Nurul Akira duduk di tepi tingkap. Dia terlihat Akira Yamada yang baru pulang bersama Liyana. Gaya Liyana yang gedik itu membuat Nurul Akira meluat.
"Akira kun.. akira kun.. yuckss! Geli pula aku tengok depa ni. Berpeluk sana sini. Minah tu tak cukup kain ke. Naik Audi tapi baju pun tak siap. choi!" Nurul Akira mula mengutuk sendiri.
"adik cakap dengan siapa?" tiba - tiba saja Adam muncul.
Nurul Akira mengurut dadanya yang sakit kerana terkejut.
"Along ni dah kenapa masuk tetiba? kalau adik ni ada sakit jantung dah arwah dah ni. Tak reti ketuk pintu ke? Main sergah aje. Bagi lah salam ke apa ke. Ni tak, tetiba aje dengar suara. Cuba nak masuk tu bagi salam.. assalamualaikum.. ke baru lah tak terkejut sangat. Dapat pahala. Ni kalau tiba - tiba adik arwah ni, sia - sia aje." bebel Nurul Akira.
Adam dari tadi hanya mengangguk seperti burung belatuk. Dia tidak mahu memotong kata - kata adiknya, risau pula adiknya ceramah lagi panjang.
"maafkan patik, tuanku." Adam cuba bergurau.
"haa.. ada apa masuk bilik adik ni?" terus dia menerkam dengan nada yang menggerunkan. Marah lagi la tu.
"garangnya!!" Adam cuba membuat reaksi takut.
"ye.. ada apa? boleh saya bantu?" Kali ni Nurul Akira lagaknya seperti petugas di kaunter pertanyaan.
"oh, cuma nak cakap malam ni kita akan buat bbq. Ajak keluarga Yamada sekali." terang Adam
"Tak ada keluarga lain ke?" soal Nurul Akira.
"ai.. tak kan masih cemburuuuu..." sengaja ayat hujungnya dipanjangkan.
"of course no! Tak lah, kenapa tak ajak keluarga Edward kat depan ni, tak pun sebelah keluarga Edward, Kamil. Kita dah lama kenal diaorang and Edward dan Kamil tu kan kawan adik di sekolah. Terutama si Edward tu, kawan sekelas lagi tu." Tangan Nurul Akira tak henti bergerak ke kiri ke kanan sepanjang dia bercakap.
"ohh.. mungkin sebab nak rapatkan hubungan keluarga ni dengan keluarga Yamada. Yelah, seperti yang adik cakap tadi. Kita kan dah lama kenal keluarga Edward dan Kamil. So sekarang kita kenal - kenal lah dengan keluarga Yamada."
"alasan tak boleh pakai langsung. Hey, Ayah dengan encik Yamada tu sahabat pena sejak ayah sekolah menengah kot. Ni haa.. nama AKIRA ni pun sebab mereka." Sengaja Nurul Akira menekankan nama Akira tu, memandangkan dia dan Akira Yamada berkongsi nama.
"eleh.. patut bersyukur nama Jepun. Lain macam along ni, Naqib Adam.. hmm.. terasa macam orang arab pula namanya." Adam tergelak kecil.
"memang bersyukur pun. Syukur sangat sangat sebab satu nama dengan mamat yang poyo tu!"
"woisshhh! Marahnya. Jangan marah - marah. Haa.. ni baru kongsi nama. Entah - entah esok lusa kongsi rumah, bilik, dan katil sekali." Adam gelak besar setelah mengenakan adiknya.
Nurul Akira segera membaling bantal tidurnya ke arah Adam.
"Jangan nak merepek lah!"
"Tak mustahil dik.. Entah - entah malam ni nak bincang pasal kauorang berdua! Yeah! Dapat adik ipar orang Jepun!!" Adam gelak sambil berlalu pergi.
Kalau dia terus dibilik adiknya, ada kemungkinan katil pun turut terbang ke arahnya.
Nurul Akira pula sedang menahan amarah. Geram pula dengan alongnya. Kalau ikutkan hati nak aje di cubit - cubit mulut alongnya itu.
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Dari Fuyuki Sato. Haaa.. ni baru bakal laki aku dari Jepun. muahahaha!
*********
Nurul Akira menuruni anak tangga. Kelihatan ayah dan mamanya sibuk membuat persiapan bbq sebentar nanti. Hmm taklah sibuk mana, setakat susun aje. Jadi Nurul Akira mengambil keputusan untuk menonton televisyen.
Segera butang 'mytv' ditekan. Kali ini folder The Return of Superman pula ditekannya. Dia sudah lama tidak menonton rancangan ini sejak dia sibuk menduduki peperiksaan, mujur dia sudah rekod.
"Uhm Jion!!" teriak Nurul Akira melihat Uhm Jion di kaca televisyen.
"Uhn Jion..." kali ini nada suaranya agak lemah.
"adik nangis ke?" tegur Adam.
"Oppa, Jion.." Nurul Akira menunjuk ke arah televisyen.
"kenapa pula dengan Jion. Dan lagi satu apa hal tetiba speaking korea ni, Jepun hang pi mana?" soal Adam.
"oppa.. Jion.. ni episod last Jion..." Nurul Akira membuat muka sedih.
"alaa.. pasal Jion pun nak nangis ke?" Adam mengeleng melihat adiknya.
"Jion comel lah.. Oppa..."
"aih.. dah lah.. geli pula dengar oppa oppa." terus Adam bangun dari tempat duduk dan kembali ke dapur.
"adik.. keluarga Yamada dah sampai.. tolong bawa cawan ni.!!" teriak Sofia dari dapur.
Dengan keadaan yang malas teramat, Nurul Akira terpaksa akur. Cawan plastik yang disediakan mamanya terus diambil dan dibawa ke halaman luar. Nurul Akira meletakkan cawan - cawan itu.
"Kiki chan.. konbawa! (selamat petang, Kiki)" sapa Puan Yamada.
Nurul Akira menundukkan badannya sedikit tanda bersapa. Puan Yamada berlalu setelah menyapa.
"hai, Kiki..." tegur Akira Yamada.
"hmm.. hai.." Nurul Akira seperti nak tak nak melayan Akira Yamada.
"do you miss me?" soal Akira Yamada.
Penumbuk di halakan ke muka Akira Yamada.
"Ni rindu kau! Tak ada masa aku nak rindu kau." Nurul Akira menjeling.
Nasib baik tindakannya tiada sesiapa yang sedar. Nurul Akira tersedar yang ada seseorang tetamu tidak diundang duduk bersebelahan mamanya.
"kenapa dia pun ada?" soal Nurul Akira.
"huh? nani? dare? (apa? siapa?)"
"tu sana tu. anta no garuferendo! (kekasih kau!)" Nurul Akira menunjuk ke arah Liyana.
"haa.. Liyana.. Are you jealous?" jari telunjuknya ke arah Nurul Akira.
Nurul Akira terus menepis jari telunjuk Akira Yamada.
"choi! Aku pun dah ada kekasih lah.. Yuki!" tegas Nurul Akira.
"haa.. Yuki Furukawa." Akira Yamada tersenyum sinis. Tak sangka pula gadis didepannya mengaku bercinta dengan pelakon Jepun yang sedang meningkat naik tu.
"Bukanlah! Yuki.. Fuyuki Sato.." dengan tiba - tiba nama Yuki disebut.
Terus Nurul Akira berlalu. Tak sangka akhirnya! Ada yang tahu pasal Fuyuki Sato. Punyalah selama ini dia merahsiakan nama dan identiti Fuyuki Sato.
Habislah. Kalau dia cerita pada along ni. Mesti along syak. Mesti along tanya macam - macam. Haih!! Kiki. kenapa kau punya mulut tak jaga. Kan dah susah. Ngomel Nurul Akira di dalam hati.
Akira Yamada masih berdiri sepi. Siapa pula Fuyuki Sato ni.
YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teenfikce"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...