Bab 42

403 35 1
                                    

Bulan demi bulan telah berlalu. Bigbang telah terkenal dan bangkit semula. Mereka telah membuat tour di seluruh Asia. Usai persembahan di Jepun, Bigbang berangkat pulang ke Korea.

"Jiyong ah."

Jiyong yang sedang melihat keindahan kota Seoul di balkoni masuk ke dalam semula. Taeyang mengeluh perlahan.

"Oppa!"

Nara berlari ke arah Taeyang dan memeluknya.

"Oppa saya rindu oppa."

Taeyang senyum. Jessi duduk di sebelah Jiyong yang sedang membaca majalah.

"Oppa ..."

"Herm."

"Malam anugerah tu oppa pergi dengan siapa?"

"Pergi dengan kucing aku."

Jessi mengeluh perlahan.

'Tak guna! Eee haaa ...'

"Jangan pernah mimpi nak pergi dengan aku. Aku ni bukanlah macam lelaki lain. Dah buang kutip balik."

Jiyong senyum di hadapan wajah Jessi dan beredar dari situ. Jessi menumbuk sofa di situ.

"Hyung."

Seungri tercungap-cungap berlari ke arah mereka.

"Wae?"

"Hyung ... Ah ... Ah ... Dae ... Ugh ..."

"Apa kau ni?"

Jiyong memegang kedua-dua belah bahu Seungri.

"Daesung hyung ... Kena belasah dengan tunang Yuri noona!"

"Hah?!"

Mereka semua berlari ke tempat kejadian. Mereka ternampak tunang Yuri sedang mencekak kolar baju Daesung.

"Lepaskan dia!"

Jiyong terlebih dahulu ke hadapan.

"Tepi! Jangan masuk campur!"

Jiyong berdiri di hadapan tunang Yuri dan memegang dada lelaki itu.

"Lepaskan dia."

Perlahan-lahan tunang Yuri melepaskan kolar baju Daesung. Dia menoleh ke belakang. Semasa Jiyong sedang membantu Daesung, serta-merta dia menarik Jiyong dan menumbuk perut Jiyong.

"Argh omo jinjja ... Argh ..."

Seungri dan Top berlari mendapatkan Jiyong. Jiyong dan Daesung sedang terbaring sambil memegang perut mereka.

"Aku dah cakap jangan masuk campur dalam hal aku!"

"Junha oppa sudahlah!"

Yuri sedang dipegang oleh dua orang lelaki yang bertubuh sasa. Taeyang berjalan ke arah Junha. Junha memandang Taeyang.

"Kau nak apa pula?"

Junha cuba untuk menumbuk Taeyang namun Taeyang sempat mengelak. Taeyang mengambil tangan kanan Junha dan mencengkam tapak tangannya dengan jari supaya Junha terjatuh.

"Argh jinjja! Omo omo ..."

"Kenapa kau belasah kawan aku?!"

"Mi-mian-mm-mianhae ..."

Taeyang menumbuk wajah Junha berkali-kali. Seungri berlari ke arah Taeyang dan menghalangnya.

"Hyung ... Sudahlah."

Taeyang menghentikan tindakannya.

"Kau jangan muncul lagi depan muka aku kau faham tak?!"

Junha terus bangun dan mengajak rakan-rakannya pergi dari situ.

SOBERWhere stories live. Discover now