Jessi membaca surat khabar pagi itu. Dia terkejut apabila berita utama yang dikeluarkan adalah tentang Bigbang.
'Jinjja?'
Jiyong keluar dari kedai dan mereka serentak memandang antara satu sama lain.
'Dia ni lagi 😒 macam tak ada orang lain dah dalam Korea ni ...'
"Oppa."
Jessi tidak memandang wajah Jiyong. Jiyong menarik lengan Jessi.
"Ya! Oppa! Apa ni?"
Jiyong menolak Jessi ke dinding. Wajahnya betul-betul berada di hadapan muka Jessi.
"Tolong aku."
Orang yang lalu-lalang di situ memerhatikan mereka. Jiyong memakai topeng muka. Hanya sesetengah orang sahaja yang mengenalinya. Terutama sekali Jessi kerana dia pernah menjadi teman hidup Jiyong.
"Tolong apa?"
"Pulihkan semula hubungan kami semua."
"Wae? Kenapa saya?"
"Sebab kau sahaja yang ada otak pandai berfikir."
Jiyong mencucuk kepala Jessi dengan jari telunjuknya.
"Auch oppa sakitlah! Okey ... Tapi tak payahlah sampai macam ni."
"Tak ada. Teringat dulu-dulu ..."
Jiyong senyum dan menggigit bibirnya. Kemudian, dia menjeling matanya.
'Poyo! Eee geramnya!!!'
Jiyong berjalan sambil meletakkan tangannya ke dalam poket.
"Oppa!"
Jiyong menoleh ke belakang sambil berjalan.
"Bila?"
Jessi menjerit. Jiyong menunjukkan isyarat supaya menelefonnya.
---------------------------------------------
Malam itu, Jessi berbaring di atas katil sambil melihat telefonnya.'Omo! Lupa nak telefon oppa!'
Jessi bangun dan duduk bersila. Jessi mencari nama Jiyong di dalam galeri kenalannya. Dia terjumpa nama yang tertera pada skrin telefon, iaitu 'Oppa💞'. Wajah Jessi berubah apabila dia membaca nama itu. Dia ragu-ragu untuk menekan nama itu.
'Nak call ker tak ni? Nanti oppa marah pula ...'
Dia baring semula namun jarinya tertekan nombor itu. Dia memandang semula telefonnya dan melihat Jiyong telah menjawab panggilannya.
'Bila masa aku tekan?!'
"Hello. Ya? Jessi beruk! Woi! Dah call tak reti nak cakap pula ..."
Jessi segera meletakkan telefon di telinganya.
"Oppa. Omo. Mianhae."
"Haish dah call tak nak cakap pula ..."
"Ish. Okey oppa. Apa perancangan oppa?"
"Kita jumpa dekat kafe biasa malam ni boleh?"
"Kita berdua ker?"
"Iya sayang ..."
Jantung Jessi berdegup laju.
"Okey oppa! Jumpa sana!"
Jessi menamatkan panggilan dan menjawab perlahan.
"Sayang oppa juga. Argh!!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?