Natsumi menuruni anak tangga. Fikirannya bercelaru. Apa yang berlaku pagi tadi benar - benar membuat dia tertekan. Dimalukan di depan awam bukanlah sesuatu yangmudah untuk dia terima. Dia benar - benar dalam kekecewaan. Dia kalau boleh mahu pergi dari sini. Tapi ke mana? Ke luar negara? Keluarganya bukanlah keluarga yang senang. Menukar universiti? Kemungkinan untuk dia bertembung rakan - rakan lamanya sangat besar. Dia buntu.
Kakinya terus melangkah. Melangkah tanpa arah sebenar. Entah kenapa kakinya berhenti berhampiran dengan landasan keretapi. Dia melihat landasan itu. Ya! itulah jalan yang dia perlu ambil. Tiada jalan lagi.
Kakinya melangkah ke arah landasan itu.
Ting ting ting! Itu bunyi menandakan keretapi akan melintasi jalan itu. Natsumi sudah pun berdiri di tengah landasan itu. Tepat pada waktunya, getus hatinya. Matanya di pejamkan. Telinganya sudah mendegar kehadiran keretapi yang bakal tiba. Dia yakin jaraknya sudah semakin hampir.
"sayonara...(selamat tinggal)" Natsumi berkata sendiri.
Badan Natsumi seolah di tarik keluar daripada landasan. Bukan itu saja, dia sekarang dalam pelukan seseorang. Dia dapat merasa kehangatan nafas manusia itu. Natsumi mendongak setelah pelukan itu terlerai.
"Fuyuki kun.!" terkejut Natsumi.
"are you nut? Where you put your brain?" Fuyuki menggoncang badan Natsumi.
Natsumi yang masih bingung tiba - tiba mengalirkan air mata. Dia memeluk Fuyuki Sato untuk meredakan hatinya yang pilu. Fuyuki Sato hanya membiarkan saja dirinya dipeluk oleh Natsumi. Tetapi dia tidak membalas pelukan itu, sebaliknya dia membiarkan Natsumi menangis dalam pelukan itu.
Dia membiarkan sebab dia rasa bersalah apa yang terjadi pagi tadi. Natsumi terusan menangis sepuasnya sehingga tertidur kerana sudah kehabisan tenaga.
******
Nurul Akira keriangan. Akhirnya segalanya sudah terbongkar siang tadi. Ternyata bukan Zuhair yang menipu. Penyiasatan yang dilakukan pengetua sangat hebat.
"maaf sebab saya minta kamu semua tunggu sebentar. Ini untuk kes yang berlaku baru - baru ni. Saya sudah jalankan siasatan." tegas pengetua.
Suasana dewan agak kecoh.
"diam semua! sebelum tu saya nak jemput seseorang. Marsha." Pengetua memanggil marsha.
Marsha masuk ke dewan seperti yang di arahkan. Bukan setakat Marsha tetapi mak cik cleaner turut bersama.
"didepan anda ada dua saksi utama dalam kes ini." katanya.
"Marsha..." Pengetua memanggil namanya. Marsha seolah tahu apa yang perlu dilakukannya.
"saya minta maaf semua. Zuhair tak bersalah!" Marsha mula membongkarkan.
"macam mana kau nak pastikan? Kau bukan dari kalangan 5 A1 atau 5A2. Kau tiada dalam dewan pun." Riana bersuara.
"ye saya bukan dari kalangan kamu semua. Dan saya tiada di dewan. Tetapi saya terlibat di luar dewan!" kata Marsha lagi.
"teruskan, Marsha." pengetua bersuara semula.
"Pagi jumaat lepas, Azim jumpa pada saya. Dia meminta saya memberi air milo yang di belinya kepada Zuhair. Saya betul - betul tak tahu yang dia telah masukkan ubat. Saya pada mulanya curiga, kerana saya tahu hubungan mereka tidak begitu baik. Tetapi saya teruskan juga setelah Azim memujuk saya. Saya tahu saya ni bodoh! sebab ikut kata Azim. Saya akur sebab saya suka Azim. Dan kami tahu Zuhair suka saya. Jadi pasti Zuhair tidak akan curiga jika baginya.
Saya fikir air itu sebagai tanda permulaan persahabatan mereka. Semalam saya dengar berita yang Zuhair di tuduh meniru. Saya juga dapat tahu yang Zuhair mengalami sakit perut pagi Jumaat itu. Saya berjumpa Azim. Azim mengaku pada saya yang dia hanya mempergunakan saya. Saya amat bersalah. Jadi saya ambil keputusan untuk jumpa pengetua. Maaf kan saya." Marha tertunduk menahan air mata.
"apa hal kau nak tuduh aku? Tak ada bukti yang kukuh pun." Azim membantah.
"saya ada! saya ada bukti!" Marsha mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket bajunya.
Hari ini dia terpaksa membawa telefon bimbitnya ke sekolah untuk memberitahu hal sebenar. Marsha menekan nekan skrin telefon bimbitnya.
"ya.. aku mengaku yang aku gunakan kau. ya benar sekali!! Kau ni terlalu bodoh, sayang. Baru ayat sikit, kau dah cair. Kau ni terlampau lembap. Kau kan tahu aku dan Zuhair tidak boleh bersama. Kami ni macam air dan api. So pity.." Suara Azim kedengaran dari telefon bimbit Marsha.
"jadi awak yang menyebabkan dia cirit birit? kenapa? apa dosa dia?" suara Marsha turut kedengaran.
"sebab aku tak nak kalah! Aku sengaja buat dia ulang alik ke tandas. Aku sengaja. Aku tahu dia hebat kimia. Tapi aku taknak kalah. Aku cuba cari jalan untuk kalahkan dia. Dan aku jumpa. Maaflah sayang, kau terlalu bodoh. Dan tak mungkin aku suka kau." Suara Azim sekali lagi kedengaran.
Suasana di dewan agak tegang dengan perkara ini. Semua bagai hilang kata terutamanya Azim setelah mendengar rakaman suara itu.
"bukan itu saja! Mak cik di minta oleh seseorang dari kelas 5 A1. tapi mak cik tak ingat nama dia. Dia itu.." Makcik cleaner menuding ke arah Azwan.
Semua mata tertumpu ke arah Azwan.
"Mak cik di suruh oleh dia untuk membersihkan bilik air dewan. Katanya sekira jumpa sesuatu berlah kepada pengetua. Pada mulanya mak cik tak sedar langsung apa - apa sehinggalah pengetua memanggil mak cik dan ceritakan hal yang terjadi. Jadi saya memberitahu perkara yang sebenar." jelas mak cik Cleaner.
"saya kecewa dengan kamu semua. Saya tidak halang kamu bertanding. Tapi saya sangat kecewa bila di antara kamu main kotor. Kamu sedar tak tidakkan kamu boleh menyebabkan kamu di gantung sekolah. Saya benar - benar kecewa." Pengetua benar - benar kecewa saat ini.
"hey, apa dok senyum tu." Adam menegur adiknya.
Teguran Adam mematikan lamunan Nurul Akira.
"oh.. adik ingat cerita siang tadi."
"cerita apa? bagi tahulah. baru 3 hari along tak ada, macam - macam kamu ni ye."
"Nantilah adik cerita." Nurul Akira terus bangkit.
"woi.." Adam tidak puas hati
******
Fuyuki Sato menggendong Natsumi yang sedang tidur di belakangnya. Dia masih buntu. Dia takut yang Natsumi akan semakin berharap kepadanya, tetapi dia tidak sanggup melihat seseorang mati kerana dia. Dia sangat buntu.
"Fuyuki kun.." suara lembut Nastsumi kedengaran.
barangkali Natsumi sedang mengigau.
"aishite....(saya suka awak)" kata Natsumi lagi sambil matanya pejam.
Natsumi mencium pipi Fuyuki Sato dalam keadaan tidur.
Fuyuki Sato terkejut. Dia menoleh ke arah Natsumi, ternyata gadis itu mengigau.
Fuyuki Sato bertambah bingung. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Memilih Natsumi Aihara, gadis yang dekat dengan dirinya atau Nurul Akira yang jauh beribu batu. Natsumi sudah terang - terang mencintai dirinya, tetapi Kiki? Adakah Nurul Akira mencintai dirinya. Dia benar - benar bingung. Dia rasa mahu menjerit saat ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Fiksi Remaja"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...