Bab 15

599 42 1
                                    

"Malaslah apa lagi."

Bunyi daun pintu dikuak menyebabkan Seungri dan Jiyong serentak memandang pintu.

"Oppa."

Seungri mengangkat badannya sedikit.

"Hana ... Lambatnya awak datang."

"Mianhae. Saya dari Busan tadi. Nara unnie yang bagitahu saya."

Hana menunduk hormat kepada Jiyong.

"Aku keluar dulu maknae."

Seungri kelihatan mesra bersama Hana. Hubungan mereka terjalin dua tahun lalu. Hana sering melawat Seungri di Jepun kerana Hana bekerja sebagai model di sana.

"Oppa."

"Heh?"

Hana berbisik dengan Seungri.

"Baiknya dia dengan oppa."

Seungri senyum kelat.

"Oppa saya rasa ada sebablah dia baik dengan oppa. Oppa percaya ker dengan GD oppa tu?"

"Entahlah Hana. Saya rasa dia ikhlas."

"Iya ker? Saya tak percaya. Kalau dia sayang oppa, kenapa dia tengking oppa dulu?"

"Mungkin sebab dia tengah marah masa tu."

"Tak tahulah oppa. Saya tak percaya dengan GD oppa. Tengoklah macam mana dia tinggalkan Jessi unnie! Kesian unnie."

Jiyong dapat mendengar jelas semua perbualan itu. Hatinya rapuh. Dia bangun dan berjalan keluar. Salji turun dengan lebatnya. Jiyong berjalan dalam salji yang lebat itu. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.

"Semua orang tak guna!"

Jiyong menjerit dan terduduk di atas salji yang kian menebal itu.

"Aih jinjja?! Kawan kau sendiri kau tak percaya?! Damn it!"

Air mata mengalir laju dari kelopak mata Jiyong. Dia mengepal bola salji dan melontar sesuka hatinya.

"Argh!"

Jiyong terkejut apabila terdengar suara seorang wanita menjerit kesakitan.

'Omo! Terkena seseorang ker?'

Jiyong berdiri dan menoleh ke belakang. Dia ternampak seorang wanita sedang menggosok kepalanya yang sakit.

"Mianhae!"

Jiyong tunduk. Wanita itu berjalan ke arahnya. Dia mendongak dan rupa-rupanya wanita itu ialah bekas kekasihnya.

'Jessi?! Kenapa?! Kenapa kena bertembung dekat sini?!'

"Mi-mm-mian-"

Jessi meletakkan jari telunjuknya di mulut Jiyong.

"Micheoseo?!"

Jessi menampar wajah Jiyong.

'Argh penampar dia tak pernah kurang kelajuannya ...'

Jiyong menggosok pipinya yang sakit.

"Oppa. Kalau benci saya tak perlulah baling salji dekat kepala saya!"

"Aku tak bermaksud nak baling dekat kau."

Perkataan 'saya' ditukarkan kepada 'aku' setelah mereka berpisah.

SOBERWhere stories live. Discover now