Nara sering muntah-muntah sepanjang mereka membeli-belah.
"Awak sihat tak Nara?"
"Oppa ... Ini semua sebab oppalah! Apa lagi?"
Taeyang terpaksa akur kesalahannya.
"Oppa. Mianhae. Salah saya juga. Yang lain tahu tak tentang ni?"
"Tak."
"Jiyong oppa pun?"
Taeyang mengangguk sambil membelek pakaian kanak-kanak di situ.
"Oppa. Saya nak bagi anak ni dekat orang lain."
"Wae?"
"Tak payahlah oppa tengok semua baju tu! Saya belum bersedia nak jadi seorang ibu."
"Saya janji saya akan bertanggungjawab atas semuanya. Tak payahlah awak nak fikir semua tu."
"Oppa sudahlah. Nanti kalau eomma dengan appa tahu, nahas saya!"
"Saya janji saya akan selesaikan semuanya. Okey? Janji jangan buang bayi ni?"
Taeyang mengusap perut Nara yang masih belum kelihatan kerana baru berusia dua bulan.
---------------------------------------------
Top telah menjemput rakan Bigbangnya untuk menghadiri majlis di rumahnya keesokan harinya. Dia mengadakan majlis untuk meraikan kepulangannya dari New York. Majlis sebelum ini hanyalah majlis kecil."Seunghyun. Betulkah keputusan awak ni?"
"Iya Ahrin. Saya yakin eomma akan setuju."
Top memimpin tangan Ahrin ke meja makan. Di meja makan tersebut turut bersama Daesung dan Yuri, Seungri yang baru dikeluarkan dari hospital petang semalam bersama Hana, Taeyang bersama Nara dan Jiyong. Kerusi di sebelah Jiyong dikosongkan. Mereka semua mempunyai pasangan masing-masing kecuali dia.
"Jessi tak datang ker?"
Daesung menyoal Hana.
"Dia dalam perjalanan."
Riak wajah Jiyong tidak berubah dari mula dia sampai sehingga majlis itu bermula. Dia tidak suka majlis seperti itu. Tambahan lagi apabila Jessi turut dijemput. Selepas selesai persembahan daripada tetamu jemputan, Top berjalan ke arah mikrofon.
"Semua. Terima kasih kerana hadir. Saya nak ucapkan selamat datang kepada adik-adik saya, Bigbang!"
Tetamu yang hadir memberikan tepukan gemuruh.
"Saya nak umumkan sesuatu."
Ahrin memegang tangannya dan menutup mata.
"Saya akan berkahwin dengan Ahrin."
Puan Choi terus bangun dari tempat duduknya.
"Seunghyun! Apa kamu cakap ni?"
"Eomma. Beri saya peluang untuk pilih pasangan saya sendiri."
"Tapi bukan perempuan itu!"
Tetamu yang hadir mula berbisik antara satu sama lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?