"Kenapa?"
"Kaki aku kejang."
"Iya? Duduk kau duduk."
Taeyang membantu Jiyong merenggangkan semula kakinya. Sekumpulan lelaki berlari sambil membawa kayu besbol lalu di sebelah mereka. Salah seorang daripada mereka menolak kepala Jiyong.
"Ya?! Micheoseo?! Ya?! Hoi! Main apa besbol waktu sejuk ni?! Woi! Kalau berani sinilah!"
Taeyang ketawa perlahan.
"Kau gelak kenapa?"
"Kau jalan sikit dah cramp. Kau nak tumbuk orang? Entah silap-silap hilang bahagian badan yang kau suka tu."
"Argh tak nak ..."
"Dah bangun."
Taeyang membantu Jiyong bangun.
"Boleh?"
"Okey sikit."
Mereka melalui laluan yang dilalui Seungri. Mereka ternampak seorang lelaki sedang berjalan terhuyung-hayang dan terjatuh.
"Youngbae. Kenapa dia tu?"
Taeyang meninggalkan Jiyong terjengket-jengket berjalan.
'Tak guna punya kawan ... 😒'
"Jiyong! Maknae!"
"Hah?!"
---------------------------------------------
Seungri terbaring di atas katil hospital. Jiyong memandang wajah Seungri. Tangan Seungri digenggamnya.'Cepat sembuh, budak.'
Jiyong keluar dan melihat Top sedang bersandar sambil sebelah tangannya di dalam poket. Jiyong menjeling dan terus berjalan pergi.
"Jiyong ah."
Taeyang mengejarnya dari belakang. Top memandang Daesung yang duduk di atas kerusi menunggu.
"Hyung. Sampai bila kita nak macam ni?"
"Aku baru buat majlis untuk kita malam ni. Aku ingat nak suruh Jiyong umumkan comeback kita."
"Habis tu macam mana?"
"Korang datang sajalah eh? Tolong ajak Bae dengan Jiyong sekali. Aku nak balik siap-siap semua."
"Okey."
---------------------------------------------
Taeyang memimpin tangan Nara keluar dari keretanya. Nara memeluk lengan Taeyang. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah Top."Youngbae ... Kamsahamnida sebab datang."
"Hyung. Semua dah datang?"
"Kau dengan Daesung jer. Kau bagitahu Jiyong tak?"
"Dah."
"Oppa, jom masuk dulu. Sejuklah."
---------------------------------------------
Seungri bangun kerana tangannya terasa kebas. Rupanya seseorang sedang tidur di atas tangannya. Dia menarik tangannya perlahan-lahan.'Hyung?'
Jiyong bangun dan melihat sekeliling. Matanya masih layu. Dia memandang Seungri sambil sebelah matanya tertutup.
"Hyung buat apa dekat sini?"
Jiyong batuk.
"Jaga kaulah."
Jiyong menggosok matanya dan menguap.
"Hyung tak pergi rumah Top hyung?"
"Heh? Macam mana kau tahu?"
"Saya dengar Youngbae hyung sembang tadi."
"Malaslah."
"Wae?"
YOU ARE READING
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?