BAB 32

358 18 0
                                    

Akira Yamada segera berlari ke arah Nurul Akira. Biar pun Nurul Akira hanya berjalan, tetapi langkahnya sukar untuk dikejar. Manakala Sharifah Zahira pula dengan keadaan kelam kabut mengejar Akira Yamada. Semput dibuatnya. Kasut tinggi yang dipakainya menyukarkannya untuk bergerak.

Nurul Akira melangkah dengan keadaan marah. Mana tak marah, boleh pula depa main tarik - tarik. Zara tu pun satu yang pergi ikut tarik kenapa. Biarlah Akira dengan minah tak cukup kain tu sibuk nak main tarik - tarik juga tu dah kenapa. Getus hati Nurul Akira.

"Kiki Chan.." panggil Akira Yamada.

Nurul Akira langsung tak memperdulikan panggilan Akira Yamada.

Akira Yamad terus mengejar Nurul Akira. Kelajuannya ditingkatkan untuk mengejar Nurul Akira. Kini dia semakin hampir dengan Nurul Akira. Tangan Nurul Akira dicapainya untuk mengelak Nurul Akira berjalan lebih jauh. Nurul Akira terhenti dek tarikan Akira Yamada.

"what?!" bentak Nurul Akira.

"where do you want to go?" soal Akira Yamada. Sengaja dia bertanya soalan itu.

"baliklah!"

"but the movie?" Akira Yamada masih tak melepaskn tangan Nurul Akira meskipun Nurul Akira cuba melepaskan.

"movie? kau pergi aje dengan Zara. Bawa sekali makwe kaulah!"

"mak..mak what?" Akira Yamada kebingungan.

"garuferendo!" tegas Nurul Akira.

"oh.." mulutnya membentuk 'O'.

Sharifah Zahira tiba juga akhirnya.

"weyh, kau nak ke mana, babe?" soal Sharifah Zahira.

"nak baliklah.." mendatar saja suara Nurul Akira.

"takkanlah. Balik nantilah." kini giliran Sharifah Zahira memegang tangan Nurul Akira.

"huh. malaslah." tanganya ditarik.

"alaa.. please.." pujuk Sharifah Zahira.

Nurul Akira mengeluh.

"okey, fine!" akhirnya Nurul Akira terpaksa akur.

"yeah!!"terus tangan Nurul Akira dirangkul.

Mereka bertiga bersama berjalan beriringan. Seperti biasa, Akira Yamada hanya membuka mulut ketika ditanya. Well, dia memang pendiam.

"eh, makwe kau tadi mana, Akira." soal Nurul Akira.

Akira Yamada mengaru kepala. Baru dia sedar yang dia sudah tinggalkan Liyana. Dia tersengih sendiri.

"Makwe dia tu dah kena tinggallah, siapa suruh kacau." Jawab Sharifah Zahira.

"haa.. kau ni pun satu dah kenapa tadi main tarik - tarik?" soal Nurul Akira dengan perasaan marah yang masih bersisa.

"ala, babe macm kau baru kenal aku semalam aje. Ini Zara, pantang ada orang kacau aku. Kisah apa aku kalau tu pakwe dia ke tunang dia ke. Siapa kacau kena dengan aku." jawab Sharifah Zahira.

Nurul Akira menggeleng saja dengan perangai rakannya itu.

*****

Nurul Akira menghepaskan badannya di sofa. Penat. Penat layan dua merpati tu. Badannya terasa sakit sebab tidur di dalam panggung wayang tadi. Come onlah, cerita melayu. Klise. Lelaki kaya perempuan miskin atau sederhana. Yang lelaki nya mesti anak orang kaya. Hero dan heroin kena kahwin paksa. Gaduh - gaduh, tersuka. Klise! Okey jangan hentam hakak. Hakak sokong karya orang melayu. Nurul Akira aje tak ye. hehe.

Nurul Akira meraba beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya berwarna silver dikeluarkan. Nama Fuyuki Sato dicarinya.

"tired... :( "- Kiki

Dia meletakkan telefon bimbitnya disebelahnhya. Malas pula mahu ke bilik. Kakinya masih kepenatan. Kakinya diangkat ke meja kopi. Mujur mamanya masih di kolej, kalau mamanya lihat ni pasti dibebelnya tanpa henti.

Notification telefon bimbitnya kedengaran menandakan ada pesanan yang baru masuk. Pasti Fuyuki Sato. Nurul Akira tersenyum mengambil telefon bimbitnya.

"a nice day today. Thank you. :) " - Akira

Elok saja tadi senyuman hingga ke telinga kini dia kembali masam. Akira Yamada rupanya. Kacau ajelah. Ingatkan Fuyuki Sato.

"why, my dear" - Yuki

Yes! ada pesanan dari Fuyuki Sato. Dengan cepat Nurul Akira membalas.

"It is a long story, dear. I hope you are here." Kiki

Butang send ditekan.

OMG! Dia tersalah hantar. Baru dia sedar itu nama Akira Yamada.

"Do you want me to come there?"- Akira

"sorry. Wrong number. Aku patut hantar ke Yuki bukan kau." - Kiki

Malu menyerbu dirinya. Pipinya terasa panas kerana tersalah hantar. Mana tak malunya kalau ada perkataan 'dear' tu. Dia hanya mampu berdoa agar Akira Yamada tidak tersalah anggap. Dia taknak Akira Yamada menganggap dia mahu mengurat Akira Yamada.

******

Senyuman tadi yang lebar kini jatuh. Nama 'Yuki' itu benar - benar membunuh senyuman Akira Yamada. Dia berasa gembira tadi bila Nurul Akira menggelarkan dirinya 'dear'. Ternyata itu panggilan untuk lelaki lain. Lelaki Jepun yang lain dan bukannya untuk Akira Yamada.

Siapa pun Yuki itu, dia tak akan membenarkan jejaka itu berjaya menangi hati Nurul Akira. Bagi Akira Yamada, Fuyuki Sato bukanlah orang yang layak untuk berada disisi Nurul Akira. Nurul Akira seorang gadis yang sangat istimewa. Dia tidak rasa yang Fuyuki Sato mampu memberi kebahagian kepada gadis itu.

Akira Yamada meletakkan telefon bimbitnya semula di atas meja. Dia mencapai sebuah gambar yang berbingkai disebelah telefon bimbitnya. Tertera gambar sepasang kanak kanak di dalam gambar itu. Kanak kanak perempuan itu memeluk kanak kanak lelaki disebelahnya. Manakala kanak kanak lelaki itu hanya diam membeku seperti salji disekelilingnya. Tiada senyuman di wajah kanak kanak lelaki itu.

Rindu. Itulah yang Akira Yamada rasa saat ini. Rindunya akan dua orang kanak kanak itu.

Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi ada pesanan masuk.

"How dare you!"- Liyana.

Akira Yamada mengaru kepalanta yang tidak gatal. Matilah! Dia terlupa akan Liyana. Mesti perempuan tu mengamuk punya. Macam mana nak pujuk. Apa alasan yang perlu dia bagi. Dia sepatutnya terus menghubungi Liyana siang tadi tapi disebabkan dia terlalu asyik dengan Nurul Akira dan Sharifah Zahira, dia terlupa akan Liyana.

What i gonna do??!! Teriak hati kecil Akira Yamada. Ayook!! Pandai pandailah kau Akira. Padan muka!

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now