BAB 8

544 23 0
                                    

Nurul Akira mengemas mejanya. Alat tulisnya di simpan kemas.

"Dont eat eat in class lah!" Nurul Akira menggunakan bahasa inggeris yang salah.

"So, where should i go to eat?" Akira Yamada pun sebenarnya tidak berapa fasih berbahasa inggeris.

Bagi Akira Yamada, bahasa melayu lebih mudah dipelajari berbanding bahasa inggeris.

"Canteen."

"Canteen?"

"Yes." Tangan Nurul Akira sibuk mengemas barang - barangnya.

"Akira, lets go to the canteen with me." Nisha menggunakan suara yang agak manja.

Meluat Nurul Akira. Akira Yamada agak bingung dengan tingkah laku Nisha.

"With you?" Akira Yamada sengaja bertanya lagi.

"Baguslah kau ke sini. Aku pi kantin dulu. Ta ta!" Nurul Akira terus melangkah meninggalkan mereka.

Baguslah Nisha gedik tu ada. Tak ada lah mamat jepun tu nak berkepit dengan aku. Dah lah cikgu Laura suruh dia duduk sebelah aku. Tak pasal - pasal Nelly dipindahkan ke sebelah Syira. Kenapalah cikgu tak suruh Akira duduk disebelah Syira aje. Sah - sah kat situ kosong. Getus hati Nurul Akira.

"Im sorry, Nisha. But i wanna go with Kiki." Tolak Akira Yamada.

"But, Kiki already go first. So, how about if you go with me." Nisha cuba memujuk semula.

"Okey, thats why ive to go now. Bye." Akira Yamada terus meninggalkan Nisha.

"Kurang ajar Akira ni. Ergh!!!" Geram sungguh Nisha.

Berani mamat jepun ni tinggalkan Nisha. Hello ni Nisha. Cucu tunggal Tan Sri Jamal. Pewaris tunggal Sakti Holding Sdn Bhd. Merupakan pelajar tercantik di sekolah. Kerap memenangi pertandingan taek wondo. Silap orang lah Akira Yamada cuba tolak Nisha.

Akira Yamada berlari mengejar Nurul Akira yang sudah jauh dihadapan. Mujur koridor itu kosong. Senang baginya berlari. Kalau di Jepun berlari di koridor menjadi satu kesalahan. Memandang dia di Malaysia, dia terus berlari.

"Kiki chan!" Teriak Akira Yamada sebaik saja dia melihat Nurul Akira yang hanya beberapa langkah daripadanya.

Nurul Akira menoleh ke belakang sebaik saja melihat Akira Yamada di belakang. Tercungap cungap Akira Yamada.

"Aduh! Kenapa mamat jepun ni ikut aku pula." Bisik Nurul Akira.

Akira Yamada berjalan ke arah Nurul Akira. Dia tidak berlari seperti tadi.

"Eh, Akira lah. Kau rehat dengan Akira lah. Aku nak rehat dengan budak kelas." Nelly yang tadi bersama Nurul Akira terus berlalu.

Tidak sempat untuknya menahan sahabatnya itu.

"Kiki chan." Akira Yamada menepuk bahu Nurul Akira.

Seperti ada kejutan eletrik dirasai oleh Nurul Akira.

"Kiki chan, kiki chan. Apa hal awak ke sini? Nisha mana?" Nurul Akira perasan yang Nisha tidak bersamanya.

"She still in the class. Im not sure either she already leaves class or not." Jelas Akira Yamada.

"Argh! Maknanya?"

"Thats mean, you and me, together go to the canteen." Selamba saja tutur kata Akira Yamada.

Keluhan berat Nurul Akira kedengaran. Tak boleh buat hape hape lagi lah nak.

Memandang kantin sudah pun di hadapannya, Nurul Akira dan Akira Yamada terus ke kantin bersama.

"Well. Well. Well. Mari kita lihat siapa dihadapan kita." Rania pelajar 5A1 bersama beberapa rakan kelasnya menghalang Akira Yamada dan Nurul Akira.

"Dua orang Akira di hadapan kita. Satu daripada Malaysia, satu daripada Jepun." Amy pula menambah.

"Kauorang semua nak apa daripada aku? Halang laluan aku bagai. Choi." Nurul Akira menunjukkan ekspresi menjengkelkan.

"Kami nak apa? Hmm tak ada apa. Kan geng? Kami datang untuk dapatkan kepastian kenapa Akira Yamada yang sepatutnya masuk 5 A 1 tetapi tiba -tiba saja masuk 5A2. Musykil." Mata Emily memandang ke arah atas seolah olah sedang berfikir

"Hek eleh. Pasal tu je? Apa bongok sangat kauorang ni. Benda kecik aje. Tu pun nak kecoh." Nurul Akira mengeluh.

"Hey, we all tak tanya kau." Amy menolak bahu Nurul Akira.

"Akira, why you choose 5A2? You should choose 5A1." Gedik sungguh tutur kata Rania.

"Huh? Oh because in 5A2 has Kiki chan." Jelas Akira Yamada.

"But if you choose 5A1, you will have a same class with me. Im better than Kiki." Tangan Rania bermain dengan tali leher Akira Yamada.

"Im sorry, but im sure it would not be same." Akira Yamada cuba menolak.

"Of course. Our class is better." Tangan Rania masih memegang tali leher Akira Yamada.

"Choi! Better lah sangat. Hello sis. Kelas kita setaraf. Kita sama - sama aliran sains. Bezanya kelas kauorang plus subjek akaun dan kitaorang sains pertanian. Tak payah nak kata better sangat. Harap je A 1 tp result exam yang lepas kelas A2 juga yang lagi gempak. Tuih!" Nurul Akira buat gaya seperti meludah.

5A1 dan 5A2 sentiasa ada masalah untuk bersatu. Perpindahan kelas Akira Yamada menambahkan lagi ketengangan dua kelas itu.

"Itu baru pertama kali kami jatuh." Balas Amy.

"Pertama kali? Huh. UB1, PPT, UB2. Hmm tiga tiga exam kami tewaskan. Minggu depan trial. Hmm dah ready nak kalah lagi." Selamba saja Nurul Akira mengenakan mereka.

"Okey, trial. We all pastikan kali ini you all yang akan jatuh teruk." Geram sungguh hati Rania.

"Wait and see." Senyuman sinis Nurul Akira terukir.

"Geng! Jom!" Rania and the gang berlalu pergi.

Akira Yamada yang menyaksikan pertelingkahan itu tidak berani membuka mulut. Dia hanya mengikut Nurul Akira daripada belakang. Pelajar di kantin semuanya tidak ambil peduli dengan perang mulut itu, kerana pendebatan antara kelas 5A1 dan 5A2 perkara yang biasa berlaku.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now