Bab 12

590 48 0
                                    

"Hyung ... Saya ..."

"Kau jawablah Seungri!"

"Betul. Saya tak ada duit duduk sana. Pengurus saya tipu saya."

FLASHBACK

'Hyung apa ni?'

'Seungri, aku ... A-aa-ak-ku ... Urm.'

'Hyung tipu saya?! Hyung ambil semua duit saya?! Apa saya nak makan kalau saya terus duduk sini?!'

*

"Lepas tu, pengurus saya dah tak datang pejabat. Bermula hari tu, saya hanya duduk rumah. Harapkan duit yang tinggal dalam simpanan. Saya ambil keputusan nak balik Korea."

Top perlahan-lahan melepaskan kolar baju lelaki itu.

"Betulkan aku cakap?! Kalau kau sendiri tak kenal ahli kumpulan kau, macam mana korang nak bersatu?"

Lelaki itu mencapai jaketnya dan menarik perempuan yang turut minum bersamanya keluar dari kafe itu. Top tidak memandang Seungri.

"Kau patut tak balik sini. Aku tak patut turun dari kapal terbang tu."

Top berjalan sambil sengaja melanggar bahu Seungri. Seorang demi seorang meninggalkan Seungri. Orang yang terakhir ialah Jiyong.

"Hyung ..."

Berat hati Jiyong untuk meninggalkan Seungri. Tapi kerana kekecewaan yang baru saja ditulis di dalam hatinya, dia melangkah pergi. Pelanggan yang berada di dalam kafe itu berbisik-bisik antara satu sama lain. Seungri mengambil keputusan untuk keluar dari kafe. Mereka berempat masih tinggal dan menghabiskan minuman mereka.

"Hyung. Kita sepatutnya bagi dia semangat."

Taeyang memberikan cadangan.

"Kau pergilah! Kau pergi. Memalukan kau tahu tak?! Tak cukupkah si Jiyong ni pernah menjatuhkan nama kita?!"

"Hyung! Jangan ungkit kisah lama boleh?"

"Kalau korang jaga attitude, semua ni tak jadi."

Jiyong bangun dan keluar dari kafe itu. Semasa dia keluar, angin menghembus sejuk. Dia ternampak Seungri sedang duduk di atas buaian di taman permainan. Dia berjalan ke arah Seungri. Jiyong duduk di buaian yang bersebelahan dengan Seungri.

"Oi."

Seungri tidak menjawab.

"Oi!"

Jiyong menendang buaiannya.

"Apa hyung ..."

"Senyumlah."

Seungri menggeleng tanda dia tidak mahu senyum.

"Senyumlah!"

"Tak nak."

Jiyong mengepal bola salji dan melumutkan di muka Seungri.

"Argh hyung apa ni?!"

"Kau senyum cepat."

Seungri ketawa. Kemudian, mereka bermain salji sehingga terbaring di atas salji. Gelak tawa mereka itu menjadi perhatian Top melalui cermin kafe itu.

SOBERWhere stories live. Discover now