Tempat: Seoul, Korea Selatan
Masa: 1.05 PMKapas putih mula menghujani kota Seoul. Taeyang meningkatkan suhu biliknya. Dia mengambil selimut dan menutupi badannya. Taeyang memandang ke arah sliding door untuk melihat salji di luar.
"I'm a loser, oetori sen cheokhaneun geopjaengi ..."
Taeyang membelek iPhone 6 plus miliknya. Kerinduannya terhadap Daesung, Seungri, Jiyong dan Top semakin membuak.
---------------------------------------------
Tempat: Tokyo, Japan
Masa: 1.05 PMSeungri sedang menghidangkan minuman coklat panas kepada rakannya, iaitu Sehun dan Chanyeol.
"Hyung, tak payahlah buatkan minuman. Kami singgah sini sekejap saja."
"Tak apalah Sehun. Lagipun, aku bosan duduk sini."
Chanyeol membelek piala dan gambar Seungri yang dihiasi kemas di atas kabinet kaca yang dihadiahkan oleh Mr. YG sebelum dia berpindah ke Jepun.
"Wah hyung. Ini dekat mana?"
Seungri menjenguk kepalanya daripada dapur. Chanyeol sedang memegang bingkai gambar Seungri dan ahli Bigbang.
"Urm ... Itu semasa di ... Argh di ... China. Ya ..."
Memori demi memori dimainkan di kepalanya.
FLASHBACK
'Hyung! Tunggulah saya!'
'Seungri! Lagi sikit dah nak sampai!'
Top yang berada jauh di hadapan menjerit. Seungri tersepak satu anak tangga dan terduduk. Seungri duduk di tangga Tembok China yang sejauh 21, 196 km itu. Seungri meneguk air botolnya sehingga habis.
'Okey tak?'
Jiyong datang menghulurkan air minumannya.
'Hyung, kaki saya terseliuhlah.'
Jiyong duduk di hadapan Seungri sambil menepuk bahunya.
'Buat apa ni hyung?'
'Naiklah.'
Jiyong menggendong Seungri di atas belakangnya sehingga ke puncak Tembok Besar China itu. Di situ mereka mengambil gambar bersama-sama.
---------------------------------------------
Tempat: Gimnasium Oh Hana
Masa: 2.30 PM"To the left, left, left. On the right, right, right. To the back, back, back. On the side, side, side. Wait! Stop. Kita ulang balik."
Jiyong mengangkat tangan.
"Kenapa Jiyong?"
"5 minit?"
"Kalau penat, dari mula tak payah ikut latihan ni."
Shinwa menjeling matanya dan sengaja melanggarkan bahunya dengan bahu Jiyong. Jiyong tunduk ke bawah.
"G-Dragon."
Jiyong menoleh ke belakang.
"Habis latihan kemas."
"Tapi semalam say-"
"Saya ketua. Saya boleh letak siapa yang saya nak."
Jiyong mengangguk perlahan dan menggenggam tangannya.
YOU ARE READING
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?