Bab 10

607 49 0
                                    

"Youngbae, setuju tak kalau kita pergi melawat Seungri dekat Jepun?"

Taeyang memandang Top.

"Boleh juga. Saya okey jer."

"Hyung, macam mana kalau masa kita pergi tu dia tak nak buka pintu?"

"Tak mungkinlah Jiyong. Kau tahu dia tu lembut hati macam mana. Nanti aku call Daesung. Pergilah balik dulu. Esok kita bincang lain. Lagipun salji dah turun lebat tu. Pergi cepat."

"Youngbae malam ni aku tidur rumah kau?"

"Tak ada hal kawan!"

Taeyang meraut pinggang Jiyong dan mereka berjalan pulang ke rumah.
---------------------------------------------
Seungri merenung ke arah skrin yang berada di hadapannya.

"Flight to Korea ... WAS DELAYED?!"

Seungri duduk semula di tempatnya.

'Nampaknya ... Niat nak berkumpul dengan Bigbang terbantut."
---------------------------------------------
Top memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Mereka akan menaiki kapal terbang selama 1 jam 41 minit dari Korea ke Jepun.

"Dia tidur pukul berapa?"

Taeyang memandang ke belakang.

"Jiyong? Awal jer pun dia tidur. Biasalah raja tidur ni ... Bangun pun susah."

Top ketawa. Mereka mengambil Daesung di rumahnya. Taeyang mengangkat bagasi Daesung ke dalam but kereta.

"Kau nak duduk terus sana ker Daesung?"

Daesung ketawa. Top meneruskan pemanduannya ke lapangan terbang. Mereka sampai tepat pada waktunya.

"Jom."

Peminat berlari ke arah mereka. Mujur mereka diawasi oleh beberapa pekerja di situ.

"Maaf encik. Penerbangan ditangguhkan buat sementara kerana cuaca tak baik."

Top memandang Jiyong.

"Okey. Kami tunggu."

Mereka menunggu di suatu tempat rahsia yang jauh daripada orang awam.
---------------------------------------------
Seungri telah menaiki pesawatnya. Dia bakal berlepas bila-bila masa sahaja. Pesawatnya telah berlepas. Jauh di sudut hatinya, dia sangat gembira untuk bertemu semula dengan hyung tercinta.
---------------------------------------------
"Lama lagi ker? Jiyong dah tersengguk-sengguk ni. Dah nak dekat 1 jam ni. Kalau tak kita mesti dah sampai."

"Encik. Pesawat dah nak berlepas."

Mereka segera menarik bagasi mereka.

"Aduh. Youngbae, pergi dulu! Aku tertinggal barang!"

Jiyong berlari ke tempat yang mereka duduk sementara tadi. Dia ternampak beberapa orang gadis sedang menjerit "OPPA!"

"Siapa tu? Jinjja?!"

SOBERWhere stories live. Discover now