BAB 31

297 15 2
                                        

Nurul Akira berjalan lebih lambat berbanding Akira Yamada dan Sharifah Zahira. Malas dia mahu berhimpit dengan dua merpati. Naik geli! Kalau bukan sebab Sharifah Zahira yang memaksa untuk turut serta mungkin saat ini dia sedang berbahagia di atas katil di buai mimpi tak pun layan Running Man. Dia harap sangat ada sesuatu miracle yang mampu menghilangkan kebosanannya saat ini.

Telefon bimbit Nurul Akira berbunyi menandakan ada notification. Yes! Chat dari Fuyuki Sato masuk tepat pada waktunya.

"ohayou.." - Yuki

"ohayou.. a bad day begin..." - Kiki

"a bad day? why?" - Yuki

"nothing. I just hope that you are here now. With me." - Kiki

"wait my dear. Just a few days left before I fly straight to you..." - Yuki

Omaigod! Sweet ayat dia.

"I can't wait." - Kiki

" I also can't stand too... I really wish that I beside you right now." - Yuki

Nurul Akira tersenyum dengan gelagat Fuyuki Sato. Dia terlalu asyik berbalas mesej dengan Fuyuki Sato sehingga terpisah dengan Sharifah Zahira dan Akira Yamada. Nurul Akira baru sedar perkara ini. Badannya ke kiri dan ke kanan, matanya sibuk mencari pasangan itu.

Mana pula diorang ni. Takkan aku nak pergi ke service counter dan buat pengumuman yang aku kehilangan penjaga pula. Aduhai! Mall ni bukan kecil, Tak kan aku nak pusing satu mall.

Tangannya menari - nari mendail nombor telefon Sharifah Zahira.

Okay, cantik. Tak diangkat. Memang nak buat aku buat pengumuman kot. Baik aku pergi ke pawagam terus. Ngomel hatinya.

Terus saja dia melangkah menaiki escalator. Sepanjang jalan dia berharap sangat yang mereka ada di pawagam, kalau tak mau dia menjerit satu pusat beli belah ni. Beberapa kali dia terpaksa menaiki escalator. Itu belum masuk lagi yang rosak, terpaksa dia panjat satu per satu. Nasib baik pusat beli belah ini tak berapa ramai sangat, jadi ia memudahkan Nurul Akira bergerak lebih pantas.

Sebaik saja dia tiba dihadapan pawagam, kepalanya sibuk mencari pasangan itu. Spot! Mereka sedang sibuk memilih cerita apa yang mahu ditontonnya. Barangkali mereka sudah lupa keberadaan Nurul Akira kot. Terus Nurul Akira mendekati mereka.

"woi!" bahu Sharifah Zahira ditepuknya.

"eh, kiki.."

"eh, kiki.." ajuk Nurul Akira.

"kenapa ni, babe?" Soal Sharifah Zahira tanpa rasa bersalah.

"kenapa kau kata? Kau tinggalkan aku. Kau tahu tak berapa kali aku call kau? Kau check handphone kau sekarang. haa.. berpuluh kan. Harap aje telefon mahal tapi tak boleh pakai. Penat tau aku cari kauorang. Haa... kau pun sama Akira. Aku call bukan nak angkat. Agak - agaklah kauorang ni pun. Kalau bercinta sekali pun jangan sampai tinggalkan aku. Tau tak aku penat?" bebel Nurul Akira. Bebelannya telah menarik perhatian beberapa orang.

"Kiki..." panggil Akira Yamada.

"apa?!" teriak Nurul Akira.

"tenanglah.." pujuk Sharifah Zahira.

"tenang kau kata? Punyalah aku penat ni.. kau boleh kata tenanglah???" Nurul Akira memotong kata - kata Sharifah Zahira.

Sharifah Zahira memeluk sahabatnya, dengan harapan sahabatnya itu akan berhenti membebel dan dengar apa yang dia akan cakap.Dia terpaksa menutup mulut rakannya dengan tangannya, takut sahabatnya itu masih nak menjerit.

"relax. Orang pandang kau." Bisik Sharifah Zahira.

Nurul Akira melihat sekelilingnya. Okay, tenangkan diri. Banyak mata sedang memandangnya saat ini.

"dah tenang belum?" soal Sharifah Zahira yang masih memeluk Nurul Akira, tangannya juga masih belum dilepaskan.

Nurul Akira menganggukkan kepalanya. Sharifah Zahira melepaskan pelukan dan tangannya.

"Dah.. tadi aku dangan Akira cadang nak tengok cerita tu.." Sharifah Zahira menunjuk ke arah satu poster.

"Cerita melayu? oh come on.. Tak kan cerita melayu kot." bantah Nurul Akira.

"inilah orang melayu yang tak nak support industri melayu. Macam mana nak maju? kasi sokonganlah kepada hero malaya. Penat mereka nak hasilkan tau." pujuk Sharifah Zahira yang ada unsur ugutan.

Dia bukannya apa, dia tindu dengan bahasa melayu, lagipun Akira Yamada masih baru dalam bahasa melayu. Jadi pemilihan filem melayu sangatlah terbaik.

"okeylah.. apa - apa ajelah. Belilah cepat. Aku duduk sana." terus Nurul Akira duduk di bangku yang berhampiran. Itu lebih baik daripada terpaksa berdiri semata untuk beli tiket wayang. Baik layan Fuyuki Sato yang jauh di mata tetapi dekat di hati. ececeh!

****

Nurul Akira sekai lagi berjalan lebih perlahan. Sengaja. Dan kali ini dia sibuk dengan telefonnya, cuma dia lebih berhati - hati, takut kena tinggal lagi. Kalau kena tinggal juga, memang kena buat pengumuman kehilangan penjaga.

"Akira kun!!" satu suara yang Nurul Akira biasa dengar tetapi bukanlah suara yang dia suka.

Omaigod! Liyana! Apa hal minah ni sibuk sangat ni. ops lupa yang tu pakwe dia.

Kelihatan Liyana terus memeluk lengan Akira Yamada. Sharifah Zahira yang disebelah Akira Yamada terkejut dengan kehadiran seorang wanita yang tak cukup kain ni. Terus dia turut memeluk lengan Akira Yamada.

"excuse me, miss.. who are you?" soal Sharifah Zahira. Terus dia memeluk erat lengan Akira Yamada sehingga menyebabkan Akira Yamada ke kanan akibat tarikan Sharifah Zahira.

"liyana. Atau lebih tepat Akira's Princess!" kali ini badan Akira Yamada ke kiri pula.

"oh, really? Akira tak pernah cerita pula. Akira betul ke? tak kan?" Sharifah Zahira sekali lagi menarik Akira Yamada. Sengaja dia mencari pasal dengan Liyana.

Come on lah, Akira Yamada tak pun bersuara. Maknanya dia bukanlah kekasih Akira. Tanggapan Sharifah Zahira.

Aksi tarik menarik terus berlaku. Nurul Akira sekadar menggelengkan kepala. Dia lihat seperti dua kanak - kanak yang sedang berebut mainan masing - masing.

"woi!" Nurul Akira cuba menarik perhatian mereka yang sibuk tarik menarik.

Suara Nurul Akira langsung tak di endahkan mereka.

"woi, perempuan!" kali ini suara dia lebih kuat.

ya, kali ini mereka toleh belakang melihat Nurul Akira.

"tak malu ke kauorang ni tarik - tarik macam budak - budak? tak sedar ke berapa ramai sedang tengok dari tadi. Tak malu ke? dah tua perangai macam budak - budak. Akira, kau kalau nak jadi playboy sekali pun, pandailah handle. Cubalah kawal. Ini kau biar aje? Useless! Dah lah, aku nak bla." kakinya terus melangkah meniggalkan mereka.

Kalau lama - lama di situ bukan setakat sakit hati, malu semua lah perasaan bercampur baur.

"Kiki chan!" Akira Yamada cuba menahan tetapi tidak di endahkannya. Tangannya juga kini masih tersekat.

"Kiki Chan!" sekali lagi nama Nurul Akira dipanggil.

"lepaskanlah dia, dia nak kejar Kiki!" Sharifah Zahira menolak Liyana.

"mana boleh." semakin kuat dia memeluk Akira Yamada.

tarik menarik masih lai berlaku. Ke kiri ke kanan. Akira Yamada pula dalam otaknya hanya memikirkan Nurul Akira. Akibat terlalu tertekan. Akira Yamada menarik kedua tangannya. Dia terus berlari.

"Kiki chan!!!" sempat dia menjerit memanggil nama Nurul Akira.

Sharifah Zahira pula sempat menjelir lidah ke arah Liyana dan terus berlalu pergi. Liyana menghentakkan kakinya. Geram!! Pertama kali Akira Yamada tinggalkan dia.







Eh mamat Jepun! (Hold On)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang