Sebanyak 52 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar 5A1 dan 5A2 sedang fokus menjawab peperiksaan kertas add math 2. Hanya bunyi kipas kedengaran. Tapak kasut guru - guru juga tidak kedengaran.
"okey. masa menjawab sudah tamat." kata Cikgu Mon.
Semua pelajar secara automatik telah menamatkan penulisannya.
"kertas akan di kutip sekarang."
Guru - guru semuanya mengambil kertas jawapan pelajar.
Kelihatan pengetua masuk ke dalam dewan.
"saya harap anda semua boleh tunggu sebentar." kata pengetua.
Masing - masing sudah tertanya - tanya. Tak pernah - pernah pengetua nak cakap dengan pelajar selain di tapak perhimpunan.
"saya dapati ada di antara kamu cuba meniru!" kata pengetua lagi.
Suasana dewan kecoh.
Pengetua mengeluarkan satu buku latihan. Dia menunjukkan buku itu ke arah semua pelajar.
Sekali lagi dewan kecoh.
"di sini ada nama pemiliknya. Saya sengaja tunggu hari ini untuk menanyakannya. Dan sengaja tunggu ke waktu habis sekolah sebab saya taknak ganggu yang lain periksa."
"siapa cikgu orangnya?" lancang saja mulut Azim.
"hmm... saya tidak tahu ini perangkap atau apa. Tapi selain bukti ini, cikgu - cikgu dan kamu semua boleh menjadi saksi. Dan ini sangat mencurigakan."
keluhan Pengetua kedengaran.Keadaan dewan sunyi pastinya ingin tahu siapakah yang berani meniru.
"Buku ini dijumpai oleh makcik cleaner di tandas. Ini buku kimia dan pemiliknya ialah Muhammad Zuhair bin Luqman." tambah pengetua.
semua mata tertumpu ke arah Zuhair. Zuhair, speechless!
"Zuhair!" panggil pengetua.
Zuhair terus bangun.
"awak di dapati berulang alik ke tandas pada jumaat lepas kan?" soal pengetua.
"ye." jawab Zuhair jujur.
"saya tiada niat nak memalukan awak atau aibkan awak. Tapi ini semua sudah terbukti. Saya mahu mendengar penjelasan awak."
"Saya mengalami cirit birit cikgu. Sebab itu saya ulang alik. Dan buku itu memang saya tak tahu macam mana ada di tandas. Saya kehilangan buku tu sejak hari isnin yang lepas." jawab Zuhair.
"eleh.. yelah tu.."
"alasanlah tu"
"booo.."suara - suara pelajar 5A1 kedengaran.
"Diam!" arah pengetua.
"saya tahu kamu semua sedang bertarung. Tetapi menggunakan jalan ini sangat saya marah! Ini jalan yang sangat teruk!"
"saya bantah!" Nurul Akira bangkit.
"booo..." pelajar 5A1 kedengaran lagi.
"Diam semua!" arah pengetua.
"teruskan" sambung pengetua.
"Zuhair merupakan pelajar yang hebat dalam Kimia. Dia sentiasa dapat A dalam subjek kimia. Mustahil untuk dia meniru. Dia tiada alasan untuk meniru. Saya amat terkejut jika dia meniru untuk subjek yang dia kuasai dengan baik." jelas Nurul Akira.
"mungkin sebab dia takut kalah." kata Riana.
"kau ni kan.." Nurul Akira hilang sabar nak aje dia belasah perempuan tu.
Nasib baik beberapa rakan kelasnya telah menarik dirinya.
"diam semua!" suara pengetua membuat semua terdiam.
"ini boleh jadi sebagai perangkap atau sengaja dibuat oleh Zuhair. Saya akan siasat benda ni. Jadi pergerakkan anda semua akan di awasi!" jelas pengetua.
*******
Zuhair terduduk disebabkan Nurul Akira menolaknya. Ingin saja dia kenakan tumbukkan tetapi tangannya di tahan oleh Mika.
"why???!!! why this must be??? apa kau buat Zuhair?" soal Nurul Akira yang sedang marah.
"dahlah tu Kiki. Kau sendiri cakap yang dia ni bijak dalam kimia. Takkan dia nak buat." Hakim cuba tenangkan kawannya itu.
"yeloh Kiki. I tak rasa dia yang buat." Edward bersetuju.
"kalau tak buat macam mana buku tu dalam tandas. Siap kimia tu, hari yang kau ulang alik ke tandas." marah Nurul Akira kemuncaknya.
Dia sebagai ketua teramat malu saat ini.
"I rasa ini kes sabotaj! Zuhair, you ingat tak you makan dan minum apa pagi tu?" Soal Rachel.
"I tak ingat." Zuhair menggelengkan kepalanya.
"ayoyo! Zuhair. you cubalah ingat." Shadika menepuk dahinya.
"ya! ingat Zuhair!" Siew Anne cuba memberi kata - kata semangat.
"ha.. I tak makan apa - apa tapii..."
"tapi apa?" tengking Nurul Akira.
"I minum air milo yang Marsha kelas sebelah bagi." Jawab Zuhair.
"ni mesti kerja dia. Jom jumpa dia." tegas Nurul Akira.
"Aku tak rasa dia buat. Dia baik." Zuhair cuba membela Marsha.
"memanglah kau kata baik! sebab kau suka dia!" kata Nurul Akira.
Semua di kelas itu tahu yang Zuhair suka Marsha tetapi Marsha tak membalas cintanya.
"Kiki, aku rasa kita sambung esok je. Aku tak rasa Marsha ada kat sekolah. Mesti dia dah balik." Pujuk Shami.
"okey. esok aku nak dapatkan kebenaran. Sekarang jom balik." kata Nurul Akira.
Semua rakannya hanya menurut. Akira Yamada turut mengikut. Sepanjang perjalanan mereka ke pagar sekolah kelihatan ramai pelajar - pelajar sedang berbisik.
Pastinya berita ini sudah tersebar luas. Kebenaran belum terbukti lagi tetapi Zuhair sudah di cop sebagai peniru.
Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang memerhatikan kumpulan itu. Sepasang mata yang setia memerhati.

YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teen Fiction"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...