Daesung sedang menghabiskan masanya berjalan-jalan di tepi Sungai Han. Lampu-lampu yang menerangi jalannya sama cahayanya dengan cahaya yang diterangi oleh Yuri. Daesung melangkah penuh gembira kerana hari ini dia bakal melamar Yuri secara rasmi. Daesung membetulkan maflanya dan duduk di sebuah bangku.
"Mana noona ni ..."
Daesung melihat sekelilingnya. Dia ternampak susuk tubuh Yuri.
'Dia dah datang ...'
Daesung menutup matanya untuk menghilangkan rasa gementar. Apabila dia membuka semula matanya, dia ternampak seorang lelaki memeluk Yuri dari belakang dan seorang kanak-kanak sedang memegang tangannya.
'Huh?'
Daesung berdiri kaku di situ.
'Kenapa noona bagi harapan?'
Daesung mencampakkan bunga yang dibelinya. Di dalam bunga terdapat sepucuk kad.
"Kita duduk situ nak?"
Yuri duduk di situ dan mengambil bunga yang dilempar Daesung.
"Apa ni?"
Yuri membuka kad itu dan membacanya.
I hate being a sober. Please accept my love ❤️ saranghaeyo ...
-daesung-
Yuri melihat sekelilingnya.
"Cari siapa?"
"Tak ada sesiapa ..."
"Eomma ..."
Kanak-kanak itu memegang lengan Yuri.
"Yuri ah. Wae?"
"Dia dah pergi."
"Siapa?"
Yuri menunjukkan bunga itu kepada lelaki yang memeluknya tadi.
---------------------------------------------
Top meletakkan kepalanya di atas balkoni.
'How about you? Are you really fine? Guess our break up is setting. I should forget you but ... It's not easy ...'
"Seunghyun."
Top kembali ke dunia nyata apabila mendengar namanya diseru Puan Choi.
"Mari makan."
Top bangun dan hanya lalu di sebelah Puan Choi tanpa memandang sedikit pun wajah Puan Choi.
'Seunghyun ...'
"Seunghyun! Kenapa kamu jadi macam ini?!"
"Eomma tolong jangan tanya soalan yang eomma tahu jawapannya."
"Pandang eomma!"
Top senyum sinis.
"Pandang?"
Dia mengalihkan badannya ke belakang.
"Sekarang Seung dah pandang! Apa? Apa yang boleh ubahkan semuanya?"
Top terus masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan pintunya. Puan Choi terduduk di sebelah sofa. Dia menangis teresak-esak. Top duduk di birai katil. Dia menjambakkan rambutnya. Dia bangun semula dan keluar dari bilik. Dia melihat Puan Choi sedang menangis.
"Eomma ..."
Top menuju ke Puan Choi dan memeluknya erat.
"Mianhae ..."
ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?
