Bab 2

1.1K 79 1
                                    

Tempat: Sungai Han
Masa: 2.46 PM

Daesung memeluk tubuhnya. Dia menggigil kesejukan.

"Hyung!"

Seorang lelaki yang memakai baju sejuk kulit berwarna merah sedang melambai ke arah lelaki yang sedang duduk bersebelahan dengan Daesung. Lelaki itu menoleh ke belakang, begitu juga Daesung.

"Ya!!!!"

Rupanya masih terdapat tiga orang lelaki yang sedang bersembunyi di belakang timbunan salji. Mereka membaling bola salji kepada lelaki sebelah Daesung itu. Satu bola salji terkena di kepala Daesung.

'Argh jinjja? Sabar Daesung sabar ...'

"Mianhae."

Lelaki di sebelah Daesung menunduk ke arah Daesung.

"Argh tak apa."

Daesung menggosok belakang kepalanya. Dia melihat keakraban kelima-lima orang lelaki yang sedang bermain salji di belakangnya.

FLASHBACK

'Daesung ah ...'

Top melambai ke arah Daesung. Daesung sedang sibuk menghiaskan patung salji yang dibinanya bersama Seungri.

'Apa hyung?'

Top mengenyit mata kepada Seungri.

'Hana, dul, set!"

Jiyong dan Taeyang melontar bola salji ke arah Daesung. Top dan Seungri memegang tangannya agar dia tidak lari ke merata tempat. Mereka ketawa terbahak-bahak hari itu. Kini, suasana sunyi sepi. Hanya tinggal ... Memori.
---------------------------------------------
Tempat: New York, Amerika Syarikat
Masa: 1.15 AM

Top tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Dia bangun dari tempat tidurnya dan melihat ke luar tingkap. Dia ternampak seorang gadis dalam kesejukan sedang berjalan terhuyung-hayang di taman permainan berdekatan rumahnya.

'Siapa tu?'

Top mencapai baju sejuknya dan keluar untuk melihat gadis itu. Semasa dia membuka pintu, gadis itu telah pun terbaring di atas timbunan salji. Top berlari sambil memeluk tubuhnya yang sejuk.

"Miss. Are you okay?"

"Help me ..."

Perempuan itu tidak memakai baju sejuk. Dia menggigil kesejukan. Top memapahnya masuk ke dalam rumah.

"Here."

Top menghulurkan selimut kepada perempuan itu. Top meletakkan dua cawan di hadapannya.

"Hot chocolate for you."

"Kamsahamnida."

"You're Korean?"

"Oppa!"

Perempuan itu terus bangun dan memegang pipi Top.

"Ini oppa. Betullah."

Perempuan itu duduk semula.

'Hana ... Dul ...'

"ARGH!!!!! OPPA!!!!"

'Tak sampai tiga. Habis. Habis!'

"Boleh janji dengan saya satu benda?"

"Apa?"

"Jangan bagitahu orang saya-"

"Erk saya baru tweet ..."

'Aihh jinjja ...'

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang