BAB 24

405 16 1
                                        

Nurul Akira berlari anak menuruni anak tangga. Segera dia mengambil tempatnya dimeja makan. Kelihatan keluarganya sudah terlebih dulu duduk di situ.

"adik, hari ini last kan?" soal Sofia.

Nurul Akira sekadar menganggukkan kepalanya. Ya hari ini hari terakhir dia menduduki SPM. Lepas ni... Merdeka!!! Yahoo!!!

"Buat betul - betul. Jangan dok fikir yang ini last day, adik buat sambil lewa pula." Kamal menasihati puteri tunggalnya itu.

"ya, ayah. Adik tak akan sia - sia segalanya. InsyaAllah banyak A yang akan adik bagi nanti." teruja Nurul Akira.

"baguslah." Kamal menyua nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Lepas habis exam ni adik kerja ke tanam anggur atau ternak lemak?" Adam pula menyoal.

"mungkin tanam anggur aje. Kalau ternak lemak tu... hmm.. belum lagi kot." gayanya seperti seorang profesional menjawab soalan.

"adik, cepat makan tu. Hari ni paper habis pukul berapa?" Kata Sofia sambil tangannya sibuk menuang air untuk puterinya.

"pukul 4. Ada sesiapa nak ambil adik tak?"

"baliklah sendiri. Macam tak biasa naik bas pula." Adam menyakat adiknya.

"kejam!"

"memang pun." mata Adam dibulatkan.

"ma, yah.. tengok along tu.." ngadu Nurul Akira.

"sudah.. makan cepat adik. Along jangan sakat adik kamu ni. Sampai esok tak habis." amarah Sofia.

Nurul Akira dan Adam masih tidak puas hati. Masing - masing berlawan mata.

Kamal sekadar mengeleng melihat perangai anak - anaknya.

"nanti kalau restoran tak sibuk, ayah ambil adik." Kamal bersuara.

"yepppiii!!!" Nurul Akira mengangkat tangan kanannya ke udara. Teruja la tu.

"dah.. cepat sikit. Nanti adik pergi sekolah sendiri baru tau." amaran Adam.

Adam terus ke dapur membawa pinggan dan cawan kotornya. Manakala Nurul Akira dengan pantas menghabiskan makanannya. Denganrakus air teh di teguknya.

"panas!!" teriak Nurul Akira.

"Astaghfirullah! Memanglah panas. Jangan gelojoh sangat." Sofia mengeleng tengok puterinya.

"dah. biar kan pinggan di situ. Nanti mama ambil. Cepat pergi. Nanti along tinggalkan pula."sambungnya lagi.

Nurul Akira dengan keadaan kelam kabut terus menyalami kedua orang tuanya.

"bye, ma, ayah!" terus kakinya melangkah laju ke pintu.

Kakinya segera menyarung kasut sekolahnya. Ya, hari terakhir memakai kasut sekolah.

Kakinya terhenti melihat rumah keluarga Yamada. Sudah sebulan Akira Yamada di Jepun. Menurut Puan Yamada, Akira Yamada mahu meluangkan masa lebih lama di negara kelahirannya itu. Oleh sebab itu Akira Yamada pulang lebih lewat berbanding Puan Yamada.

Jika dikira masa Puan Yamada pulang ke Malaysia sudah 2 minggu tetapi Akira Yamada masih belum pulang. Agaknya dia tak dapat nak pisah dengan kekasih hatinya kot. Eh? Dia ada kekasih hati ke?

"wei! Adik! Cepatlah!" teriakan Adam mematikan lamunan Nurul Akira.

"Ahhh! sudahlah. Lantak pilah dia punya hidup." Nurul Akira berkata dengan suara yang rendah.


*****

Akira Yamada menunggu terbangannya di Narita Airport. Sudah seminggu dia di tanah airnya dan kini dia akan pulang semula ke Malaysia. Hatinya berat untuk meninggalkan tanah airnya, tempat dia membesar tetapi dia teruja untuk menemui seseorang di Malaysia. Seseorang yang dia sudah rindu. Seseorang yang bermain di fikirannya.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang