Bab 50

867 60 10
                                    

Tempat: Seoul, Korea Selatan
Masa: 4:30 PM

"Jiyong ah. Mari keluar makan."

Puan Kwon mengetuk pintu bilik Jiyong lebih sepuluh kali. Namun, Jiyong masih tegar mahu berkurung di dalam biliknya. Encik Kwon pulang dari tempat kerjanya dan ternampak situasi itu.

"Wae?"

"Dia tak mahu keluar bilik."

Encik Kwon cuba membantu isterinya.

"Jiyong ah ... Appa ni ..."

"Appa pergilah. Saya okey."

Jiyong sedang menangis sambil duduk di sudut biliknya.

"Tak elok buat macam ini dekat eomma. Penat eomma masak."

Jiyong akhirnya mengalah. Dia bangun dan membuka pintu biliknya.

"Appa ..."

Jiyong memeluk Encik Kwon.

"Wae?"

"I miss my friends ..."

Encik Kwon mengusap belakang Jiyong. Puan Kwon turut datang memeluk Jiyong.

"It was my fault. What I did before was wrong."

"Tak. Bukan salah kamu. Betul tindakan kamu. Cuma, penerimaan kamu yang salah. Mental kamu kata kamu salah sebab rakan-rakan kamu dan orang di sekeliling kamu kata kamu salah."
---------------------------------------------
Tempat: Sungai Han
Masa: 5.30 PM

Daesung menikmati udara segar dan sejuk di hadapan Sungai Han. Dia ternampak dua orang lelaki sedang bergaduh. Namun, tidak lama kemudian, mereka berbaik semula. Daesung ketawa seorang diri.

'Mampukah kami jadi begitu?'

Daesung tunduk ke bawah dan mengeluh.
---------------------------------------------
Tempat: New York, Amerika Syarikat
Masa: 4.00 AM

Top terjaga awal pagi itu. Dia membuka langsir tingkapnya dan melihat keadaan luar.

'Dekat Korea mesti tengah petang ... Wae wae wae ... Sepatutnya hari tu tak jadi macam ni ... Ouh rindunya ...'
---------------------------------------------
Jiyong keluar untuk mencari ketenangan. Itu kali pertama dia keluar dari biliknya.

'I'm sorry guys. I am a loser. Just a coward who pretends to be tough. At some point, I've gotten scared of people's eyes. I'm sick of crying so I tried to smile. But no one recognizes me.'

Jiyong memandang ke atas langit sambil menutup matanya.

"I miss you guys."

"Kami pun."

Jiyong membuka matanya dan melihat empat orang yang mewarnai hidupnya.

"Hyung. Lama kami tunggu hyung buka mata."

Daesung berseloroh.

"Hyung. Saranghae."

Seungri membentukkan bentuk hati di atas kepalanya.

"Jiyong ah ... Amerika bukan tempat aku."

"Jiyong ah ... You're my bae. Forever."

Jiyong menangis dan berlari memeluk Taeyang. Begitu juga mereka yang lain.

-TAMAT-

SOBERWhere stories live. Discover now