Taeyang membetulkan rambutnya di cermin sebuah kedai. Dia ternampak bayangan seseorang yang amat dikenalinya melalui pantulan di cermin tersebut. Taeyang terus menoleh ke belakang. Perempuan itu sedang berjalan sambil memeluk seorang lelaki dan mereka tidak menyedari Taeyang kerana Taeyang memakai topeng muka.
'Nara ...'
Taeyang memegang dadanya.
'Jinjja ... Jadi, selama ni? Betullah Jiyong cakap ...'
---------------------------------------------
Taeyang mengatur langkah lemah masuk ke dalam rumah.
"Bae? Gwaenchana?"
Taeyang menggeleng perlahan. Dia duduk di hadapan Jiyong dan menarik tubuh Jiyong ke dadanya.
"Mianhae! Aku tak percayakan kau selama ni ..."
Taeyang menangis teresak-esak.
"Wae wae?"
Daesung, Top dan Seungri bergegas keluar dari bilik mereka apabila terdengar suara tangisan Taeyang.
"Nara ..."
Jiyong memegang wajah Taeyang.
"Wae?"
"Aku nampak dia dengan Shinwa ..."
Jiyong terkedu seketika.
"Bae ... Aku dah cuba bagitahu kau tapi ..."
"Salah aku ... Aku tahu salah aku ... Mianhae ..."
Taeyang menangis teresak-esak dalam pelukan Jiyong. Top bersandar di dinding sementara Seungri dan Daesung berdiri seperti orang yang tidak tahu apa-apa.
---------------------------------------------
"Semua orang gembira dengan kemunculan kita semula. Aku harap kita akan berkumpul semula macam ini pada masa akan datang."
Jiyong berdiri sambil mendongak melihat studio mereka. Taeyang meletakkan tangannya di atas bahu Jiyong.
"Kamsahamnida, Bigbang. Aku sayang korang semua. Aku tak minta banyak. Aku minta kita bersatu sampai bila-bila."
Daesung menundukkan badannya tanda hormat kepada Jiyong.
"Hyung, kamsahamnida! Sekarang saya tahu, persahabatan lebih penting daripada cinta."
Jiyong ketawa sambil air mata mengalir di pipi.
"Jiyong ah ... Mianhae. Aku sayang kau."
Top memeluk Jiyong erat.
"Hyung."
Top melepaskan Jiyong daripada pelukannya apabila Seungri bersuara.
"Kamsa-kam-kamsaha-kam-sahamn-ni-da ... Masih sempatkan kita nak tarik balik kata-kata kita semua ni?"
"Seungri ah ... Kita buat ni untuk semua orang. Ada kebaikan tertentu."
"Saya tak nak jauh dengan hyung lagi! Saya tak sanggup hidup tanpa hyung!"
Jiyong berjalan ke arah Seungri dan menggenggam tangannya.
"Seungri ..."
Jiyong menyeka air mata Seungri.
ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
Fiksyen PeminatBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?
