Bab 8

677 60 0
                                    

Jiyong memandang tepat ke mata Taeyang. Sepanjang Taeyang membersihkan lukanya dia tidak mengalihkan pandangannya.

"Apa kau nak?"

"Aku rasa bersalahlah ..."

"Bersalah untuk?"

"Persembahan untuk tarian tu lagi dua hari."

"Sudahlah. Kau ni ... Kalau kau tak yakin, kau jangan main sebut nak keluar."

"Bukan ... Auch sakit. Aku ... Malaslah nak cakap."

"Cakaplah."

"Malas."

"Aku tekan luka kau."

"Tak aku malas nak cakap sebab mulut sakit. Tak boleh nak buka luas."

Taeyang membuat wajah 😒 . Dia bangun dan menyimpan ubat yang digunanya. Jiyong baring di atas sofa.

"Youngbae ..."

"Herm ..."

Taeyang sedang menyediakan sesuatu di dapur.

"Top hyung ada cakap apa-apa dekat kau pasal aku?"

"Tak ada pun."

Taeyang datang ke ruang tamu membawa dua cawan.

"Nah."

"Apa?"

"Coklat panas."

"Panas? Habislah mulut aku ..."

"Ish tak adanya. Minum."
---------------------------------------------
Rumah Top dipenuhi dengan keluarganya. Puan Choi menjemput keluarga sebelahnya datang untuk menyambut kepulangan Top. Top duduk di atas sofa tanpa berbual dengan sesiapa.

"Seunghyun."

"Heh?"

"Mari sini sekejap."

Puan Choi membawa Top berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya.

"Eomma faham. Kamu sebenarnya rindu Bigbang kan?"

"Heh? Mana ada. Seung balik sini sebab ... Erghh ... Sebab rindu eomma."

"Eomma tak sebut pun kamu balik sini sebab Bigbang? Haaa ... Cepat ... Mengaku cepat ..."

Puan Choi mencucuk pinggang Top. Top tersenget-senget kerana geli.

"Okey eomma argh geli! Saya rindu Bigbang."

Semasa mereka berjalan, mereka ternampak Jiyong dan Taeyang sedang bergelut di hadapan mereka.

"Youngbae aku tak nak pergi rumah dia."

Jiyong cuba melepaskan tangannya daripada cengkaman Taeyang sambil sebelah tangannya memegang mulut yang sakit. Taeyang mencuba sedaya upaya menarik Jiyong.

"Youngbae ah ... Tak nak ..."

Tiba-tiba langkah mereka terhenti. Jiyong segera mengalihkan badannya ke belakang.

"Youngbae kedai tu!"

Dia cuba berjalan tetapi dia tertarik ke belakang semula kerana lengannya digenggam erat Taeyang.

"Mak dia ada kau ni pun. Nanti nampak sangatlah ..."

Taeyang membisik ke telinga Jiyong.

'Sabar Jiyong sabar. Kau hadam jer eh?'

"Ah Top hyung!"

Taeyang melambai tangan ke arah Top. Jiyong berjalan dengan senyuman yang kelat. Dia menggenggam kuat tangan Taeyang.

"Auch sakit!"

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang