Nisha dengan segera berlari ke arah kelasnya.
"ke tepi! Tepi! Aku nak lalu." Nisha memberi arahan.
Apabila ada saja pelajar di hadapannya pasti dia akan menolak ke tepi. Dia kalau boleh mahu ke kelas dengan kadar segera. Berita yang di dengarnya sangat meletop! Tak sabar dia mahu kongsi bersama pelajar kelasnya.
"woi! Tak beragaklah minah ni!"
"ni jalan bukan bapak kau punya." Itulah antara suara - suara yang didengari Nisha sepanjang perjalanannya ke kelas.
Nisha akhirnya sampai di depan pintu kelasnya.
"wei!! Aku ada berita gempak!!" Nisha yang tak sempat menarik nafas telah pun memberi pengumuman.
Satu kelas tertumpu ke arah Nisha yang sedang termengah - mengah.
"apa dia?" suara Lia dari hujung kelas kedengaran.
"ada pelajar baru akan masuk minggu depan." Nisha teruja memberitahu.
"itu je? Hek eleh." Sekali lagi suara Lia kedengaran.
"pelajar ni bukan orang sebarangan tau."
"bukan sebarangan? Bapa dia lebih kaya dari bapa aku ke?" Hakim teruja untuk mengetahui.
Hakim merupakan anak tunggal kepada seorang jutawan Malaysia. Jadi tidak hairan jika dia merupakan pelajar terkaya di sekolah itu.
"lagi gempak dari harta bapa kau tu!" Nisha membulatkan matanya.
"lagi gempak? Baik kau cakap cepat. Belum pernah orang kalahkan aku sebelum ni."bertambah teruja Hakim dibuatnya.
"sekejaplah. Aku penat ni. Dari tadi aku berlari. Tak cukup nafas ni." Nisha sudah mencapai kerusi untuk dia duduk.
Penat rasanya.
"cepatlah. Kau punyalah tadi dah excited cerita, aku pun dah excited ni. Alih - alih kau kata penatlah pula?" Zuhair mula tidak sabar dengan berita yang akan disampaikan Nisha.
"entah kau ni. Aku pun dah excited ni." Asyrif meyokong Zuhair.
"betul - betul." Satu kelas itu mula menyokong mereka.
"okey, fine. Pelajar tu berasal dari Jepun!" Nisha mendepakan tangannya.
"wahhh!!" satu kelas mula teruja.
"lelaki ke perempuan? Kalau perempuan boleh aku jadikan awek aku." Hakim mula memasang angan - angan.
"hmm. Itu aku tak tahu. Aku cuma tahu dia dari Jepun." Nisha mengangkat bahunya.
"hek eleh!" sekali lagi satu kelas serentak.
"kau tahu dari mana?" Ain mula curiga.
"well. Ini Nisha. Aku pasang telinga tadi. Aku kat tadi kena naik pejabat. Kecoh pejabat."
"oohhh!" satu kelas mengangguk kepala.
"aku harap dia lelakilah. Kalau lelaki pasti dia handsome." Suara - suara pelajar perempuan kedengaran.
"anio! (Tidak dalam bahasa korea) aku harap dia perempuan. Betul tak geng?" Zuhair juga memasang angan - angan. Kata - katanya di sambut oleh pelajar lelaki yang lain.
"lelaki!" pelajar perempuan bersuara.
"perempuan!" pelajar - pelajar lelaki membantah.
Keadaan kelas sedang menjadi kecoh. Masing - masing cuba menegakkan kebenaran yang belum pasti.
Nurul Akira melangkah masuk ke kelas sesudah ke tandas. Dia bingung dengan keadaan kelas yang sangat kecoh.
"Mika, kenapa ni?" Nurul Akira bertanya kepada salah seorang rakan sekelasnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/51329420-288-k107346.jpg)
YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Подростковая литература"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...