BAB 29

341 14 1
                                    

Melati menghidangkan minuman untuk tetamu dan majikannya itu. Satu jug jus oren Sunquick dan dua gelas di letakkan di atas meja kopi kaca.

"Terima kasih." ucap Nurul Akira.

Meskipun memang itu sudah menjadi kewajiban Melati untuk menghidangkannya, tetapi dia tetap berterima kasih. Budaya itu telah diterapkan sejak kecil. Sejak kecil dia diajar untuk mengucapakan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudah berjasa. Jadi tidak hairan bila melihat Nurul Akira ataupun Adam mengucapkan terma kasih kepada cleaner yang sedang bertugas dimana - mana saja.

Melati menganggukkan kepala dan berlalu pergi.

"babe! sekarang aku nak kau ceritakan apa yang terjadi sebenarnya. Kau balik Malaysia ni secara halal ke haram?" terus di tanya kepada rakan baiknya itu.

Yelah, kalau secara haram mau omma sahabatnya itu, menjerit dari Korea ke Malaysia. Habis rumah ini menjadi sasaran. Mestilah rumah ini jadi sasaran. Mana lagi tempat yang Sharifah Zahira ni mampu pergi selain ke teratak nenek dia atau ni haa rumah sahabat dia ni. Dua tempat ni aje dia jadikan sebagai perlindungan.

"kau ni. Tak menyabar. Apa kata kau tuangkan air tu dulu, kau kan tuan rumah kan. Aku ni penat ni." Sharifah Zahirah mengipaskan dirinya dengan tangan sengaja dia buat seperti dalam kepenatan meskipun rumah dua tingkat ini dilengkapi pengdingin hawa. Tak cukup dengan itu, kipas juga pun dah lama berputar.

"baik, mak encik.." terus Nurul Akira akur dengan permintaan shabatnya itu. Sahabatnya itu kalau dibangkang makin teruk nanti jadinya.

Setelah air jus oren mengisi dua gelas kosong itu, tangan Sharifah Zahira terus mencapai gelas salah satu itu. Dengan rakus dia minum. Penat sangat mungkin. Perjalanan dari Korea bukannya sependek Shah Alam ke Kuala Lumpur. Ia berbatu jauhnya, jadi tidak hairan jika dia dalam kepenatan.

"dah.. cepatlah!" terus dia menyerang sahabatnya itu.

"aku balik sini bapak aku tahu. Tapi mak aku tak..."

"what????" terus Nurul Akira mencela.

"kau gila aku nak bagi tahu mak aku. Mahu dia tahan aku walaupun aku dah dalam flight. Sekarang ni aku yakin Seoul sekarang sedang hadapi jeritan mak aku. Sebab kat sini aje aku dah dapat dengar suara mak aku menjerit." selamba saja Sharifah Zahira bertutur, tidak pula dia cemas atau panik.

"hey, babe. Kau duduk sini. Mai sini berkali ganda lagi giler berbanding kau dengar bebelan mak kau tu." kedua tangannya menggenggam rambutnya. Seteghes!

"ala.. relax. Aku dah bagi tahu bapak aku kan. Pandai dia pujuk mak aku tu. Biarkan mereka dating di Korea tu sekali sekala." Sharifah Zahira mencapai jug tadi dan terus dituang air itu ke dalam gelasnya. Tekaknya kembali haus.

"hmm.. best tak Busan?" Nurul Akira teringin juga tahu tempat kelahiran omma Sharifah Zahira.

"best lah juga. Banyak pantai. Aku jarang ikut mak aku balik ke Busan." terang Sharifah Zahira.

"kau duduk sini sampai bila?"

"4 hari aje. Kemudian aku balik semula ke Korea. Haih! cepatlah habis sekolah menengah. Aku nak masuk U di Malaysia!! Tak bestlah di Korea. Aku ni bukan ada darah Korea pun." Sharifah Zahira meskipun omma nya lahir di Korea tetapi omma nya merupakan kacukan Filipina dan UK. Jadi, tiada langsung darah Korea dalam diri Sharifah Zahira.

"boleh ke kau pindah ke Malaysia? Bukan mak kau berkeras ke nak kau terus di Korea."

Sharifah Zahirah mengeluh.
Ommanya itu memang terlalu taksub dengan negara Korea, mungkin sebab itu negara kelahirannya.

"betul juga. Tapi aku nak duduk Malaysia. Aku suka Malaysia. Walaupun aku ni kacukan UK - Filipina campur China - melayu arab, aku tetap pilih Malaysia. Nenek aku yang Siti Fatima tu, elok aje duduk disini, tak ada pula dia nak pulang ke China. Jadi apa salahnya aku ikut jejak nenek aku." jelasnya.

"hmm.. baru aku ingat yang kau ni banyak sangat kacukannya. Nanti anak kau nak di kacuk kan dengan apa lagi? Korea?" Kening Nurul Akira diangkat seperti Ziana Zain.

"korea? Anio. Aku nak Jepun!" Giliran Sharifah Zahira pula mengangkat keningnya.

Dua sahabat itu memang mempunyai satu minat yang sama iaitu mengemari drama dari negara matahari terbenam itu.

"bagus! makin peninglah anak kau nanti. Macam - macam kacukan ada."

"eh, jiran kau sebelah ni ke yang kau cerita kan tu?"

Nurul Akira pernah bercerita pada sahabatnya itu tentang jirannya yang dari Jepun.

"haa,.. Ha'ah."

"handsome tak?"

"kan aku dah bagi tahu hari tu, tak. Kenapa? kau nak ushar ke? nanti aku bagitahu dia." jelas Nurul Akira.

"kalau tak, tak apalah. Aku nak jaga keturunan aku. Mesti lawa - lawa. Macam aku." flip hair.

"perasan lah kau!" terus bantal dibaling ke arah Sharifah Zahira.

"hello, I ni lawa okey.."

Ini lah sifat Sharifah Zahira sentiasa yakin dengan kecantikan diri dia.

"bla lah kau!" malas pula mahu layan sahabatnya.

"assalamualaikum.." kedengaran suara Adam memberi salam sebelum memasuki ke rumah.

"waalaikumsalam.. hai along!!" Nurul Akira menyapa alongnya itu. Adam agak pelik dengan adiknya, kenapa pula tetiba ni senyum melebar.

"along, ini Zara. Kawan adik yang duduk di Korea. Along ingat tak?" Nurul Akira menunjukkan ke arah Sharifah Zahira.

Kelihatan Sharifah Zahira sudah malu - malu kucing. Acah - acah sopan gitu. Naqib Adam tu! Handsome dia hmm Miura Haruma pun kalah Aiman Hakim Ridza kalah, lagi siapa semualah artis tak dapat nak bandingkan dengan Naqib Adam. Kacak, bijak, aktif dan pandai sukan. Jadi tak hairanlah bila di kolej ramai yang meminati Adam. Berapa kali Adam terpaksa tukar nombor telefon sebab berterusan dikacau oleh peminatnya. aish..

"oh.. hai, Zara." Adam senyum kepada Sharifah Zahira. Kepalanya ditundukkan sedikit lalu dia terus melangkah ke biliknya.

"hei, Kiki. Adam dah ada awek?" keningnya diangkat beberapa kali.

"Along aku tu nak ada mak we? Mimpilah. Sejak dia form 1 dia sekolah, di sekolah lelaki. Di kolej pula dia ambil course yang majoriti budak lelaki. Kau nak harap dia bergaul dengan perempuan? Dia tu mana pandai nak bergaul dengan perempuan. Dulu ada akak ni siap luah perasaan kat along aku, along aku entah kenapa bengap sangat boleh reject macam tu aje." luah Nurul Akira.

"cantik ke akak tu?"

"gila kau! Kalau aku ni lelaki, aku dah lama ushar akak tu. Cantik, bijak, pandai masak, pandai ambil hati orang tua. Perfect lah! Sekarang sebab along reject dia, dia dah bawa diri sampai ke luar negara dah.." kedengaran keluhan dari Nurul Akira.

"kesian..."

"eh, kau balik awal. Tak dapatlah aku kenalkan Yuki. Yuki nak datang next week!!" teruja Nurul Akira memberitahu sahabatnya itu.

Sharifah Zahira sedia maklum yang sahabatnya itu berkenalan dengan Fuyuki Sato.

"OMG!! aduh! menyesalnya aku balik awal..." Sharifah Zahira sedikit kecewa. Dia memang teruja untuk berkenalan dengan Fuyuki Sato. Nurul Akira banyak bercerita tentang jejaka itu.




Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now