Top memandang ke luar tingkap.
"Seunghyun ah."
Top tidur di atas katilnya semula. Dia pura-pura masih tidur.
"Seunghyun. Bangun makan."
Puan Choi menolak bahunya. Top menggerakkan badannya tetapi pura-pura masih tidur.
"Eomma letak dekat sini. Kalau lapar nanti kamu makan."
Setelah Puan Choi keluar dari biliknya, dia membuka mata.
'Terima Ahrin dulu eomma.'
---------------------------------------------
Seungri terserempak dengan Ahrin yang sedang berjalan-jalan di taman permainan."Noona!"
Ahrin menoleh ke belakang.
"Seungri. Wae?"
"Saja tegur. Saya lalu sini tadi. Pasal semalam tu ..."
"Tak apa. Saya dah lupakan. Jangan risaulah. Noona okey saja."
Seungri membeli dua cawan kopi panas.
"Nah noona."
"Kamsahamnida."
"Noona, Top hyung tu baik orangnya. Dia tak suka perempuan lain selain noona."
"Dia saja yang suka. Puan Choi ..."
"Noona, biasalah kalau ibu kita tak suka dengan pilihan kita. Tapi, sebenarnya hati dia gembira bila dapat tahu yang kita dah nak kahwin. Dalam pada masa yang sama, dia sedih sebab dia terpaksa lepaskan anaknya kepada orang lain."
"Betul?"
Seungri senyum.
---------------------------------------------
Jiyong menarik handbrake setelah dia meletakkan kereta di tempat letak kereta di hospital."Hyung. Betulkah ni?"
Jiyong mengangguk. Mereka berjalan masuk ke dalam hospital.
"Cik Park Nara."
Daesung menyoal jururawat yang berada di kaunter pertanyaan itu.
"Sila jalan terus dan belok ke kiri."
"Kamsahamnida."
Mereka mengikut panduan jururawat itu dan mereka berhenti selepas mendengar Taeyang dan Nara sedang bergelut.
"Mana anak saya oppa?"
"Nara ... Awak cuba bertenang sekejap."
"Jinjja?! Oppa suruh saya bertenang?! Oppa! Itu anak saya! Anak saya!"
Jiyong memandang Daesung.
"Kita baliklah."
Taeyang membuka pintu. Dia sedang mengesat air matanya. Daesung dan Jiyong terkedu kerana mereka belum sempat bergerak apabila Taeyang membuka pintu.
"Bae ..."
Taeyang memeluk Jiyong. Dia menangis teresak-esak.
"Aku sedih ..."
"Aku faham."
Jiyong menepuk belakang Taeyang.
---------------------------------------------
"Nah."Jiyong menghulurkan mineral kepada Taeyang.
"Benda ni berlaku dengan cepat ..."
Taeyang menangis lagi. Jiyong meraut bahu Taeyang dan meletakkan kepala di atas bahunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
Fiksyen PeminatBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?