BAB 17

429 23 2
                                    

Nurul Akira mencampakkan beg dan tudungnya di sofa. Panas hatinya. Betul - betul menggelegak. Mujur Puan Yamada sedang di dapur.  Tidak seperti hari lain, Puan Yamada akan menyambut kepulangan mereka. Barangkali dia sedang menyiapkan hidangan untuk Nurul Akira dan Akira Yamada makan tengah hari. Dia hanya perlu panaskan makanan itu, kerana memang sudah menjadi kebiasaan Sofia untuk memasakkan hidangan makan tengahhari sebelum ke tempat kerja. Sofia memang gemar memasak.

Akira Yamada sekadar melihat Nurul Akira. Tidak berani untuk dia tegur. Dia tahu saat ini pasti Nurul Akira sedang panas membara.

"errrrr..." Akira Yamada seperti ingin berkata sesuatu.

"what?!" terus saja Nurul Akira memandangnya dengan jelingan maut!

Akira Yamada menelan air liurnya.

"relax?"

"relax?! relaks kau kata? macam mana kau nak aku relaks kalau benda ni masih belum habis di bincangkan?" Nurul Akira secara tidak sengaja tertinggikan suaranya.

"errr.." tiada kata yang mampu diungkapkan oleh Akira Yamada saat ini.

Puan Yamada di dapur segera ke ruang tamu setelah mendengar teriakan Nurul Akira.

"nande?(kenapa?)" tanya Puan Yamada.

Akira Yamada hanya menggelengkan kepala. Nurul Akira segera mengambil beg sekolah dan tudungnya.

"i'll eat later." kata Nurul Akira lalu melangkah ke bilik.

Akira Yamada dan Puan Yamada hanya iring dengan pandangan mata.

"nande yo?" soal Puan Yamada sambil tangannya menggoncang tangan anaknya itu.

Puan Yamada ingin tahu sebenarnya apa yang terjadi kerana Nurul Akira seorang yang ceria.

Akira Yamada memeluk bahunya dan membawa ibunya ke dapur untuk menceritakan apa yang sudah terjadi.

Nurul Akira mencapai telefon bimbitnya sebaik saja dia memasuki biliknya. Pintu biliknya di tutup.

Nama Fuyuki di Line segera di cari.

"yuki chan!" - Kiki

Nurul Akira memanggil Fuyuki dengan gelaran Yuki sempena nama pelakon kegemarannya, Yuki Furukawa.

Tiada jawapan dari Fuyuki.

"yuki!"- kiki

"Fuyuki Sato!" - kiki

"Sato Fuyuki!" - kiki

"Yuki kun!" - kiki

Nurul Akira sengaja spam Fuyuki Sato. Bukan dia tidak faham yang Fuyuki tidak pernah mengambaikannya meskipun dia sedang bertarung di tandas melainkan dia benar - benar sibuk. Tetapi Nurul Akira benar - benar memerlukan seseorang.

Adam tempat dia mengadu selain Fuyuki Sato ada program di luar negeri selama 3 hari. Sebenarnya boleh saja dia hubungi Adam saat ini tetapi entah kenapa dia lebih suka Fuyuki Sato.

Nurul Akira meletakkan telefon bimbitnya lalu masuk kebilik air. Pacuran air membasahi kulitnya sedikit sebanyak meredakan hatinya yang sedang membara.

Setelah kemas berpakaian santai, dia kembali mencapai telefon bimbitnya, dengan harapan Fuyuki Sato akan membalas mesejnya. Ternyata tiada mesej yang masuk. Hatinya sedikit kecewa. Dia cuba memahami Fuyuki yang sedang sibuk saat ini.

Ada what'sapp yang masuk. Segera dia membukanya. Itu dari Akira Yamada. Akira Yamada menghantar satu video yang akan menggeletek hati sesiapa saja yang menonton. Nurul Akira tergelak dengan video itu.

"you have a beautiful smile. Don't lose it. You have a big heart. I know you can face it. Don't waste your tear or madness. I'm sure Zuhair is not a bad student who willing to cheat in examination. Believe your friend. They always have beside you. They always support you. Now your turn to support them." - Akira.

Nurul Akira sekadar memberi Akira Yamada bluetick. Saat ini dia sudah kembali tersenyum.

"let's have lunch. I'm starving because of you.  Mari makan." - Akira.

Nurul Akira terasa dia benar - benar geletek saat ini. Dia terus membuka pintu. Akira Yamada sudah di hadapannya.

"Saya lapar. Saya nak makan. Mari kita makan?" Sebutan Akira Yamada masih ada yang perlu di baikinya.

Nurul Akira tersenyum menahan gelak.

"you have a beautiful smile. Use it. Don't waste it." kata Akira Yamada.

Nurul Akira merah ke merahan menahan malu.

"mari makan." Nurul Akira terus berlalu meninggalkan Akira Yamada.

Akira Yamada tersenyum riang melihat Nurul Akira yang sedang kemerahan menahan malu. Ini pertama kali dia menyaksikan Nurul Akira malu.


******

Fuyuki Sato segera mengambil telefon bimbitnya di beg. Tertera beberapa mesej masuk sebentar tadi. Terlihat beberapa mesej dari Nurul Akira masuk sejam dua jam yang lalu. Ini semua gara - gara Natsumi yang tiba - tiba menariknya untuk berjumpa dengan Prof Suzumi.

Sedangkan benda tu dia boleh aje pi jumpa Prof sendiri. Tetapi atas desakan Natsumi, dia terpaksa pergi. Katanya untuk bincang assignment group hari tu. Sebab itu Fuyuki Sato setuju untuk ikut sebab dia berada satu kumpulan dengan Natsumi. Tapi bukan setakat assignment group yang dibincangkannya, assignment lepas - lepas, pembelajaran siang tadi, semalam dan yang akan datang pun nak dibincangkannya. Panas bontot Fuyuki Sato saat itu. Mana taknya 3 jam kau dalam bilik tu. Bernanah telinga! Nak buka phone time tu memang taklah, nak kena baling?

"I'm sorry, sunshine!" - Fuyuki

"My sunshine." - fuyuki

"my sweetheart" - fuyuki

"my lovely" - fuyuki

"my beautiful" - fuyuki

Fuyuki Sato pula yang spam Nurul Akira. Menyesal mula meyelubungi dirinya. Dia sedar yang Nurul Akira tidak akan spam dia kalau benda itu tidak penting. Dia juga tahu Nurul Akira pati memerlukan dia saat ini.

Tiada jawapan dari Nurul Akira. Fuyuki Sato benar - benar dalam kegelisahan.

Natsumi menghampiri Fuyuki Sato dengan wajah keriangan. Dia tidak sedar yang Fuyuki sedang geram dengannya.

"domo arigatou!" kata Natsumi.

"hmm" Fuyuki sibuk scroll skrin telefon bimbitnya.

"Kohi o nomimashou (mari minum kopi.)" tangan Natsumi memegang tangan Fuyuki Sato. Dengan harapan Fuyuki Sato akan menerima pelawanya.

"no, thanks." Fuyuki Sato melepaskan tangannya tanpa memandang ke arah Natsumi, sebaliknya matanya hanya berfokus di telefon bimbit.

Dia segera berlalu meninggalkan Natsumi. Natsumi benar - benar sakit hati dengan tindakan Fuyuki sebentar tadi.

" baka de! (lembab!)" Natsumi menggenggam tangannya. Dia benar - benar marah.

Fuyuki Sato tidak pernah layan dia selain untuk hal penting. Hey, Natsumi untunglah kau Fuyuki tu masih lagi nak cakap dengan kau eventhough hanya pasal kerja sekolah. Berapa ramai pelajar perempuan yang lain berebut nak suara Fuyuki. Tak payah Suara, senyum aje dah mampu jadi igauan.




Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now