Setelah mendapat persetujuan, mama dan ayah Nurul Akira, Sharifah Zahira bermalam di rumah Nurul Akira. Bukan pertama kali gadis itu menginap di rumah Nurul Akira, sudah banyak kali terutama sebelum Sharifah Zahira berpindah ke Seoul bersama keluarga. Sharifah Zahira dan Nurul Akira sudah bersahabat sejak mereka ketika di sekolah tadika.
Mereka membesar bersama. Meskipun Sharifah Zahira dan Nurul Akira memiliki personaliti yang berbeza tetapi mereka tetap bersama. Nurul Akira lebih kasar dan bersifat lebih rasional. Manakala, Sharifah Zahira bersifat manja dan nekad. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu kegemaran mereka menonton drama dan mendengar lagu Jepun. Tidak hairanlah Nurul Akira tidak mempunyai rakan yang dia rapat selepas Sharifah Zahira berpindah ke Seoul.
Nurul Akira dan Sharifah Zahira membantu Sofia membuat agar - agar sirap. Agar - agar sirap memang enak dimakan bila - bila masa saja terutama ketika waktu panas. Setelah siap di masukkan ke dalam acuan, agar - agar itu dimasukkan pula ke dalam peti sejuk.
"ma.. ni apa?" Nurul Akira menyedari ada loyang yang terisi sesuatu di dalam peti sejuk.
"oh, puding oreo. Keluarkanlah. Mama nak bagi keluarga Yamada sikit." jelas Sofia sambil tangannya sibuk membasuh perkakas yang dia gunakan tadi.
Nurul Akira akur dengan arahan mamanya walaupun dalam hati dia merasa tidak berpuas hati. Huh! sikit - sikit keluarga Yamada. Suka sangat dengan keluarga Yamada tu. Kadang - kala aku rasa macam Akira tu anak mama dan ayah, aku ni macam errr.. malas nak cakap. Ngomel Nurul Akira dalam hati.
"meh aku potongkan." Sharifah Zahira terus mendekati Nurul Akira dengan sebilah pisau.
Nurul Akira hanya membiar sahabatnya itu melakukannya. Dia hanya duduk di sisi sahabatnya itu.
"Dah potong, masukkan dalam bekas ni. Kemudian biar Kiki hantar." arahan Sofia. Sofia menunjukkan bekas makanan yang berwarna pink.
"okey auntie. Kiki, aku nak ikut kau boleh?" teringin pula Sharifah Zahira ingin melihat jiran sahabatnya itu.
"kau ajelah yang hantar. Aku malaslah." memang kalau boleh tak nak hadap si Akira tu. Malas.
"Adik, apa suruh Zara pula yang pergi. Dia mana kenal keluarga Yamada. Nanti pelik pula keluarga Yamada terima tetamu yang dia tak kenal." bebel Sofia.
"yelah..." jawab Nurul Akira acuh tak acuh saja.
Kalau sebelah ni Keluarga Sato rajin gak aku nak hantar, ni keluarga Yamada. huh! Sabor jelah.
"dah, Kiki. Jom hantar." teruja Sharifah Zahira ingin menghantarnya.
Nurul Akira pula lemah gemalai saja. Kakinya terasa berat pula hendak melangkah. Terasa jarak rumahnya dengan keluarga Yamada beribu batu jauhnya.
"eh, nanti kau kenal kan aku dengan jiran kau tau." kata Sharifah Zahira sambil berjalan menuju ke pintu pagar.
"hmm.." malas nak jawab.
"alaa.. bahasa Jepun aku dah broken. Takkan nak cakap Korea pula dengan dia."
"jangan risaulah, dia tahu cakap melayu." tangan Nurul Akira membuka pintu pagar rumahnya.
Sebenarnya dia boleh aje teriak dari rumah dia panggil Akira Yamada tanpa perlu keluar, tapi nanti tak pasal - pasal kena bebel dengan mamanya, susah pula nanti.
"oh. senanglah." Sharifah Zahira semakin teruja.
Nurul Akira menekan lonceng rumah Akira Yamada. Dia menekan berulang kali. Mentang - mentang dia tahu Puan Yamada ada di restoran membantu Encik Yamada, sengaja nak buat kacau depan rumah keluarga Yamada.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teen Fiction"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...