dia tiba di meja itu, Fuyuki Sato segera bangun.

"Sumimasen (maafkan saya.) I have to go. i have some work to do." Fuyuki Sato terus berlalu.

"Fuyuki.." Natsumi cuba menghalang tetapi tidak di endahkannya.

Ameer hanya mengangkat kedua bahunya sebaik saja Natsumi memandang ke arahnya.

Dengan perasaan geram, Natsumi terus berlalu. Sakit rasanya.

Fuyuki pula terus melangkah tanpa hala tuju yang sebenar. Menyesal pula dia tidak membawa Ameer bersamanya. Memang sikap Fuyuki Sato untuk tidak bercakap dengan perempuan lain tanpa sebab. Mungkin sebab hatinya sudah di kunci oleh Kiki.

Fuyuki Sato dan Nurul Akira berkenalan di facebook sejak 3 tahun yang lalu. Ketika itu, Fuyuki baru saja pulang ke tanah kelahirannya, Jepun. Dia memerlukan sesuatu untuk dia kembali fasih berbahasa Jepun. Fuyuki Sato menjumpai satu kelab pertukaran bahasa di Facebook. Pada mulanya Fuyuki Sato berkawan Nurul Akira seperti rakan kelab itu yang lain. Hubungan mereka semakin rapat sejak dua tahun yang lalu. Kewujudan aplikasi Line menambah keeratan hubungan mereka.

Fuyuki Sato menyeluk sakunya untuk mengambil telefon bimbitnya. Laju saja jarinya bergerak. Chat dari Nurul Akira segera dibukanya. Terus mukanya tersenyum dengan gelagat Nurul Akira. Ada saja cerita Nurul Akira yang membuat dia tersenyum.



Eh mamat Jepun! (Hold On)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang