BAB 6

575 23 0
                                    

Nurul Akira sudah bersiap awal untuk ke sekolah. Memandangkan keluarga Yamada di rumahnya, dia tidak mahu rosakkan repotasinya. Dia tidak mahu diketawakan oleh Akira Yamada. Mukanya sudah ditempekkan bedak. Tudung sekolahnya dicapai, lalu disarung ke mukanya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan 6.30 pagi. Biasanya ini waktu dia baru bangun daripada tidur.

"Kiki sayang. Bangun." Sofia mengejutkan anaknya dari luar bilik.

"Kiki sudah bangunlah, ma." tanpa membuka pintu Kiki menjawab.

Sofia sebenarnya agak terkejut kerana Nurul Akira sudah bangun. Selama ini, anak gadisnya itu perlu di kejutkan berkali - kali.

Nurul Akira keluar daripada biliknya.

"haa.. macam nilah anak mama." Sofia mengusap kepala puteri tunggalnya.

Nurul Akira hanya tersenyum.

"nanti turun makan dulu ye. Mama buat nasi lemak dan ayam goreng!" teruja Sofia memberitahu hidangan yang dia telah siapkan sebentar tadi.

"okey, mama."

Sofia terus berlalu meninggalkan anak gadisnya itu.

aik.. rajin pula mama buat nasi lemak. hmm. Mesti sebab keluarga Yamada tu. Nurul Akira mengomel sendiri. Dia mencapai beg sekolahnya yang sudah dikemas sejak malam tadi di meja belajarnya.

"ohayou!" Nurul Akira menyapa Puan Yamada yang sibuk mempersiapkan meja.

"Ohayou, Kiki chan!(selamat pagi, kiki)." senyuman manis Puan Yamada menyambut Nurul Akira.

"Kiki chan, you want to have a breakfast before off to school?" sambung Puan Yamada sebaik saja melihat Nurul Akira melangkah ke arah ruang tamu.

"hai! (ya) my mama's nasi lemak is my favourite! The best nasi lemak in the world!" Nurul Akira menunjukkan double thumbs up ke arah Puan Yamada.

"maji de? (benarkah) im excited to try it." Puan Yamada sudah teruja melihat hidangan di atas meja.

"mochiron desu! (semestinya.)" Nurul Akira segera menuju ke arah meja makan setelah meletakkan begnya.

"ohayou!" Kamal menyapa sebaik saja tiba di meja makan.

"ohayou! Ayah ni tiba - tiba nak cakap Jepun pula." Nurul Akira menyambut ayahnya.

"eh, mesti!" Kamal mengambil tempatnya.

"ohayou gozaimasu, mina san! (selamat pagi semua)" Akira Yamada turut menyapa sebaik saja turun daripada tangga bersama Adam.

Akira Yamada segak memakai baju seragam sekolah. Mujur Adam masih menyimpan baju sekolahnya, jika tidak pagi ni Akira Yamada tidak memakai baju sekolah. Akira Yamada terlupa membelinya.

"ohayou, Akira!" Kamal menyambut Akira Yamada dan Adam.

"ohayou!" Giliran Encik Yamada menyapa setelah turun.

"ohayou!" serentak semua di situ menyambutnya.

Masing - masing mengambil tempat mereka. Puan Yamada dan Sofia keluar daripada dapur terus mengambil tempat mereka.

"mama? mama tak kerja ke?" Nurul Akira pelik kerana mamanya hanya mengenakan baju t shirt lengan panjang, berseluar slack dan tudung sarung berwarna hitam.

"tak. Mama dan ayah ambil cuti. Mama nak keluar dengan Michiko. Lagi pun kalau Melati datang nanti dia terkejut pula. Dia bukan pandai speaking." terang Sofia sambil tangannya ligat menyendukkan nasi.

"eh? Ayah cuti pula sebab apa." soal Nurul Akira lagi.

"Ayah dan encik Yamada nak tengok restoran. Kan lagi dua hari nak buka. Jadi kami nak pastikan semuanya prefect!" Tangan Kamal menyambut pinggan berisi nasi yang dihulurkan oleh isterinya.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now